N45 Dr Halimah Ali |
GERHANA BULAN DAN ATURCARA PENGISIAN Posted: 15 Jun 2011 04:37 AM PDT Program Sempena Gerhana Bulan Penuh Anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor Tarikh : 15 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011 (Rabu dan Khamis) Masa : Bermula jam 9.00 malam 15 Jun sehingga pagi 16 Jun Tempat : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam Acara :- - Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Carekawala, Ceramah - Solat Gerhana Bulan pada 1.45 pagi - 16 Jun - dan cerapan menggunakan teleskop yang disediakan Maklumat Mengenai Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 190 yang bermaksud : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" . Salah satu tanda kekuasaan Allah dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah kejadian Gerhana Bulan. Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala' kegelapan". Di Malaysia akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh dua kali iaitu yang pertama pada 16 Jun 2011 (Khamis) – awal pagi bermula 1.22 pagi sehingga 7.02 pagi dan pada 10 Disember 2011(Sabtu) pada jam 8.45 malam. Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia. Gerhana bulan penuh ini berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki dalam kawasan umbra. Ketika itu bulan kelihatan terapung-apung di angkasa dalam keadaan tidak bercahaya. Pemerhati-pemerhati di bumi akan dapat melihat warna bulan ketika ini berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra. Bagi Jabatan Mufti Selangor satu program akan diadakan bagi menghayati bukti kebesaran dan keagungan Ilahi pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Antara pengisiannya ialah Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Cakerawala, Solat Sunat Gerhana Dan Bacaan Khutbah. Maklumat lanjut hubungi Jabatan Mufti Selangor Bahagian Falak di talian 03-55143547 / 3718 / 3717 / 3720. SUMBER: Portal Kerajaan Selangor |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan