Mohamad Taufek Abd Ghani |
Tahlil Perdana 1 Julai 2011 di Seremban Posted: 03 Jun 2011 12:34 AM PDT TAHLIL PERDANA 2011 Tahlil Arwah Pimpinan Ulama dan Tok Guru Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat) Masa : 6 ptg - 9 mlm Tempat : Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Seremban Hanya RM 145 untuk satu nama Untuk pertanyaan sila hubungi : Roslilah 013-6249033 Naili 017-7124010 Shah 019-6611076 Sila dapatkan Borang Penyertaan Tahlil Perdana 2011 di http://puspa-ns.blogspot.com/2011/06/tahlil-perdana-1-julai-2011-di-seremban.html Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Taman Rashidah Utama Jalan Senawang - Paroi 70450 Seremban Negeri Sembilan 06-6771232 mtasns@yahoo.com http://www.saidiyyah.com/ |
Posted: 02 Jun 2011 08:40 PM PDT Dakwa punca rezeki disekat Sinar Harian 3 Jun 2011 PORT DICKSON – Hampir 70 Ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson yang berpangkalan di Pengkalan Nelayan Port Dickson mengadakan bantahan terhadap Projek Pembangunan Gerbang Maritim Antarabangsa, semalam. Projek yang didakwa bakal dibangunkan di kawasan pengkalan nelayan itu mengecewakan nelayan kerana merasakan punca rezeki mereka cuba disekat dan diganggu. Bantahan itu berlangsung secara aman di Pengkalan Nelayan Port Dickson bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira satu jam kemudian. Nelayan, Kasim Kitan, 54, berkata, jika projek itu dilakukan, pendapatan hariannya bakal terjejas, malah sebelum ini tiada sebarang pemberitahuan daripada pihak bertanggungjawab berkenaan pembinaan tersebut. Menurutnya, mereka tidak pernah menolak sebarang pembangunan kerajaan, namun projek kali ini seperti membelakangkan mereka. "Kehidupan kami semua bergantung kepada hasil laut dan jika projek ini diteruskan sumber ekonomi kami akan terjejas," katanya. Kasim yang menjadi nelayan sejak 35 tahun lalu berkata, mereka tidak akan membantah apabila diarahkan berpindah dengan syarat pengkalan nelayan baru perlu disediakan dengan kemudahan lengkap. Manakala, Kamaruzamal Adam, 53, berkata, sejak berpuluh tahun lalu, pengkalan nelayan itu tidak pernah menerima sebarang pembangunan dan tiba-tiba ia seperti ingin dilenyapkan secara perlahan-lahan. "Memang tidak semua nelayan di sini bekerja sepenuh masa sebagai nelayan dan ada yang hanya menjadikan ia sebagai hobi tetapi golongan ini perlu dibela dan tidak perlu ditindas seperti ini. "Sekarang ini, pagar zink didirikan di sekitar kawasan pengkalan nelayan sekali gus membuka ruang kepada penjenayah mencuri bot dan sebagainya kerana terlindung," katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sembilan, Abu Bakar Dawam berkata, pihak yang bertanggungjawab ke atas punca masalah itu perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan semua pihak terlibat terutamanya nelayan agar perkara ini jelas dan boleh membela nasib mereka. Menurutnya, sebelum ini, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan tetapi hanya sebelah pihak sahaja dan jawapan yang diberikan berkenaan projek berkenaan serta nelayan tidak tetap selain sering berubah-ubah. "Nelayan sering menjadi mangsa penipuan pihak ingin mengaut keuntungan dan diharap kali ini bakal ada jalan penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati pengkalan nelayan itu sudah beroperasi sejak sebelum merdeka lagi dan menjadi sebahagian punca rezeki penduduk di sini. Sementara itu, PNK Port Dickson turut membuat laporan polis berkenaan pembinaan pagar zink berkenaan yang mula didirikan sejak 26 Mei lalu selain satu lagi laporan bagi menafikan pihaknya membuat contengan perkataan 'satu lagi projek untuk menghalau nelayan (syabas)' di pagar zink berkenaan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9155400.asp |
Posted: 02 Jun 2011 02:48 AM PDT Perkhidmatan bas masih teruk Sinar Harian 2 Jun 2011 KUALA KLAWANG - Masalah pengangkutan di Daerah Jelebu masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun pelbagai rungutan dan aduan dibuat. Tinjauan mendapati, suasana sekitar tempat perhentian bas di Pekan Kuala Klawang lengang dan tidak banyak pengangkutan awam terbabit ditemui. Difahamkan, perkhidmatan bas disediakan untuk penduduk di pekan ini selang dua jam sekali dari Pekan Kuala Klawang ke Seremban sahaja. Manakala, perkhidmatan bas ke kawasan dalam daerah Jelebu tidak disediakan melainkan dari pekan ke Titi. Perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Titi disediakan kerana kawasan berkenaan menjadi tumpuan penuntut Kolej Komuniti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang. Sehubungan itu, syarikat bas bersedia menawarkan perkhidmatan bas memandangkan terdapat penumpang tetap di kawasan terbabit setiap hari. Suri rumah, Fatimah Anum Muhammad, yang berasal dari Kampung Simpang Durian berkata, dia sekeluarga menghadapi masalah pengangkutan setiap kali pulang ke kampung halaman kerana tiada perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian disediakan kecuali teksi. Menurutnya, teksi sering mengenakan caj yang tinggi hingga mencecah RM50 dan masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu. "Sebelum ini, saya kerap pulang ke kampung halaman, namun sejak menghadapi masalah pengangkutan, saya hanya balik dua bulan sekali. "Saya kesal dengan tindakan sesetengah pemandu teksi yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tinggi kepada penumpang," katanya yang kini menetap di Flat Sri Penang, Bangsar. Fatimah Anum berkata, pemandu teksi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian. Menurutnya, harga berkenaan tidak setimpal dan sekiranya harga yang dikenakan hanya RM30 mungkin munasabah. "Caj perkhidmatan teksi untuk sekitar Kuala Klawang juga mahal. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 satu kepala bukan untuk satu teksi," katanya. Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati keadaan stesen bas berkenaan semakin uzur dengan tar jalannya pecah dan berlopak. Selain itu, caj yang dikenakan ke atas tandas awam juga agak mahal iaitu 30 sen, namun kebersihan tidak begitu memuaskan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9152043.asp |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan