Jumaat, 3 Jun 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 02 Jun 2011 03:58 AM PDT

JADUAL "JELAS – TAWAN MALAYSIA!"

2 Jun (Khamis) Hulu Selangor
Lokasi: Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali
PIC: Sdr Khalid Jaafar – 0123152928
Penceramah: Yb Zuraida, Yb Shuhaimi, Yb Dr Dzul, Sdr N.Surendran, Sdr Fariz Musa, Sdr Hata Wahari, Sdr Saifullah AMK, Sdri Aisyah Srikandi

5 Jun (Ahad) Kuala Langat
Lokasi: Dewan Kancong Darat, Jalan Morib, Banting
PIC: Sdr Subra – 0104384696
Penceramah: Yb Nurul Izzah, Dato Chua Jui Meng, Yb Philip, Yb Dr Yunus, Yb Abdullah Sani, Irwan AMK

Posted: 02 Jun 2011 03:57 AM PDT

Umno semakin hilang sokongan Melayu bandar- kajian EIU

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.

Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

"Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan," Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14635

Posted: 02 Jun 2011 03:56 AM PDT

Misteri orang ketiga ke Macau: Najib dicabar tunjuk pasport

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

"Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu- warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

"Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi," ujar Saifuddin.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak- yang dikata menerima komisen bernilai 114 juta Euro.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau berkaitan urusan komisen pembelian kapal berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

"Lodin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002," katanya.

Beliau turut mendedahkan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin kepada Dewan Rakyat pada 2006 bahawa tiada bayaran komisen melainkan bayaran dengan tujuan koordinasi dan khidmat sokongan.

"Ia bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaris, syarikat pembuat kapal selam bahawa komisen itu dibayar oleh kerajaanMalaysia," katanya menjelaskan saksi tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki 'Y'.

Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki 'Y' tersebut.

"Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut," kata Tian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14604

Posted: 28 May 2011 04:16 AM PDT

Laporan Polis Dibuat Agar Penyebar Video Lucah Diambil Tindakan

Friday, 27 May 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 27 Mei - ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis.

"Persoalannya di sini adakah polis bersekongkol, terlibat menandatangai memorandum persefahaman dengan Datuk T. Datuk T kata hanya ada satu salinan. Adakah Polis bersekongkol atau memang ada salinan lain dengan Datuk T?," kata beliau.

Pemberian dan penyebaran VCD tersebut dikesan berleluasa pada kempen Jelajah Selangor (Jelas) PKR sejak awal bulan ini di Semenyih, Kuala Langat, Tanjung Karang, Subang dan Sabak Bernam, dan Selayang.

Dua hari lalu, Ketua kampung dari 8 kampung buah kampung di Shah Alam dan Klang menerima 4 salinan VCD tersebut setiap seorang melalui Pos.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, Shuhaimi melahirkan kebimbangan terdapat gerakan sistematik dan terancang dalam penyebaran VCD ini dengan agenda untuk memburuk-burukkan PKR dan Pakatan Rakyat berdasarkan sasaran penyebaran kepada rakyat dan pemimpin akar umbi seperti Ketua-ketua kampung.

Malah, menurut Shuhaimi tidak mustahil VCD lucah itu akan dihantar dari rumah ke rumah pula selepas ini.

"Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah," ujar beliau.

Justeru Shuhaimi mendesak polis supaya bertindak kerana jawapannya boleh didapati dengan mereka yang paling awal menyebarkan video berkenaan – Datuk T, yang dianggotai oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

"Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat 'sebarkan' video lucah ini," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Nuffnang