Selasa, 19 Julai 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Kenyataan Awang Adek hangatkan teori konspirasi menjatuhkan Najib.

Posted: 17 Jul 2011 05:11 PM PDT

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husin semalam menyokong teori saya bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan PM.

Awang Adek dilaporkan berkata Bank Negara Malaysia boleh membekukan akaun sesiapa sahaja yang menyalurkan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0.

Kenyataan itu dibuat di dalam keadaan di mana sepanjang minggu lepas media antarabangsa melanyak kerajaan UMNO-BN Malaysia kerana tindakan keras ke atas rakyat pada BERSIH 2.0.

Saya tidak fikir Awang Adek tidak tahu implikasi kenyataan beliau. Imej Malaysia yang sekarang begitu buruk selepas 7/9 akan terus menjadi parah. Tetapi kenapa Menteri itu melakukannya?

Tambahan pula kenyataan ini dibuat ketika PM Najib berada di luar negara. Sudah tentu kenyataan tersebut akan memberi tekanan lagi kepada Najib.

Saya yakin ini sebahagian dari konspirasi untuk memberi tekanan ke atas Najib untuk melepaskan jawatan beliau.

Najib telah menjadi bebanan kepada UMNO dan BN. Pak Lah ketika PM telah membiarkan rakyat berhimpunan untuk BERSIH 1.0 walaupun Polis juga turut bertindak. Tetapi untuk BERSIH 2.0 ketika pentadbiran Najib, Polis telah bertindak ke atas rakyat yang datang secara aman seolah-olah mereka adalah pengganas yang lengkap dengan pelbagai jenis senjata. Saya diberitahu seorang Ustaz yang ke Kuala Lumpur untuk membeli kitab telah singgah solat di Masjid India tetapi telah dibelasah oleh SB-SB dan muka beliau ditonyohkan ke tanah. Sejenis gas pula disemburkan ke mukanya mengakibatkan beliau muntah-muntah hingga esok pagi. Saya sebenarnya hairan hanya seorang sahaja yang meninggal dunia pada 7/9.

Hakikatnya Najib telah menjadi bebanan dan pelbagai kisah tentang Rosmah juga memeningkan kepala pimpinan dan ahli-ahli UMNO-BN. Mereka mesti memaksa beliau untuk meletakkan jawatan jika mahu terus relevan.

Tiada ulasan:

Nuffnang