N50 Dun Sri Muda |
Posted: 22 May 2011 06:07 AM PDT PKR Selangor Seru Kerajaan Negeri Beku Segera Projek Tepi Lereng BukitSunday, 22 May 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 22 Mei - Parti Keadilan Rakyat Selangor menggesa kerajaan negeri untuk membekukan serta merta aktiviti berhampiran kawasan yang berstruktur lemah dan lereng bukit untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, kejadian lalu haruslah dijadikan iktibar apabila beberapa tragedi menyayat hati berlaku dan banyak nyawa yang terkorban. "KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sudah mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan," katanya. "Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan belasan nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda disamping perubahan ekologi persekitaran. "(Bahkan) jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa kawalan ketat dari segi keselamatannya dan inilah masanya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bertindak tegas," tambahnya lagi. Negara semalam dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila 16 anak yatim termasuk seorang petugas Rumah Anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat maut dalam runtuhan tanah kira-kira 2.30 petang semalam. Justeru beliau mewakili KEADILAN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi berkenaan. Beliau juga menggesa insiden sedih ini tidak dijadikan medan politik untuk berkempen. "Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama-sama membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Pihak Polis perlulah memberi kerjasama baik kepada wakil kerajaan Negeri yang hadir ke kawasan runtuhan setiap hari bagi membantu menyelaras bantuan,"ujar beliau. Semalam, tindakan pihak polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan Umno dan wakil kerajaan Pusat masuk ke kawasan runtuhan adalah tindakan yang tidak wajar. Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawab lebih besar membantu mangsa. |
Posted: 15 May 2011 06:10 AM PDT Video seks: MB kesal Umno edar VCD lucah di program Pakatan May 15, 2011 KUALA LUMPUR, 15 Mei — Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno. Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR. Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan "tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan". Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang. Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor. "Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor. "Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat. "Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini," kata beliau ketika berucap. Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor. Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela. "Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat. "Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan," katanya. Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin. The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar. Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya "mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali." Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan