Selasa, 19 Julai 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on The Stop Work Order for KP Property Sdn Bhd by Anonymous

Posted: 18 Jul 2011 07:03 PM PDT

Anonymous

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdr.

Merujuk kepada aduan Sdr, pihak kami telah membuat aduan ke Call Center DBKL mengenai aduan kontraktor di Green Setapak Kondo yang menjalankan kerja-kerja binaan lebih awal dari masa yang dibenarkan beroperasi. No repot adalah 037223 yang baru kami terima walaupun aduan telah kami buat pada 16.07.2011 atas alasan komputer tidak boleh digunakan.

Pihak kami juga telah menulis surat rasmi kepada Jabatan Bangunan memaklumkan berkenaan aduan Sdr supaya tindakan dapat diambil terhadap kontraktor berkenaan.

Nampaknya setelah begitu banyak aduan-aduan yang melibatkan kerja lebih masa dibuat oleh orang awam, pihak kontraktor telah mengubah cara mereka berkerja dengan memulakan kerja-kerja mereka lebih awal dari masa yang dibenarkan oleh pihak DBKL.

Pihak kami akan memaklumkan kepada Sdr sekiranya mendapat jawapan dari pihak DBKL dan sekiranya pihak Sdr perlukan satu salinan surat tersebut boleh menghubungi saya di no. 41433322.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang