Siti Zailah | Home |
- Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.
- AKTA 588 (AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998)SEBGAI KOD INDUSTRI,MENJADI KAYU PENGUKUR KEPADA INDUSTRI HIBURAN DIMALAYSIA...
- KERAJAAN TANGGUNG RM 48,789,115.03 UNTUK PEMBIAYAAN KEDIAMAN RASMI PM DAN TPM
Posted: 27 Jun 2011 01:59 AM PDT Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58. Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama. Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja. Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom). Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam. |
Posted: 27 Jun 2011 01:22 AM PDT AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998,AKAN MENGENAKAN TINDAKAN UNDANG UNDANG TERHADAP SEMUA STESEN TV YANG MELANGGAR SYARAT LESEN,KOD KANDUNGAN TERMASUK JUGA TAYANGAN PORNOGRAFI DIMANA MANA STESEN TELEVISYEN YANG DILESENKAN OLEH SKMM. SEKSYEN 211 DAN 233 MEMBOLEHKAN SKMM UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG TERHADAP PEMBERI KANDUNGAN.MELALUI KEDUA DUA SYEKSYEN INI ,MANA MANA INDIVIDU ATAU PIGAK YANG MENYEDIAKAN ATAU MENGELUARKAN KANDUNGAN YANG BERSIFAT LUCAH,SUMBANGAN,PALSU,MENGANCAM ATAU JELIK DENGAN NIAT UNTUK MENGACAU ,MENDERA,MENGUGUT ATAU MENGANGGU MANA MANA ORANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN SAMADA DENDA TIDAK MELEBIHI RM 50,000 ATAU DIPENJARAKAN TIDAK MELEBIHI SATU TAHUN ATAU KEDUA DUANYA. SELAIN AKM 98,IANYA JUGA TETAP TERTAKLUK DIBAWAH PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG LAIN SEPERTI AKTA HASUTAN 1948,KANUN KESEKSAAN,AKTA PENAPISAN FILEM 2002 DAN LAIN LAIN YANG MELARANG TAYANGAN PORNOGRAPHI. |
KERAJAAN TANGGUNG RM 48,789,115.03 UNTUK PEMBIAYAAN KEDIAMAN RASMI PM DAN TPM Posted: 27 Jun 2011 01:08 AM PDT DISAAT HIDUP RAKYAT TERTEKAN DENGAN PELBAGAI TEKANAN HIDUP SEPERTI BARANG MAHAL,MINYAK MAHAL,LETRIK MAHAL RAKYAT DISURUH BERJIMAT .TAPI PEMIMPIN NEGARA TERUS BERMEWAH DENGAN WANG NEGARA.DALAM SOLAN KAK LAH DIPARLIMEN TENTANG BERAPAKAH JUMLAH KOS PEBIAYAAN SEWA RUMAH,KOS BAIK PULIH ,BIL LETRIK DAN AIR BAGI KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI DAN KEDIAMAN RASMI TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA SETIAP TAHUN MULAI TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010. YB DATO SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ ,MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI TELAH MENJAWAB DIPARLIMEN SEPERTI BERIKUT; 1. KOS SEWA KEDIAMAN RASMI - RM 32,972,115.55 2. KOS BAIK PULIH KEDIAMAN - RM 3,581,744.78 3. KOS BIL LETRIK - RM 10,267,868.15 4. KOS BIL AIR - RM 1,967,386.03 JUMLAH KESELURUHAN - RM 48,789,115.03 |
You are subscribed to email updates from Siti Zailah | Home To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan