Direct Free Kick |
Posted: 03 May 2011 08:15 AM PDT PAS Kawasan Pandan mendapati bilangan pengundi yang ramai telah dipindahkan dari DUN Teratai ke DUN Chempaka untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini. Kami telah melakukan semakan terperinci ke atas senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk suku tahun pertama 2011. Kami telah mendapati perkara-perkara berikut berkaitan perpindahan ini, 1) Perpindahan melibatkan AJK-AJK Umno dari DUN Teratai. Contohnya AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana, Abdullah Thani b. Bukhari yang dipindahkan ke Taman Dagang di dalam DUN Chempaka. Seramai 5 AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan telah dipindahkan ke DUN Chempaka. 2 ke Taman Bakti, 2 ke Pandan Jaya dan 1 ke Lorong Molek Kg. Pandan Seramai 10 orang ahli-ahli Umno dari Kg Cheras Baru telah juga dipindahkan ke DUN Chempaka. 2) Mereka yang dipindahkan untuk mengundi di DUN Chempaka itu masih bermastautin di DUN Teratai. Mereka tidak menetap di alamat di mana mereka didaftarkan. 3) Di antara alamat yang digunakan untuk mendaftar pengundi-pengundi dari DUN Teratai adalah Dewan Kemas di Lorong Molek, Kg Pandan. Penemuan-penemuan ini membuktikan bahawa Umno/BN telah memindahkan pengundi-pengundi ke dalam DUN-DUN tertentu. Walaupun jumlah yang dikesan di DUN Chempaka adalah kecil tetapi kami yakin ia adalah sebahagian dari gerak kerja besar-besar Umno/BN bagi seluruh Negeri Selangor. Umno/BN telah kecewa kerana gagal mendapatkan sokongan rakyat maka terpaksa memindahkan pengundi untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami berharap jika SPR benar-benar adil dan telus, ia akan melakukan satu penyiasatan yang terperinci ke atas perkara ini. PAS Kawasan Pandan turut akan membuat bantahan kepada SPR mengenai perpindahan ini. 3 Mei 2011 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan