:: cina islam | 2011 :: |
- PR tidak tolak pembangunan, tetapi PR tolak penyelewengan.
- Penganut Kristian Nyata Kebimbangan Pertemuan Najib-Pope
- Bersih 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku..
- 11 Maut Serangan Bom Kereta di Iraq
- Buru 60 buaya di Sungai Seblak
- Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM1 Juta
- Temui bayi di tangga
- Dr Lo' Lo': Perjuanganmu akan diteruskan
- Bloger diperintah bayar RM400,000 pada Rais
- BERSIH: 'KDN tapis majalah Economist'
- Tentera Thailand, Kemboja diarah undur
- Larangan 'Ramadan' di Kedah tak pernah ditarik balik
- 23 maut minum alkohol tercemar di Ecuador
- Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka
- Lapan terkorban akibat tanah runtuh di Brazil
- Awas sindiket curi maklumat peribadi
- 6 jawatankuasa ditubuh siasat kezaliman polis
- Gempa Bumi Sederhana Melanda Taiwan Malam Isnin
- 20 Penumpang, Pemandu Bas Ekspres Selamat Dalam Kemalangan
- Jantina ditentu ketika lahir
- Dr Lo'lo' yang saya kenali
- Aktivis Bersih sangkal dakwaan Utusan
- Bersih: Hishammuddin jangan berlagak ugut rakyat
- Pusat hiburan: Umno patut malu dengan PAS
- MB Kelantan berehat di wad
PR tidak tolak pembangunan, tetapi PR tolak penyelewengan. Posted: 19 Jul 2011 02:49 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA PEJABAT ADUN TITI SERONG/ PEJABAT SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK Saya ingin menjelaskan kepada BN bahawa mereka perlu cermin wajah sendiri terlebih dahulu, supaya BN dapat melihat sendiri betapa hodohnya wajah mereka sebagai sebuah parti yang sarat dengan taktik dan strategi kotor dalam berpolitik. Saya menafikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan sudah menjadi lumrah Pakatan Rakyat untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata tidak berpaksi kepada realiti, Pakatan Rakyat positif terhadap sebarang kemajuan khususnya untuk rakyat, akan tetapi dakwaan beliau nampaknya sekadar untuk menlindung segala kelemahan pentadbiran negara lebih 50 tahun ditangan BN.. Sebetulnya Pakatan Rakyat menolak sebarang pembangunan UMNO-BN yang merugikan rakyat,apalagi disebabkan oleh amalan salah guna kuasa BN terhadap wang rakyat. Kebanyakan projek mega yang dilaksana oleh UMNO-BN memang dengan alasan dan bermatlamat untuk menyenangkan rakyat sebagaimana tertera dalam setiap objektif proposal tender yang dikemukakan, akan tetapi tidak ramai rakyat yang tahu wujud "tangan bawah meja" yang menyapu wang rakyat secara tidak sah. Malah terlalu banyak tender yang diagihkan tidak melalui proses yang telus dengan mengabaikan polisi tender terbuka yang boleh menjamin wang rakyat secara selamat. Sebagai contoh, negara memperuntukkan RM111 juta untuk projek Permata Negara kendalian Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur, siapa yang untug melalui bajet ini? Sedangkan telah wujud program yang sama iaitu tadika KEMAS yang juga melibatkan penyaluran dana yang besar dalam setiap kali bajet dibentang.. Di ibu kota misalnya, rakyat telah "disajikan" dengan pemandangan besar Menara Berkembar Petronas, tidak cukup dengan pembaziran tersebut,rakyat akan disajikan lagi dengan menara warisan pula, adakah rakyat dapat manfaat dari RM5 bilion untuk bina menara tersebut? Realitinya UMNO-BN sering kali membawa suatu yang tidak diperlukan rakyat, itulah rasionalnya mengapa Pakatan menolak sebilangan besar projek mega oleh umno-bn. Sebenarnya masih banyak program yang melibatkan kepentingan ramai dan rakyat bawahan , namun sering diabaikan kerana tidak menguntungkan kroni dan pihak tertentu. Semuga harapan itu dapat dilaksanakan sekiranya rakyat memberi harapan dan kemenangan kepada Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pusaT dalam PRU ke 13 akan datang. DRS, KHALIL IDHAM LIM Parit Buntar, 19 julai 2011 |
Penganut Kristian Nyata Kebimbangan Pertemuan Najib-Pope Posted: 19 Jul 2011 02:00 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican semalam. Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli. Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom semalam bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wisma Putra. Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam. Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya. Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia. Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak. "Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini. "Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu yang dipetik Keadilan Daily. Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib "Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka. Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo. Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara. tv selangor/- |
Bersih 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku.. Posted: 19 Jul 2011 01:50 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 19 JULAI: Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis. Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu. Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya. "Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau. Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian. "Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat. Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu. Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit. Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat. Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan. Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata. "Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya. Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia. Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana. "Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi. malaysiakini/- |
11 Maut Serangan Bom Kereta di Iraq Posted: 19 Jul 2011 01:40 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - TIKRIT: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah kereta yang membawa bom meletup ketika sebuah kereta peronda polis melalui pusat bandar Tikrit di utara Baghdad, awal pagi Selasa. Pegawai keselamatan berkata, beberapa pegawai polis terkorban ketika serangan 9.19 malam waktu tempatan di bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun ia ada kaitan dengan ikrar Al-Qaeda sebelum ini yang mahu membalas serangan Amerika Syarikat (AS) selepas kematian pemimpin rangkaian itu, Osama bin Laden, 2 Mei lalu. Serangan itu adalah yang terbaru selepas kejadian pertumpahan darah antara Al-Qaeda dan AS, 29 Mac lalu yang mengakibatkan 58 orang terbunuh. - AFP |
Buru 60 buaya di Sungai Seblak Posted: 19 Jul 2011 01:21 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KUCHING: Lebih 2,000 penduduk yang menghuni empat rumah panjang Iban dan dua perkampungan Melayu sepanjang Sungai Seblak di Kabong, kira-kira 500 kilometer dari sini, diarah menghentikan semua aktiviti di sungai selama lima hari berikutan operasi besar-besaran untuk menangkap 60 buaya yang dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu. Operasi itu yang membabitkan kira-kira 30 anggota daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) bermula semalam sehingga Jumaat ini. Ketua Penyelaras Operasi, Nazari Bujang, berkata larangan turun ke sungai itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan penduduk ketika anggota yang terbabit dalam operasi itu menjalankan rondaan. "Kita bimbang penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi pasti akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya. "Kita akui, sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk kawasan itu, tetapi kami berharap dalam tempoh operasi mereka mematuhi arahan tidak turun sungai dan jika mahu ke pekan, mereka perlu gunakan jalan darat dari Kampung Emplam," katanya kepada Berita Harian. Nazari yang juga Pegawai Tadbir Kanan, Pejabat Daerah Kabong, berkata larangan aktiviti sungai itu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam, sepanjang tempoh operasi. berita harian/- |
Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM1 Juta Posted: 19 Jul 2011 01:00 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - SEPANG: Dua cubaan penyeludupan dadah ke negara ini melalui mel dan kurier dapat dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh kurang seminggu, yang membabitkan tujuh kilogram dadah bernilai hampir RM1 juta. Pengarah Kastam KLIA Datuk M. Govinden berkata untuk kes pertama iaitu Rabu lalu, dua bungkusan berisi skrol lukisan daripada China yang dialamatkan kepada dua alamat berasingan di Subang dan Sepang, Selangor disyaki mengandungi dadah setelah melalui imbasan di Pusat Mel dan Kurier KLIA. "Pemeriksaan kemudian mendapati empat kilogram ketamin yang dianggarkan bernilai RM72,000 disembunyikan dalam lubang tujuh skrol lukisan tersebut, katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Govinden berkata dengan kerjasama Pos Malaysia, bungkusan itu dihantar kepada penerima yang seterusnya membolehkan dua suspek ditangkap, iaitu lelaki berumur 21 dan 49 tahun. Beliau berkata pihaknya juga menemui sebuah beg di rumah salah seorang suspek itu yang mengandungi syabu seberat 300 gram, selain mempunyai bahagian tersembunyi di bawah beg yang dipercayai pernah digunakan untuk menyeludup dadah sebelum ini. Bagi kes kedua, Govinden berkata pada Sabtu lalu, satu bungkusan dari India yang diikrarkan sebagai kotak barang kemas yang kosong dan dialamatkan kepada sebuah syarikat multinasional di Selangor disyaki mengandungi dadah setelah melalui mesin pengimbas. Beliau berkata pemeriksaan mendapati sebanyak tiga kilogram dadah disembunyikan di bahagian bawah lima kotak barang kemas tersebut, dengan nilai dianggarkan sebanyak RM750,000. "Penerima bungkusan itu iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun yang juga merupakan pekerja biasa di syarikat tersebut telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut," katanya. Secara keseluruhannya, Govinden berkata untuk tahun ini sehingga semalam, sebanyak 64.37 kilogram dadah pelbagai jenis dirampas melalui 15 kes membabitkan nilai rampasan sebanyak RM5.623 juta. Beliau berkata daripada 15 kes tersebut, lima kes melibatkan dadah jenis syabu, lima lagi melibatkan dadah jenis ketamin, tiga kes melibatkan dadah jenis Eramin 5 dan masing-masing satu untuk dadah jenis ganja dan heroin. "Pada tahun ini banyak rampasan dadah membabitkan penyeludupan dadah melalui mel dan kurier, kebanyakan dari China dan India dipercayai kerana tidak banyak proses pengimbasan dilakukan oleh negara pengeksport dan lebih mudah untuk sesiapa sahaja menerima bungkusan yang dihantar," katanya. -BERNAMA |
Posted: 19 Jul 2011 12:45 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang wanita terkejut apabila menemui bungkusan yang mengandungi seorang bayi berusia dua bulan ditinggalkan di tangga rumahnya di Kampung Hilir Masjid Kota, Pintu Geng dekat sini Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, berkata, bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 7.25 malam oleh pemilik rumah berkenaan berusia 54 tahun dan bekerja sebagai pegawai tadbir. Menurutnya, wanita berkenaan menyedari kewujudan bayi dipercayai berketurunan Melayu tersebut ketika dia keluar dari rumahnya untuk mengangkat pakaian yang dijemur di halaman rumahnya. "Bayi seberat 4.8 kilogram itu ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dan dibalut dengan tuala, malah ketika itu pemilik rumah berkenaan mendapati bayi itu tidak menangis, lalu membawanya masuk ke dalam rumah. "Wanita tersebut juga menyerahkan bayi ini kepada adiknya seorang guru di Kuala Krai dan kemudiannya ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat urusan mengambil bayi sebagai anak angkat," katanya ketika dihubungi semalam. Azham berkata, selepas memaklumkan kepada JKM, dia dinasihatkan membuat laporan polis berikutan penemuan tersebut. Katanya, selepas dua hari penemuan tersebut, wanita itu membuat laporan polis kira-kira jam 6.05 petang kelmarin di Balai Polis Kota Bharu sebelum menyerahkan semula bayi kepada pihak berkuasa. Menurutnya, bayi tersebut terus dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. "Sampel darah bayi tersebut akan diambil untuk mengesan ibu bapanya dan kesihatan bayi kini dilaporkan baik. "Selepas ini bayi ini akan diserahkan kepada JKM untuk urusan seterusnya dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2003," katanya. Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi. sinarharian/- |
Dr Lo' Lo': Perjuanganmu akan diteruskan Posted: 19 Jul 2011 12:30 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - 1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalung al Faatihah buat al Marhumah YB Dr Lo' Lo' Dato' Hj Ghazali yang telah kembali ke rahmatillah. Semoga ruhnya tergolong dari kalangan hamba Allah yang solehah. Jua takziah buat keluarga al Marhumah, mudah - mudahan tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Sungguh, bukan hanya keluarga terdekat merasai kehilangan tetapi ia turut dirasai oleh ahli jamaah [PAS], rakan - rakan seperjuangan dari Pakatan Rakyat malah pemergiannya jua merupakan satu kehilangan besar bagi Parlimen Malaysia dan seluruh rakyat, khasnya yang diwakili beliau dari kawasan parlimen Titiwangsa. 2. Dr. Lo' Lo' adalah antara nama besar dipersada politik tanahair. Mewakili PAS membawa risalah perjuangan Islam guna membebaskan ummah dari belenggu kezaliman dan penindasan regim sang penguasa yang rakus di takhta. Lantang, berani dan tegas antara sifat beliau sepanjang beliau menggalas amanah perjuangan ini. Namun uniknya, sifat keibuan terus terserlah, membuatkan kehadhiran beliau ke tengah medan perjuangan ini sangat dirasai dan kini pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar dan sukar dicari ganti. 3. Saya mempunyai rekod peribadi yang sangat menarik sepanjang saya mengenali beliau di pentas perjuangan ini. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan di sini ialah beliau seorang pejuang yang sungguh berdisiplin dan gigih serta tegas dengan prinsip perjuangan. Perjuangannya mesti diteruskan dan ia menjadi teladan istemewa buat generasi muda menongkah arus jahiliah moden hari ini. 4. Isu Kampung Baru yang gigih dan teguh diperjuangkan oleh beliau antara isu yang melonjak nama beliau ke peringkat nasional dan mula dihormati oleh masyarakat meskipun dari luar parti. Kesungguhan beliau bagaikan tiada tara dan sempadan. Bahkan saat bergelut dengan penyakit yang mengancam nyawanya, beliau tega menyembunyikan resah dan derita diri sendiri untuk terus menampilkan wajah ceria, berani dan serius memperjuangkan hak rakyat agar bebas dari belenggu penderitaan dan kesengsaraan akibat kerakusan sang tirani. 5. Biarpun berkerusi roda, biarpun beliau mengetahui perkelanaan beliau di bumi fana ini telah berada di perhentian akhir, beliau terus tabah dan menggagah diri untuk hadhir ke Muktamar PAS ke 57 baru - baru ini yang berlangsung di Dewan Hj Fadzil Mohd Noor, KUIZM Taman Melewar. Ia melambangkan peribadi beliau sebagai seorang pejuang, seorang serikandi yang sukar untuk mengalah sekalipun berdepan dengan situasi yang sedemikian. 6. Perjuangan beliau mesti diteruskan. Kesungguhan beliau mesti diteladani. Kelantangan beliau mesti dicontohi. Keberanian beliau mesti diwarisi oleh anak - anak muda hari ini untuk mendepani cabaran dan halangan sebuah perjuangan. Al Faatihah buat al marhumah. Nasrudin Hassan |
Bloger diperintah bayar RM400,000 pada Rais Posted: 19 Jul 2011 12:18 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penulis blog membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin Ahmat membayar kos RM100,000 kepada Rais. Pada 1 Jan lepas, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin (kanan), 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas. Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah. Katanya fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga. Hakim Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan. "Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya. Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang. Hakim Zabariah berkata tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara. Hakim Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai. "Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya. Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Hakim Zabariah. Di luar mahkamah Rais, yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais, ketika ditanya pemberita, berkata keputusan mahkamah itu merupakan satu pengajaran kepada masyarakat, khususnya mereka yang hanya meluangkan masa menulis tentang orang lain, supaya berhati-hati. "Hari ini hari yang hebat (kerana) ia satu lambang sebenar tentang keyakinan terhadap badan kehakiman kita," katanya. Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong. Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia. Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu. Bernama |
BERSIH: 'KDN tapis majalah Economist' Posted: 19 Jul 2011 12:16 AM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. "The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau. Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal. Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan. malaysiakini/- |
Tentera Thailand, Kemboja diarah undur Posted: 18 Jul 2011 11:22 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam mengarahkan Thailand dan Kemboja untuk menarik balik tentera kedua-dua negara selepas mahkamah itu mengisytiharkan kawasan di sekitar kuil Preah Vihear sebagai zon bebas tentera. ICJ turut menggesa kedua-dua negara terlibat dalam perebutan kuil tersebut untuk mengadakan rundingan baru bagi menyelesaikan konflik itu. Puluhan ribu penduduk kedua negara terpaksa dipindahkan dan 18 orang terbunuh sejak pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja tercetus pada Februari lalu. Seramai 11 daripada 15 hakim di mahkamah tersebut membuat keputusan keadaan masih belum stabil dan akan semakin buruk jika kedua negara tidak berunding. Ketua hakim, Hisashi Owada turut mengarahkan Thailand dan Kemboja membenarkan wakil pemerhati ASEAN memasuki kawasan sekitar kuil purba itu. Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata, mereka berpuas hati dan menghormati keputusan pengisytiharan zon bebas tentera tersebut. sinarharian/- |
Larangan 'Ramadan' di Kedah tak pernah ditarik balik Posted: 18 Jul 2011 09:30 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan tidak pernah ditarik balik, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Sebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja. "(Ini) kerana itu adalah hak mereka. Kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. "Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan," tulisnya dalam blog. Menurut Muhammad Sanusi (kiri), Azizan juga berkata isu penguatkuasaan enakmen itu diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah untuk pertimbangan kelonggaran berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dikemukakan. "Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan 'tak ketahuan punca' itu," katanya. Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 antaranya mengandungi tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan. Salah sangka Ia terdiri 13 kategori termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998. Muhammad Sanusi berkata masyarakat Cina khususnya pengusaha dan operator pusat hiburan tersalah sangka bahawa semua operasi akan diarahkan tutup. "Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. "Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam enakmen. "Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media," katanya. Dewan Cina Akibat salah sangka dan hasutan itu, wujudnya bantahan masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina. Sehubungan itu, Muhamad Sanusi berkata Azizan memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka. "Dia tidak memanggil Tan Keng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chee! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir," sindir Muhammad Sanusi. Beliau juga menafikan tanggapan kerajaan negeri mahu membatalkan enakmen atau menghapuskan syarat am itu, sebaliknya pihaknya menggunakan kuasa pihak berkuasa negeri yang didakwanya "untuk menyelesaikan satu isu yang tak pernah selesai sewaktu zaman BN". "Selamatlah umat Islam dari gejala yang menjejaskan ibadah sepanjang Ramadan tahun ini dan Ramadan tahun-tahun berikutnya. "Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadan 1432 ini!" akhirinya. malaysiakini/- |
23 maut minum alkohol tercemar di Ecuador Posted: 18 Jul 2011 09:25 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - QUITO: Kerajaan Ecuador hari ini mengumumkan perintah darurat apabila 23 orang maut dipercayai mengambil minuman alkohol tercemar yang kebanyakannya ketika meraikan satu pesta komuniti di negara itu. Perintah darurat itu berkuat kuasa selama dua bulan dan semua penjualan minuman beralkohol diharamkan selama tiga hari bagi membolehkan pihak berkuasa merampas minuman arak buatan sendiri. Menteri Keselamatan, Homero Arellano, berkata perintah berkurung pula berkuatkuasa di Wilayah Los Rios province apabila ramai kematian dilaporkan di wilayah itu setakat ini. Pihak berkuasa menahan seorang lelaki di bandar Ricaurte, di mana 21 orang maut di kawasan itu, menurut seorang pegawai kementerian. Dua lagi kematian yang seakan sama puncanya dilaporkan di bahagian tengah negara itu. - AFP |
Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka Posted: 18 Jul 2011 09:00 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu. Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah. Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya. Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana. "Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan. "Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu. Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya. Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka. "Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah. "Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu. "Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya. MALAYSIAKINI/- |
Lapan terkorban akibat tanah runtuh di Brazil Posted: 18 Jul 2011 08:45 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - SAO PAULO 19 Julai – Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dibawa arus pergerakan tanah runtuh apabila hujan lebat melanda Pernambuco, timur laut Brazil, kata pegawai pertahanan awam semalam. Dalam satu kejadian yang berlaku kelmarin, sebuah rumah di luar negeri Recife ditimbus oleh tanah runtuh dan mengorbankan empat orang sekeluarga. Dianggarkan 500 keluarga kehilangan tempat tinggal dan pihak berkuasa telah mengarahkan pemindahan dilakukan di kebanyakan kawasan. Menurut pegawai cuaca, hujan lebat telah menyebabkan kebanyakan jalan raya negeri ini dipenuhi air. - AFP |
Awas sindiket curi maklumat peribadi Posted: 18 Jul 2011 08:30 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - SHAH ALAM – Satu sindiket curi maklumat peribadi atau 'phishing' dikesan bergiat aktif menerusi e-mel, baru-baru ini. Sindiket terbabit dikatakan mampu melesapkan wang simpanan dalam akaun bank mangsa. Laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mendedahkan, sindiket itu didapati memperdayakan mangsa dengan menghantar e-mel yang kelihatan seolah-olah dikirim syarikat berdaftar diketahui umum. Sindiket akan minta maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, akaun bank dan kata laluan penerima e-mel, kemudian penjenayah akan 'phish' maklumat peribadi penerima jika mangsa menaipkan 'username' atau nombor akaun berserta kata laluan pada ruangan disediakan dalam laman web pautan berkenaan. Selain itu, terdapat juga mangsa yang membeli barang secara atas talian dengan membuat bayaran melalui kad kredit, tertipu melalui taktik berkenaan. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi masing-masing kepada individu asing, terutamanya jika melibatkan maklumat akaun bank. 'Phishing' mengarahkan pengguna memasukkan butiran pada laman web tertentu dan ia adalah teknik kejuruteraan sosial untuk memperdaya mangsa. SINAR HARIAN/- |
6 jawatankuasa ditubuh siasat kezaliman polis Posted: 18 Jul 2011 08:25 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highlands, hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. "Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat enam tohmahan itu. Bawa ke mahkamah "Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin," katanya. Khalid berkata sekiranya perlu polis bersedia menayangkan video mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu. "Sekiranya perlu kita akan siarkan video itu selepas jawatankuasa yang ditubuhkan selesai menyiapkan laporan berhubung perhimpunan itu," katanya. Mengulas mengenai tangkapan yang dilakukan ketika perhimpunan itu, Khalid berkata tangkapan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang, jika mereka yang ditahan tidak berpuas hati dengan tugas polis, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah. "Tangkapan yang dilakukan kebanyakannya kerana memakai baju BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)...sebahagian besar tangkapan telah dibebaskan tanpa syarat dan sebahagian lagi kita siasat sebab ajak orang berhimpun. Sementara itu, Khalid turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti dakwaan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, 59, akibat gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan itu supaya menyerahkan bukti itu kepada polis. "Kalau ada bukti tunjukkanlah...jangan sebarkan dakwaan itu tanpa ada kesahihan," katanya. Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Baharudin itu yang menyertai perhimpunan di kawasan KLCC pada 9 Julai adalah akibat komplikasi jantung dan bukan berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu. - Bernama |
Gempa Bumi Sederhana Melanda Taiwan Malam Isnin Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.2 pada skala Richter melanda rantau Taiwan pada pukul 10.49 malam Isnin. Jabatan Metereologi berkata bahawa pusat gempa ialah 166km tenggara Taipei dan 1,958km timur laut Kudat, Sabah. Gempa bumi ini tidak menyebabkan tsunami, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini. - BERNAMA |
20 Penumpang, Pemandu Bas Ekspres Selamat Dalam Kemalangan Posted: 18 Jul 2011 07:30 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua puluh penumpang dan dua pemandu terselamat apabila sebuah bas ekspres terbabas di KM299.1 Lebuhraya Plus dari arah utara Bangi ke Kajang, petang Isnin. Ketika kemalangan kira-kira 6.40 petang itu, bas berkenaan adalah dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada tayar hadapan bas itu yang dikatakan bocor hingga menyebabkan pemandunya tidak dapat mengawal bas lalu melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu. Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah laluan kira-kira setengah jam. Jurucakap Trafik Balai Polis Kajang mengesahkan bahawa kesemua penumpang bas itu selamat. Pemandu pertama bas itu, P.Veluthan, 48, berkata beliau terkejut dengan kejadian itu, namun bersyukur kerana terselamat. "Ketika kejadian saya tidak dapat mengawal bas yang saya bawa, saya rasakan tayar bas di bahagian hadapan saya pancit," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Pemandu kedua bas itu Norhayim Ithnin, 44, berkata bas tersebut berada dalam keadaan baik kerana baru berusia setahun. Menurutnya beliau dan Veluthan tidak mengantuk dan mereka bergilir-gilir memandu bas itu. - BERNAMA |
Posted: 18 Jul 2011 07:00 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina KUALA TERENGGANU: "Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah." Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan. "Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini," katanya. Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs. metro/- |
Posted: 18 Jul 2011 06:30 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'. Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki. Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya. Peringatan jawatan mufti Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut "Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. "Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. "Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat". Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau. Masuk Umno Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno. Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya. Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: "Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada". Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar. Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:"Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama". Cabaran dunia Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: "mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno. "Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno". Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: "Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. "Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno". Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya. Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin. Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'. Hamba Allah yang baik Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS. Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik". Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah. Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau. Ustaz sampul Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata; "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana". Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan. Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya. malaysiakini/- |
Aktivis Bersih sangkal dakwaan Utusan Posted: 18 Jul 2011 06:00 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - Dakwaan sebuah akhbar milik Umno hari ini bahawa protes menuntut pembaharuan pilihan raya boleh mendedahkan negara kepada campurtangan kelompok pro-Yahudi, hari ini disangkal oleh aktivitis pilihan raya. Lidah pengarang Utusan Malaysia hari ini menyebut: "Ketika gendang atas nama hak asasi manusia semakin kuat dipalukan ia memberikan kesempatan terbaik kepada kelompok pro-Yahudi untuk campurtangan di mana-mana juga negara Islam." "Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara secara halus," tulis akhbar milik parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebarang dakwaan penglibatan Yahudi adalah isu yang sangat sensitif di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Lidah pengarang tersebut dikecam oleh BERSIH 2.0, yang mengadakan perhimpunan di ibunegara yang menarik ribuan peserta pada 9 Julai lalu. Polis bertindak menahan lebih 1,700 orang dan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan yang disokong oleh pembangkang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil. Sambil menyangkal dakwaan tersebut, seorang wakil BERSIH, Andrew Khoo (kanan) berkata ia menunjukkan percubaan berulang kali oleh sesetengah pihak dalam masyarakat untuk memecahbelahkan negara mengikut garis kaum dan agama. "Dan kita mahu tegaskan bahawa pada akhir hari berkenaan, pada 9 Julai, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama tampil menyokong tuntutan pembaharuan pilihan raya." Sebelum perhimpunan tersebut, Utusan melaporkan dakwaan bahawa protes itu disokong oleh kumpulan Kristian. Menurut Khoo, akhbar berkenaan patut berhenti membuang masa memburuk-burukkan perhimpunan tersebut. BERSIH menuntut beberapa perubahan dalam pilihan raya, seperti memperkenalkan dakwat kekal untuk menghalang pengundian lebih daripada sekali dan untuk menghapus perbuatan membeli undi. Suruhanjaya Pilihan Raya pula berkata pilihan raya di negara ini berjalan secara adil dan telus. -AFP |
Bersih: Hishammuddin jangan berlagak ugut rakyat Posted: 18 Jul 2011 05:30 PM PDT 17 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mengucapkan tahniah di atas keberanian 11 doktor Hospital Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa sememangnya polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 Julai lalu. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas sememangnya polis melakukan tindakan itu. Menurutnya, mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut. 11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ. "Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Idris menambah, Hishammuddin tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai kerana sikap tidak profesional polis dan keganasan mereka sudah ditonton oleh dunia. "Hishammuddin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional," ujarnya. Beliau berkata, di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi. "Sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Hishammuddin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa," katanya lagi. Tambahnya, terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku tembakan gas pemedih mata dan air berasid di perkarangan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu, bukan hospital di Gaza Palestin. harakahdaily/- |
Pusat hiburan: Umno patut malu dengan PAS Posted: 18 Jul 2011 08:25 AM PDT 16 Syaaban 1432H. [MOD] - Nik Abdul Aziz Nik Mat Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP. Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di'butatulikan' pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja. Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, "Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi" (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011). Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka? Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti. Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Bertarikh: 18 Julai 2011 |
Posted: 18 Jul 2011 08:21 AM PDT 16 Syaaban 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 18 Julai: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian. Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut. "Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad. "Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain," katanya di sini. Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah. Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam. Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi. "Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Μy spouѕe and I stumblеd over hеre by а
dіfferent website anԁ thought I may аs well
check thingѕ out. I like whаt I see so i am juѕt following you.
Loоκ forward tо checking out your web
рagе аgain.
My blog poѕt listwy przyokienne
Catat Ulasan