Rabu, 22 Jun 2011

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Jangan lepas kematian baru isi borang E-Sinar (Kedahlanie 22 June 2011)

Posted: 22 Jun 2011 08:17 AM PDT


ALOR SETAR - Majlis Ketua Kampung (MKK) perlulah memainkan peranan dengan baik untuk memastikan penduduk yang layak di kawasan terlibat mengisi borang E-Sinar bagi membolehkan mereka menerima bantuan Skim Kafalah apabila berlakunya kematian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, YB. Dato' Ir. Amiruddin Hamzah berkata, apabila E-Sinar telah diisi, ia memudahkan pemberian bantuan Skim Kafalah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disampaikan.

"Kita sebolehnya mahu menyerahkan bantuan Skim Kafalah ini pada hari kematian sewaktu mengunjungi keluarga tersebut kerana mahu meringankan beban keluarga pada waktu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Skim Kafalah kepada 50 orang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, Jalan Gunung Keriang, di sini.

Beliau juga mahu penduduk mengambil perhatian untuk mengisi borang E Sinar agar bantuan Skim Khafalah dapat diberikan dengan segera.

Amiruddin memberitahu, selepas ini, beliau berharap agar penyampaian Skim Kafalah pada masa akan datang disampaikan pada hari kematian dan tidak lagi menghimpunkan penerima termasuklah waris keluarga yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Menurutnya, kepekaan penduduk juga amat diharapkan agar mereka segera mengisi E Sinar untuk memudahkan proses penyerahan.

"Apa yang penting adalah mereka mengisi E Sinar, kemudian selepas hari kematian mereka perlulah menyerahkan salinan sijil kematian dan permit pengkebumian kepada kita," ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang