Isnin, 27 Jun 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Ucapan Penangguhan YB Nurul Izzah Anwar- Ahli Parlimen Lembah Pantai

Posted: 27 Jun 2011 04:54 AM PDT

27 Jun 2011

Saya, Puan Nurul Izzah binti Anwar [LembahPantai] mohon mencadangkan agar Dewan ini ditangguhkan dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 17(1) untuk ucapan penangguhan mengenai kes Yong Vui Kong, yang telah ditangkap kerana mengedar 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Peluang kedua untuk bertindak betul dan menjalani kehidupan bermakna:

Saya membawa perhatian dewan kepada kes melibatkan remaja Sabah berumur 22 tahun, Yong Vui Kong, yang ditangkap pada usia 19 tahun kerana memiliki 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007.

Vui Kong dijatuhkan hukuman gantung pada 7 Januari 2009, dibawah Seksyen 5 (1)(a) Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura dan kini sedang menanti pelaksanaan hukuman gantung tersebut.

Disebalik cercaan terhadap beliau, dilempar tuduhan selaku seorang pengedar dadah,Vui Kong sebenarnya merupakan mangsa keadaan, kemiskinan dan keruntuhan institusi keluarga.

Ketika berumur tiga tahun, ibu bapaVui Kong bercerai, dan ibunya mengalami tekanan mental serta pada masa itu masih seorang kanak-kanak dan terpaksa melalui pelbagai peristiwa menyedihkan.

Beliau terpaksa bekerja di lading kelapa sawit datuknya selepas sekolah, dibelasah seandainya terlewat pulang. Untuk memperbaiki kehidupan ibu dan dirinya, Vui Kong meninggalkan rumah pada usia 12 tahun dan 3 tahun kemudian tiba di kota Kuala Lumpur sebatangkara.  Kerana tidak tahan didera dan dihina, beliau berhenti kerja sebagai tukang masak dan menjadi ahli persatuan kongsi gelap, yang mengheret beliau untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Malangnya, penderitaan Vui Kong tidak terhenti di situ. Beliau sekali lagi gagal diberikan keadilan apabila melalui perbicaraan yang tempang.

Empat hari sebelum penghakiman Mahkamah Rayuan pada 9 Mei 2010, Menteri Perundangan Singapura, K Shanmugam secara terbuka berkata, “Yong Vui Kong (yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar 47 gram heroin) sangat muda. Tetapi, seandainya kami melepaskan dia (Yong), apakah mesej yang kami sampaikan?  Kami menyampaikan satu mesej kepada pengedar dadah asing, pastikan anda memilih seorang pemuda, atau seorang ibu kepada anak sebagai mangsa anda, dan peralatkan mereka untuk membawa masuk dadah ke Singapura.”

K Shanmugam menambah, ini kerana orang sedemikian akan mencungkil simpati orang ramai jikalau ditangkap. “Seandainya kami tidak melaksanakan undang-undang, kita gagal menghalang kemasukan orang-orang ini.”

Saya tidak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Singapura; yang dibantah adalah ketidakadilan didalam proses perbicaraan Vui Kong.

Kenyataan Menteri Perundangan Singapura ini  dibuat sedang permohonan  pengampunan belum difailkan lagi. Jelas sekali, kes Vui Kong telah tercemar dengan prasangka ini.

Kenyataan Menteri Singapura ini telah menafikan hak Vui Kong untuk memohon pengampunan Presiden. Ini kerana persetujuan jemaah menteri diperlukan sebelum permohonan pengampunan dikemukakan. Malangnya, kenyataan terbuka Menteri Perundangan telah mengikat keputusan terhadap Vui Kong.

Kegagalan melaksanakan keadilan juga berlaku kerana Ketua Hakim Singapura kini, semasa beliau menjadi Peguam Negara, telah member pendapat bahawa Presiden Singapura tidak mempunyai hak sendiri untuk member pengampunan, tetapi bertindak di atas nasihat cabinet Singapura.

Sehubungan itu, saya yang mewakili Dewan Rakyat yang mulia ini merayu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi member peluang kedua kepada Vui Kong untuk kesnya dipertimbangkan atas meritnya sendiri dan melalui proses perundangan and pengampunan yang adil

Kerajaan Malaysia perlu campurtangan dalam kes ini, untuk memastikan kezaliman tidak berlaku kepada rakyat Malaysia di Negara asing.

Ini bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan, malah hak Vui Kong yang terakhir dan menyeru agar kerajaan Malaysia menghentikan hukumanini yang telah dijatuhkan tanpa keadilan sepenuhnya dengan membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapat keputusan ICJ mengenai kuasa Presiden Singapura untuk mengampunkan seorang banduan.

Kerajaan Malaysia mampu melunaskan tanggungjawab ini. Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia dan PAS bertungkus lumus, melakukan segala yang mampu untuk menyelamatkan Umi Azlim Mohamad Lazim yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar heroin yang seberat 2.9 kilogram.  Akhirnya, Mahkamah Tinggi di Guangzhou meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Sehubungan dengan itu saya dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mulia ini merayu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dapat melaksanakan tindakan yang betul dengan mengikut saluran undang-undang antarabangsa bagi menuntut keadilan untuk Vui Kong serta rakyat Malaysia yang percaya kepada peluang kedua untuk setiap insan.

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai

Sidang Media Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Posted: 27 Jun 2011 12:50 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR : 26 JUN 2011

TOHMAHAN TERHADAP PSM OLEH MENTERI DALAM NEGERI DAN POLIS ADALAH TINDAKAN TERDESAK, SATU PEMBOHONGAN DAN MELUCUKAN

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang-Datuk Abdul Rahman Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussain yang cuba melabel PSM sebagai mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Pembohongan besar ini turut digunakan keatas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah-Bersaralah-sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26hb Jun 2011. Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama 7 hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi dimana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung.

Kenyataan pihak Berkuasa dan dakwaan keatas Aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak Kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.

PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa T-Shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.

Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin Komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian, cubaan terdesak polis membawa balik bogey “Komunis” dalam zaman paska perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.

PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.

Pihak Media kawalan UMNO-BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan BERSIH 2.0. PSM menyokong penuh perhimpunan BERSIH 2.0 walaupun Kempen Udahlah Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan BERSIH 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan BERSIH 2.0.

PSM sesungguhnya percaya dan sedar bahawa tuduhan keatas PSM hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk menwujudkan musuh bayangan dengan niat untuk mengwujudkan satu suasana “darurat” untuk membolehkan pemerintah melakukan penahanan besar-besaran “crackdown” untuk mengagalkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat.

Tindakan polis terkini keatas PSM tidak akan menghalang PSM untuk terus berjuang dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia.

Hidup Rakyat!’

Hidup Sosialis!

S. Arulchelvan (Setiausaha Agung PSM)

——————————————————————————————-

KEADILAN is outraged with the use of Section 122 of the Penal Code against 30 individuals, including two 16-year-olds in Penang yesterday, and a serving MP, Dr Michael Jeyakumar, whilst on their way to attend a gathering in support of the Bersih 2.0 rally planned for July 9.

The allegation of waging war against the King is a malicious attempt to link these dedicated actiivists with the Al-Maunah militant terrorist group  It is unfathomable how the police came to this conclusion when PSM had clearly made known their support for Bersih 2.0’s efforts – as clearly spelt out during the launch last week. This unjustified, malicious and disproportionate clampdown on Parti Sosialis Malaysia activists smacks of a government that is bent on silencing political dissent without regard to the truth and the rights of Malaysians as enshrined under the Federal Constitution.

What we fear is that this irrational and extreme move by the police – clearly under instructions of the powers that be – will only be the
beginning to further clampdowns, even possibly under the Internal Security Act. The Home Minister has already threatened to use the ISA against the organisers of Bersih 2.0. It is worth reminding all Malaysians that Section 122 under the Penal Code carries with it the punishment of imprisonment for life or imprisonment for a term not exceeding 20 years. The usage of Section 122 is a clear attempt to intimidate and silence activists, opposition parties and the Rakyat.

We urge all Malaysians to fully and completely reject such a cruel clampdown against known and dedicated activists, especially in light of the failure of the Najib administration to take action against groups closely connected to the ruling party for publicly inciting
violence. We call for the immediate and unconditional release of all those now being detained.

YB Nurul Izzah Anwar
MP for Lembah Pantai & Vice President of KEADILAN

YB Chua Tian Chang
MP for Batu & Vice President of KEADILAN

N Surendren
Vice President of KEADILAN

Tiada ulasan:

Nuffnang