Isnin, 27 Jun 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 26 Jun 2011 11:03 PM PDT


LAGI SUMBANGAN DIHULURKAN OLEH YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI

SRI MUDA - Kerana sentiasa berpegang pada janji yang dilafazkan kepada rakyat untuk terus membantu sesiapa juga yang tidak berada didalam yang menyenangkan atau yang tidak berkemampuan mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei tampil meringan sedikit bebanan tersebut.
Bantuan yang dihulurkan bukan hanya sekadar terarah kepada wang ringgit namun akan tetapi ada pelbagai kaedah mengikut kesesuai penerima.Kali ini Yb Shuhaimi Hj Shafiei telah sekali meluangkan masa untuk turun padang bertemu dan bermesra dengan penerima sumbangan namun yang agak unik adalah kerana sumbangan kali ini berbeza dari yang sebelum ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menyampaikan sumbangan berbentuk sebuah mesin membasuh pakaian kepada seorang penerima yang mana tahap kesihatannya amat kurang memuaskan.Diharap dengan sumbangan yang dihulurkan dapat meringgankan kerja - kerja penerima memandangkan tahap kesihatan yang tidak baik.



Posted: 26 Jun 2011 09:13 PM PDT



PERIHATIN DAN BERKEBAJIKAN DITERUSKAN OLEH YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI


SRI MUDA - Setiap insan yang kurang berkemampuan perlulah dibantu untuk merubah lanskap kehidupannya agar keluar dari kesusahan dan akhirnya akan menjadi insan yang berjaya.YB Shuhaimi yang sentiasa berusaha untuk membantu sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan andainya mereka - mereka itu benar - benar mempunyai keinginan untuk berubah seterusnya berjaya didalam dalam hidup.
YB Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini telah meluangkan masa untuk menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan mesin menjahit kepada seorang penerima yang layak untuk di bantu setelah penilaian di jalankan oleh kakitangan Pusat Khidmat Rakyat.Shuhaimi Hj Shafiei yang hadir untuk menyerahkan sendiri sumbangan tersebut sempat memberikan nasihat serta peransang kepada penerima agar dapat menggunakan peralatan yang disumbangankan dengan sebaik yang mungkin agar ia dapat menambah pendapatan pada masa hadapan.








Tiada ulasan:

Nuffnang