Isnin, 27 Jun 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Bersih 2.0: Siapa pengkhianat

Posted: 26 Jun 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR : Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

"Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad .

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.

"Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?"

"Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan," tanya beliau.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.

Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

"Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang," katanya.

Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.

"Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN," ujarnya.

Tuntutan Bersih: SPR pernah tipu rakyat

Posted: 26 Jun 2011 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, : Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menyingkap kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 2008 yang menelan belanja RM3 juta.

Naib ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss berkata, dakwat itu tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.

"Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini?" soalnya.

Katanya, jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihan raya di dalam negara kita, ini bermakna dalam rekod bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.

Beliau berkata, adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini bahawa semua tuntutan Bersih akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi.

Soalnya lagi, adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat.

"Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam negara kita," katanya.

Beliau menambah, ini sudah tentu rakyat kurang yakin akan kredibiliti SPR yang menggambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya

Tiada ulasan:

Nuffnang