Direct Free Kick |
Lawatan YB Iskandar A. Samad ke PJS1, Petaling Jaya dan dialog bersama penduduk rumah panjang. Posted: 13 Jun 2011 06:55 PM PDT YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor akan melawat peneroka bandar yang berkhemah di PJS1 pada 16 Jun 2011, jam 11 pagi. Rumah-rumah mereka telah dirobohkan pemaju Peter Brickworks Sdn. Bhd. pada 3 Jun lepas. Selepas itu, beliau akan berdialog dengan penduduk rumah panjang PJS1 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya tentang masa depan mereka. Satu penyelesaian jangkapanjang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Wartawan dan jurufoto adalah dijemput membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019-756 3581 ( Siti Hawa ). Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor |
Posted: 13 Jun 2011 05:05 PM PDT Sistem kupon untuk memberi air percuma kepada penduduk pangsapuri kos rendah akan digantikan dengan potongan terus di meter pukal. Dengan kaedah yang baru ini, potongan bersamaan dengan kos 20 meter padu air akan dilakukan bagi setiap unit yang didiami. Pemaju atau JMB kemudian akan memotong jumlah ini dari bil-bil penduduk. Jika bil di meter pukal adalah RM 5,000 dan terdapat 100 unit yang diduduki maka jumlah yang perlu dipotong adalah RM 11.40 ( jumlah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri ) kali 100 unit. Jumlah besar iaitu RM 1140 akan dipotong dari bil meter pukal maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM 3,860 sahaja. Potongan RM 11.40 perlu dilakukan kepada bil-bil yang dikeluarkan bagi unit-unit pangsapuri itu. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat tunggakan pada bil-bil itu maka potongan ini dibenarkan dibuat pada tunggakan tersebut dan bukan dari bil-bil semasa. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor ( LPHS ) sedang mengumpul maklumat bagi jumlah unit yang diduduki untuk setiap pangsapuri di Negeri Selangor. Skim potongan di meter pukal ini akan dilaksanakan berperingkat-peringkat. Gambar atas : Majlis penyampaian 'mock' kupon air di Pangsapuri Angsana, USJ1 pada 13 Jun lepas di mana penduduk telah diberitahu sistem kupon ini akan diganti dengan potongan di meter pukal. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan