Rabu, 15 Jun 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Jawapan Parlimen] Kesilapan terjemahan semasa sambutan rasmi rombongan PM China Wen Jiabao

Posted: 15 Jun 2011 09:17 AM PDT

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : LISAN
TARIKH  : 15.06.2011

SOALAN:

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap kesilapan penterjemahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Cina semasa Sambutan rasmi rombongan Wen Jiabao oleh Kerajaan Pusat dan apakah tindakan yang diambil terhadap kakitangan kerajaan tersebut.

Jawapan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Koh Tsu Koon:

Lawatan rasmi Perdana Menteri Republik Rakyat China (RRC), TYT Wen Jiabao ke Malaysia pada 27-28 April tahun ini pada keseluruhannya
merupakan satu kejayaan yang cemerlang bagi pucuk pimpinan dan rakyat kedua-dua negara kerana telah merapatkan hubungan dua hala serta mencapai perjanjian dan persetujuan dalam beberapa bidang yang penting.

Memandangkan lawatan ini adalah amat penting, pegawai-pegawai yang berkenaan dari pelbagai kementerian, khasnya Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa langkah tambahan, misalnya dari segi hiasan semasa sambutan rasmi, pemasangan banting secara lebih banyak sepanjang jalan-jalan protokol, liputan media yang meluas, persembahan semasa jamuan makan tengah hari dan sebagainya. Ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 8 April supaya sambutan kepada semua Tetamu Negara diadakan dengan meriah dan lebih bersifat personalised, dengan mengambil contoh layanan yang diterima oleh YAB Perdana Menteri kita semasa lawatan rasmi beliau ke Negara Korea pada awal bulan April.
(More......)

[Jawapan Parlimen] Punca kebocoran paip di Perhentian Bas Puduraya

Posted: 15 Jun 2011 08:20 AM PDT

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : LISAN
TARIKH  : 14.06.2011

SOALAN:

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan punca kebocoran paip Perhentian Bas Puduraya walaupun baru sahaja Puduraya kembali dibuka tidak sampai sebulan dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM52 juta, kos untuk kerja pembaikpulihan dan pihak yang menanggung kos pembaikpulihan.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, UDA telah menjalankan ujian terhadap 176 paip sprinkler bomba di Perhentian Bas Puduraya untuk memastikan sama ada paip-paip berkenaan berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Semasa ujian dijalankan, satu (1) kepala sprinkler telah tercabut mengakibatkan air melimpah keluar, namun masalah ini dapat diatasi dalam masa 10 minit.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang