Rabu, 22 Jun 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Hi Tea bersama YB Siti Zailah 3 Julai 2011 di Lenggeng

Posted: 21 Jun 2011 11:29 PM PDT



MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 3 Julai 2011 , AHAD
Masa : 2.30 petang
Tempat : di Markaz PAS, MTD Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Hjh Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)
Zulkefly Mohamad bin Hj Omar (AJK PAS Pusat)

Kupon HI-TEA : RM 5

Untuk tempahan kupon, sumbangan dan maklumat lanjut sila hubungi :
Pn Osnida 013-2689252 (Ketua Muslimat PAS Jelebu)
Pn Normah 019-2857448 (Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban)

Anjuran : HalWa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelebu dengan kerjasama HalWa MTD Lenggeng

Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan

Posted: 21 Jun 2011 07:56 PM PDT



Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.

Madrasah tidak sebar ajaran sesat
Sinar Harian 22 Jun 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.

"Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini.

"Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini," katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9214401.asp

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'

Posted: 21 Jun 2011 07:55 PM PDT



'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'
Sinar Harian 22 Jun 2011

SEREMBAN – Bukan menolak pendidikan, tetapi masyarakat Orang Asli Kampung Gebok, Mantin, di sini menghadapi kesukaran untuk mereka menghantar anak ke sekolah.

Akibatnya, ramai yang tidak dapat mengikuti pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.

Jarak perjalanan keluar dari kawasan perkampungan itu sejauh kira-kira 6 kilometer selain keadaan jalan kurang sempurna menjadi punca mereka tidak dapat menghantar anak mereka bersekolah.

Tok Batin, Botet Khasong, 57, berkata, ketika ini, hanya 12 kanak-kanak di situ yang mengikuti prasekolah di tadika kerajaan di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin.

"Saya tidak nafikan ramai anak-anak di kampung ini tidak bersekolah, tidak tahu menulis dan membaca. Tapi itu bukan bermaksud kami menolak pendidikan.

"Tapi kemudahan itu agak jauh dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka. Tadika paling dekat pun di Kampung Orang Asli Kedat," katanya.

Berikutan itu, dia amat berharap pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan tadika di situ, sekaligus dapat membantu masyarakat Orang Asli mempertingkatkan diri dalam bidang pendidikan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9216064.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang