Rabu, 22 Jun 2011

Siti Zailah | Home

Siti Zailah | Home


Bejet tambahan untuk pilihan raya.....

Posted: 21 Jun 2011 07:32 PM PDT

Dalam Akta Perbekalan Tambahan 2011,bagi maksud B48 dibawah Kementerian Pembngunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah memohon tambahan sebanyak RM458,750,000 untuk menampung bayaran bantuan kebajikan dari Ogos hingga Disember 2011.
Jelas membuktikan sesuatu yang tidak munasabah,sebelum ini Kementerian telah mendapat telah mendapat peruntukan melebihi RM 536 juta,soalnya,kenapa peruntukan tambahan dalam bentu ONE OFF ini diperlukan untuk perbelanjaaan bulan Ogos hingga Disember?.Apakah bajet dan perancangan kewangan kerajaan sehingga bulan July saja?Sepatutnya kerajaan merancang untuk setahun program kerajaan.
Kenapa program untuk menampung bayaran bantuan kebajikan dari bulan Ogos hingga Disember?.Bukankah ini tempoh kebarangkalian berlakunya pembubaran Parlimen?.
Kalau wang sebanyak RM 458,750,000 dibahagikan kepada 222 buah kawasan parlimen,maka jika setiap keluarga mendapat RM 400 seorang setiap bulan dari bulan Ogos hingga Disember 2011,maka jumlah bilangan keluarga miskin yang boleh terima dengan peruntukan wang sebanyak RM 458,750,000 itu ialah lebih dari 1000 keluarga setiap parlimen boleh dimanafaatkan.KALAU perunukan ini diberi dalam bentuk ONE OFF saja sudah tentu setiap parlimen dapat menyalurkan wang RM 400 sekeluarga kepada lebih dari 5000 orang setiap kawasan parlimen.mungkinkah mereka yang miskin dan OKU melebihi 5000 orang setiap parlimen pada masa sekarang?Kalau begitu dimana dakwaan kejaan NKRA dan ETP mengurangkan kadar kemiskinan rakyat?.Apakah kerajaan hanya bersandiwara dengan rakyat dalam isu ini?.
Lapuran kementerian dalam jawapan terhadap soalan MP Rantau Panjang diDewan Rakyat berkaitan jumlah keluarga miskin yang telah diberhentikan dari menerima bantuan JKM ialah tahun 2008,seramai 19,588.Pada tahun 2009,seramai 47,135 kes dan pada tahun 2010,sejumlah 118,345 kes.Jadi sepatutnya belanja kerajaan semakin berkurangan kerana keluarga miskin semakin berkurang,tetapi sebaliknya,semakin berkurang bilangan penerima bantuan, semakin bertambah pula belanja kerajaan.
Dalam lapuran Anggaran Perbelanjaan Tambahan,
Maksud B 48
" ONE OFF"
Keluarga Miskin Sosial Ekonomi
Kurang Upaya Sosial Ekonomi
Warga Emas Sosial Ekonomi
Bantuan Am
Bantuan Sosio Ekonomi lain

JUMLAH PERUNTUKAN RM 458,750,000.

KITA TIDAK MAHU WANG RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO / BN .INI WANG RAKYAT ,WANG NEGARA,WANG DARI CUKAI RAKYAT BUKAN WANG UMNO

RM 6,000,000,000 DIPERUNTUKAN UNTUK MEMBIAYAI...

Posted: 21 Jun 2011 02:08 AM PDT

SEBANYAK RM 5,600,000,000 UNTUK MENAMPUNG PEMBAYARAN TUNTUTAN SUBSIDI BARANGAN PETROLEUM TAHUN 2011.

SEBANYAK RM 150,000,000 UNTUK MENAMPUNG PEMBAYARAN SUBSIDI BAGI PENGECUALIAN BIL LETRIK BULANAN RM 20 SEBULAN, (UNTUK LEBIH KURANG 183,884 ISI RUMAH) (4.4JUTA PENDUDUK).

SUBSIDI PADA TNB, UNTUK BAYAR PADA IPP (RM 19 JUTA ). (RM 4 BILION SUBSIDI PAMPASAN KONSESI TOL)

SEKARANG 45 PERATUS PENDAPATAN NEGARA BERSUMBER DARI HASIL MINYAK DAN SEKARANG INI 10 PERATUS SETIAP TAHUN HASIL MINYAK NEGARA BERKURANGAN.

MALAYSIA MENUJU NEGARA BENGKRAP JIKA SUMBER BARU TIDAK DITEROKAI DALAM KEADAAN NEGARA DIBEBANI DENGAN HUTANG MELEBIHI RM368 BILION DAN SETIAP BAYI YANG BARU LAHIR TURUT MENERIMA BEBAN HUTANG NEGARA !.

*Rezab Minyak Malaysia Yang Semakin Kehabisan Menandakan Malaysia Sedang Menuju Bangkrupsi*

Posted: 21 Jun 2011 01:03 AM PDT

Pendedahan terbaru "Wikileaks" mengenai kenyataan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS yang bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin amat merisaukan.

Antara pendedahan yang dibuat adalah:

1. 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah bergantung kepada hasil minyak.
2. Rezab minyak di Malaysia sudah menuju kepada kehabisan di mana setiap tahun produksi minyak Malaysia berkurang 10% dari tahun yang sebelumnya.

Pihak Dewan Muslimat sungguh terkejut di atas pendedahan ini. Ini kerana pendedahan ini menandakan ekonomi Malaysia sedang menuju kebankrapan ala' Greece.

Kebergantungan kerajaan Malaysia yang sangat besar kepada hasil minyak di dalam perbelanjaan pentadbiran kerajaan adalah penanda betapa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal mempelbagaikan ekonomi Malaysia.

Seharusnya kebergantungan hasil minyak ini tidak patut melebihi 20% dari hasil petroleum dan galian negara. Itupun terhad kepada memberi subsidi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi tersebut. Bukan untuk tujuan pembangunan ataupun pembinaan.

Tetapi, Malaysia terpaksa memberi hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan kepada hasil Petroleum negara. Ini adalah bukti betapa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu mentadbir ekonomi negara dengan baik dan efisyen.

Jelas, amalan rasuah dan kronisma yang menjadi amalan biasa UMNO dan Barisan Nasional sedang dan akan menjadikan Malaysia sebuah negara bangkrap apabila hasil minyak kita habis nanti.

Apa akan jadi kepada masa depan anak cucu kita. Dewan Muslimat PAS berpendapat seharusnya, hasil petroleum mestilah di simpan di dalam sebuah tabung untuk kegunaan anak cucu kita di masa hadapan. Seharusnya kerajaan Malaysia mengikut contoh kerajaan Norway yang menyimpan sepenuhnya hasil petroleum mereka di dalam Tabung Pencen Norway *("Statens Pensjonsfond Utland, SPU")*

Namun, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak bijak serta tidak mampu mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik sehingga ke tahap ekonomi Malaysia sekarang ini di ambang bankrupsi.


Sekian

Siti Zailah Mohd Yussof

Tiada ulasan:

Nuffnang