:: cina islam | 2011 :: |
- Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675
- M'sia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media
- Auckland dilanda puting beliung
- Umno ibarat pungguk rindukan bulan
- Dr Ahmad Kamal Sasterawan Negara
- Blog Chedet diserang
- DUN Pulau Pinang: Polis tahan 4 individu anjur demonstrasi
- Marah kereta api lewat, kereta dibakar atas landasan
- Keputusan tinjauan Harakah
- Berkat solat hajat, UMNO kini kera sumbang.
- Kenyataan Media : Kecam kebiadaban MCA dan perkauman PERKASA
- Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat
- Pengkebumian Jenazah Osama Di Laut Satu Penghinaan - Ulamak
- Soi Lek melampau
- M'sia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media
- Salleh desak bomoh asing Taib diusir
- Maksiat hari pekerja
- PKR Dakwa Polis Salah Guna Kuasa
- Soi Lek ugut pengundi Cina?
- Ikut Nasihat Ilmuan Agama, Jangan Sebar Fitnah - Khalid
- Hari memperingati tahap kebebasan akhbar Malaysia yang merosot
- Persatuan Pengguna : Rakyat Terbeban, Harga Barang Terus Naik
- Suara Rakyat : Harga Barang Naik, Tapi Gaji Kami?
- Juak Umno jenis 'sex maniac'
- Saranan Najib janggal, Pas tidak akan tinggalkan PR
Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675 Posted: 03 May 2011 07:49 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam. Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka. YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah. "Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi |
M'sia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media Posted: 03 May 2011 07:11 AM PDT Jamadilawal 1432H. [MOD] - Malaysiakini/- Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas. Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika. Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar. "Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'. 'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191). Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141. Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan. Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland. Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas. |
Auckland dilanda puting beliung Posted: 03 May 2011 07:03 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - AUCKLAND (New Zealand): Seorang terbunuh selepas puting beliung melanda Auckland, iaitu bandar terbesar New Zealand, petang Selasa (waktu tempatan). Inspektor polis Barry Smalley, berkata, imej yang dipaparkan menerusi televisyen menunjukkan keadaan cuaca yang tidak diduga membawa serpihan apabila ia merentasi sebahagian Auckland. Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung mangsa yang terbunuh dan mangsa lain yang cedera susulan kejadian itu. - AP |
Umno ibarat pungguk rindukan bulan Posted: 03 May 2011 07:03 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Ust. Nasrudin Hassan Politik tanah air kini menyaksikan Umno dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi dan tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar, nadanya pula hilang pitching yang tepat. Persembahan juga tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. umno pasApabila Umno mengajak PAS sekali lagi menyertai BN dan jikalau PAS tidak mahu, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah, saya lihat Umno kini seperti pungguk rindukan bulan. Jelas sekali agenda mereka hanya satu, iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan yang dilihat semakin utuh. Dengan kata lain, tindakan itu untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan. Demi bangsa dan agama! Begitulah nada lama yang pitching sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana parti itu menentang perjuangan Islam. Tiba-tiba MCA yang menjadi rakan kongsi Ummo dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN, pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. umno mca chua soi lek najibInilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P Ramlee sebagai "masuk angin keluar asap". Menariknya, Umno seperti mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam. Justeru itu mereka sangat bimbang kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP. Lantas mereka menggesa PAS keluar dari Pakatan. 'Malu-malu sayang' Saya mahu ucapkan terima kasih atas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sejak tahun 1951, PAS ditentang serta dibelasah habis-habisan oleh Umno dan BN. Mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini. Setelah saya kemukakan hujah dalam perenggan-perenggan di atas, isunya terhenti atas dua poin. NONEPertama, demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai BN kerana MCA, parti kompenan kedua terbesar dalam BN memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Pengerusinya DAP Karpal Singh bagaimanapun, di Konvensyen Pakatan yang lalu memperlihatkan keterbukaan terhadap dasar dan perjuangan PAS apabila beliau mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Ketika DAP memberi isyarat itu, MCA pula membentak keras dan memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam. Kedua, apabila Umno mengiktiraf Islam yang diperjuangkan PAS, lantaran itulah mereka kelihatan 'malu-malu sayang' lalu menggesa PAS keluar Pakatan kerana bimbang dihalang oleh DAP. NONEMaka, amat wajarlah Umno yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama. Sekurang- kurangnya UMNO keluarlah BN kerana MCA jelas dan lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam, sementara Umno kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi Umno menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA? Politik Machiavelli Saya meninjau pandangan awam. Rata-rata yang saya temui percaya Umno dan BN kini terdesak untuk memulihkan potensi untuk menguasai dua pertiga majoriti di parlimen. sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Tiada hubungan kedua melainkan Umno mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan yang menjadi satu-satunya tembok penghalang untuk mereka merealisasikan impian. Dengan mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran video lucah kepada umum dengan mendahului siasatan yang adil diyakini sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan. Pembunuhan watak ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Ia merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Machiavelli,"matlamat menghalalkan cara", kini Umno mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan politik lucah yang jijik dan mual. NONESebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa perkara ini tidak lebih dari sandiwara Umno dan BN. Ketika tangan kirinya menggapai PAS, tangan kanannya pula siap dengan belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang. Realiti ini jelas. Sebagai contoh, dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak tempoh hari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding 5 kerusi, tetapi presiden BN yang juga presiden Umno terus mengasak dan mengganyang PAS. Ia seolah-seolah PAS satu-satunya lawan mereka di Sarawak. Drama apakah ini? Saya tidak bermaksud, malah tidak pernah berselera kepada Umno dan BN yang menghulurkan simpati kepada PAS, sehingga memberi laluan selesa untuk memenangi satu-satu pilihan raya. Tetapi apa yang perlu ditekankan ialah sikap. Pastinya, adab dalam mengundang dan adab mahu berkawan didahului dengan berbuat baik dan beramah mesra. Apa yang berlaku, Umno dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan, kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik, maka drama apakah ini? PAS tidak pernah menolak apa yang diajarkan Islam, seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama, selama mana ia benar-benar dibina atas landasan agama. Wajarnya Umno pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah Umno pula mengambil pengalaman tersebut. Jika Umno enggan menyertai PAS demi bangsa dan agama, maka bagaimanalah Umno boleh fikir PAS mahu menyertai UMNO dan BN? |
Dr Ahmad Kamal Sasterawan Negara Posted: 03 May 2011 07:02 AM PDT Jamadilawal 1432H. [MOD] - Oleh Nazmi Yaakub PUTRAJAYA: Penyair tanah air, Datuk Dr Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Kemala, diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara (ASN), sekali gus menjadi Sasterawan Negara (SN) ke-11. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkannya, berkata Kemala akan menerima Warkah Penghormatan Negara dan hadiah wang tunai bernilai RM60,000. "Sekretariat ASN menerima sebanyak 14 pencalonan, iaitu lima pencalonan baru, selain sembilan calon sebelum ini. "Pemilihan Kemala berdasarkan karyanya yang bermutu tinggi dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan," katanya pada sidang media di Kementerian Pelajaran di sini, sebentar tadi. Kemala yang dilahirkan di Gombak dan kini Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, menghasilkan kumpulan puisi sebanyak 11 judul; antologi puisi (25); kajian sastera (10); kumpulan cerpen (4); antologi cerpen (8); drama (4)dan cerita kanak-kanak (3), selain 50 esei serta kritikan sastera. |
Posted: 03 May 2011 07:01 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware. Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April. "Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware," katanya hari ini. Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer. Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware. Katanya, jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain. "Sekiranya kami tidak dapat selesaikan perkara ini dengan Google, mungkin kami perlu menimbang pilihan untuk memindahkan chedet.co.cc ke tapak lain kerana masa rosaknya menimbulkan keadaan kucar-kacir. "Pembaca kami tidak dapat masuk serta membaca dan memberi komen, manakala pengiklan pula tidak boleh mendapat pendedahan melalui ruang yang mereka ambil. Bagaimanapun, buat masa ini, kami menanganinya secara satu persatu dan pemindahan hanyalah suatu pilihan," katanya. Pembaca dari seluruh Malaysia menghadapi masalah untuk melayari laman blog itu apabila cubaan mereka untuk masuk disekat. - BERNAMA |
DUN Pulau Pinang: Polis tahan 4 individu anjur demonstrasi Posted: 03 May 2011 06:58 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - GEORGETOWN: Polis menahan Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang, Abdul Ghani Abdul Jiman bersama tiga pengikutnya yang dikatakan menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini petang tadi. Perhimpunan yang disertai kira-kira 50 orang ketika DUN sedang bersidang itu bertujuan menyerahkan memorandum mengenai ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan negeri pimpinan DAP. Perhimpunan yang bermula pada jam 12.45 tengah hari itu kemudian menjadi kecoh apabila Ghani bertindak memanjat pintu pagar DUN selepas dihalang anggota polis untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau bersama tiga lagi lelaki terbabit ditahan selepas enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai dan kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis beberapa jam kemudian. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, mereka dibebaskan selepas memberi keterangan polis dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya |
Marah kereta api lewat, kereta dibakar atas landasan Posted: 03 May 2011 06:54 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BUENOS AIRES 3 Mei - Siaran televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya enam buah kereta dibakar di atas landasan kereta api menghubungkan Buenos Aires dengan kawasan barat pinggir bandar disebabkan pengguna komuter yang marah dengan kelewatan kereta api. Kebakaran bermula pada waktu sibuk di sebelah pagi di stesen pinggir bandar Haedo, 16 kilometer dari barat Buenos Aires dan merebak ke stesen berdekatan di Ramos Mejia dan Ciudadela. Jurucakap syarikat kereta api, Trenes de Buenos Aires berkata, kelambatan disebabkan sebuah kereta api tergelincir berdekatan stesen di bandar ini. Saksi berkata, beberapa remaja bertindak menyerang kaunter tiket di Haedo manakala pekerja perkhidmatan kereta api turut diserang beberapa penumpang yang marah. - AFP |
Posted: 03 May 2011 02:00 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Mei: Keputusan terhadap undian, Wajarkah perkataan "UMNO PUJUK DAP" digunakan sebagai tajuk berita utama yang diadakan selama 3 hari mulai 27 hingga 29 April. Ia menunjukkan 226 daripada 365 atau 61.92 % pengundi bersetuju berbanding dengan 32.6 % atau 119 pengundi yang tidab bersetuju dengan tajuk tersebut. Hanya 20 penngundi atau 5.48 peratus sahaja yang tidak pasti. Sekarang ini, mulai 30 April yang lepas, undian baru berhubung dengan tajuk mukadepan harakah bil. 1636, Bukan Kaedah Islam – Mubahalah Eskay dibenarkan Menteri dan pengarah Jawi'. Untuk mengundi, boleh lawati laman web, http://myharakah.net dengan segera. Keputusannya boleh disemak secara online melalui laman berkenaan. Harakahdaily/- |
Berkat solat hajat, UMNO kini kera sumbang. Posted: 03 May 2011 01:49 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Oleh: WFAUZDIN NS BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka. Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman. Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula. Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah. Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com |
Kenyataan Media : Kecam kebiadaban MCA dan perkauman PERKASA Posted: 03 May 2011 01:43 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Perdana Menteri cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Isu 1 Melayu 1 Bumi dilahirkan hasil semangat perkauman Utusan dengan NGO melayu ekstrim bernama Perkasa. Lantaran kesal dengan sikap kaum Cina dan pribumi mengundi DAP di Sarawak menyebabkan kaum rasis melayu dalam Utusan dan Perkasa meraung menyeru kaum melayu bersatu menghadapi kesatuan kaum Cina di Sarawak. Utusan dan Perkasa buta statistic dan daftar undi kerana yang memenanagkan DAP bukan kaum Cina di Sarawak tetapi kaum bumiputera yang sudah muak makan hasil rasuah BN di Sarawak. Jika kaum Cina Sarawak mengundi DAP pun apa pula dosa mereka sedangkan DAP parti yang halal dari segi pendaftaran ROSnya? Adakah Perkasa dan Utusan buta tentang ROS? Kini MCA cukup jengkel dengan kemaraan DAP di Sarawak. Chua Soi Lek terlupa seketika bahawaa MCA adalah parti perkuaman Cina paling terserleh bermula daripada namanya sendiri yang melambangkan nama Cina! UMNO, Perkasa dan Utusan juga terkesima dengan kebiadaban MCA mempertikai hak istimewa melayu dalam perlembagaan. Kini Perdana Menteri menyeru PAS meninggalkan DAP dan pakatan rakyat seolah-olah Perdana Mneteri kita tidak sempat membaca surat khabar mutaakhir ini. Kepada kaum Melayu, kami Dewan Pemuda PAS Gopeng menyeru melihat isu PAS-DAP dengan lebih terbuka dan berfakta. Jika anda menyokong UMNO, UMNO juga bersekongkol dengan parti perkauman Cina dan teah lama menggadai nasib melayu Pulau Pinang kepada Gerakan. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat Posted: 03 May 2011 01:42 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Mei: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat. Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan. "Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim. Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama. "Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan. "Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim. Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam. Harakahdaily/- |
Pengkebumian Jenazah Osama Di Laut Satu Penghinaan - Ulamak Posted: 03 May 2011 01:35 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KAHERAH 3 MEI : Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson. Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam. Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika. Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah. Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar. Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan". Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika." Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, Ahad lalu. Sementara itu, seorang jurucakap Universiti Al-Azhar berkata Islam menentang pengkebumian di dalam laut. "Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb. Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati. "Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya. Tv Selangor/- |
Posted: 03 May 2011 01:30 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu BN menutup pintunya kepada PAS kecuali PAS sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islam terlebih dahulu sebagai keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan dengan umat Islam di negara ini. Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, presiden MCA itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen keagamaan dan perkauman dalam negara ini. Katanya, umat Islam adalah sebagai golongan majoriti di negara ini, bahkan agama Islam juga dijadikan sebagai agama Persekutuan. "Apakah masalahnya sekiranya PAS meletakkan prinsip Islamnya yang sememangnya bertepatan dengan agama persekutuan ini? "Persoalannya sekarang adakah MCA mahu bermusuh dengan PAS atau bermusuh dengan umat Islam di negara ini?" ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kenyataan Presiden MCA juga menjelaskan siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN. Tambahnya, ternyata kenyataan Soi Lek membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam. Menurutnya, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu. "Mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan Umno mahu melaksanakan Islam," ujarnya. Ini, tambahnya menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang. Ini, jelasnya berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) bilamana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR. "DPPP menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan. "Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini," katanya. DPPP juga, katanya menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah. PAS, tegasnya tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR. "Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat," katanya. Harakahdaily/- |
M'sia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media Posted: 03 May 2011 01:23 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas. Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika. Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar. "Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'. 'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191). Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141. Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan. Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland. Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas. |
Salleh desak bomoh asing Taib diusir Posted: 03 May 2011 01:06 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Seorang bekas pemimpin Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya menghantar pulang tiga bomoh asing Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari Sarawak kerana telah mengkucar-kacirkan politik negeri itu. Salleh Jafaruddin menggesa rakyat Sarawak bersatu menuntut 'bomoh asing' berkenaan diusir kerana menguasai ketua menteri tersebut dalam kebanyakan keputusan berhubung negeri itu. Beliau mendakwa dua pupunya itu kini ibarat tidak dapat dibantu berikutan kematian isteri pertamanya dua tahun lalu dan Taib (kiri, berbaju unggu) di bawah pengaruh bomoh-bomoh asing berkenaan sejak 10 tahun lalu. "Beliau dan negeri Sarawak akan akhirnya musnah jika tiada tindakan diambil segera bagi menghentikan pengaruh bomoh ke atasnya," kata bekas menteri pelajaran itu dalam satu kenyataan semalam. "Jangan biarkan pengaruh mereka memerintah Sarawak dan memusnahkan legasi demokrasi kita. Mari kita bersatu bagi menghentikan pengaruh tersebut sebelum terlambat. "Saya gesa menteri dalam negeri di Kuala Lumpur supaya segera membatalkan pas imigresen yang dikeluarkan kepada ketiga-tiga bomoh itu supaya mereka boleh diusir dari negara ini. Jika tidak rakyat Sarawak perlu bangkit menunaikan hak mereka menangkap bomoh tersebut," kata Salleh. Salleh, yang bertanding menentang Taib di kerusi DUN Balingiant, bersemuka dengan bomoh berkenaan pada hari penamaan calon. Antara mereka seorang rakyat Australia, Stella, yang nama sebenarnya adalah Kharleen Tashman. Katanya lagi, kemenangan BN pada 27 kerusi majoriti pengundi Melayu/ Melanau bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Dakwa Salleh (kiri, bertopi), kemenangan berkenaan dicapai melalui pembelian undi dan juga ancaman oleh kumpulan 'samseng' ke atas orang ramai pada hari mengundi. "Kebetulan saya terserempak dengan ramai daripada mereka pada hari mengundi di Balingian dan bersemuka dengna beberapa kumpulan yang cuba mengugut orang ramai di pusat mengundi sewal jam 8 pagi lagi," kata Salleh. Malaysiakini/- |
Posted: 03 May 2011 01:00 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BATU PAHAT – Lima pasangan ditangkap berkhalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam operasi khas sempena cuti Hari Pekerja yang dilakukan empat pegawainya, kelmarin. Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam serbuan yang dilakukan turut tertangkap ialah seorang warga Indonesia bersama pasangannya warga tempatan yang sudah beristeri dan mempunyai empat anak. Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar pusat bandar Batu Pahat yang disyaki menjadi sarang maksiat terutamanya golongan yang berumur 20-an dan sasaran utamanya ialah tiga hotel yang menjadi kegemaran kerana harga tidak terlalu tinggi. "Daripada tangkapan yang telah dilakukan, kesemua pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. "Jika sabit kesalahan, mereka yang ditahan dalam operasi khas ini akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah," katanya. Menurutnya, dalam operasi berkenaan juga, terdapat cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti enggan membuka pintu, selain memberikan alasan terlalu penat untuk pulang ke rumah. Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan tetap dilaksanakan terutamanya pada cuti umum dan juga hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat terutamanya golongan remaja. Katanya, sekarang ini kegiatan berkenaan semakin bertambah akibat pertambahan hotel dan juga rumah tumpangan di daerah ini terutamanya yang menawarkan harga sederhana sekitar RM50 hingga RM150. "Masalah khalwat seperti ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan menularnya kes pembuangan bayi yang banyak melibatkan golongan remaja yang berumur sekitar 20 tahun. "Masalah seperti ini perlu dibendung dengan segera dan pelbagai pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini terutamanya para remaja itu sendiri. "Dengan adanya operasi seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada mereka selain dapat membanteras kegiatan maksiat di daerah Batu Pahat," katanya. Menurut Anuar, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141. Sinar Harian/- |
PKR Dakwa Polis Salah Guna Kuasa Posted: 03 May 2011 12:48 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mempertikaikan penganjuran program yang dijalankan di Bachok, Kelantan baru-baru ini melibatkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru di seluruh Kelantan atas nama 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Pada Masa Kini'. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah mendedahkan isu-isu yang bukan mengenai keselamatan negara sebaliknya menyentuh mengenai video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Majlis ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. "Ia diadakan oleh Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak polis, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. "Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan melibatkan lebih 2,000 pengetua dan guru di seluruh Kelantan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru Oleh itu, beliau menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan untuk tujuan agenda politik. "Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Khalid Abu Bakar yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara," katanya. Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan peranan seorang pegawai kanan polis yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah ancaman keselamatan negara "Pegawai polis itu juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sememangnya watak dalam video seks itu. "Bagaimana seorang pegawai polis boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan siasatan masih dijalankan oleh polis, ini satu tuduhan serius," katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar. mStar/- |
Posted: 03 May 2011 12:30 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Bersungguh benar nampaknya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memastikan cetusan ideanya mengenai kedudukan wakil masyarakat Cina dalam kerajaan diberikan perhatian. Biar pun pendirian kontroversi itu pernah mendapat reaksi negatif termasuk oleh para pemimpin parti-parti rakan komponen Barisan Nasional (BN) sendiri ketika beliau pertama kali menyuarakannya ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 16 April lalu, itu sedikit pun tidak menumpulkan hasratnya terus menjulang ideanya itu. Kini pendirian sama diulangnya lagi. Dalam kenyataan kepada media pada Jumaat, Soi Lek dilapor mempertegaskan bahawa sikap itu kini menjadi keputusan sebulat suara Majlis Mesyuarat Presiden partinya yang diadakan pada hari sama. Ertinya ia kini menjadi pendirian rasmi MCA dan bukan lagi pandangan peribadi Soi Lek. Menurutnya, MCA tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Katanya, penolakan tersebut bukan sahaja membabitkan jawatan Kabinet dan Exco negeri, tetapi turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Dalam ungkapan lain, partinya tidak akan mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan sekiranya ia gagal mencatatkan keputusan memuaskan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. "Maksud kurang memuaskan di sini ialah kita akan guna keputusan pilihan raya umum lalu sebagai penanda aras... jika jumlah (kerusi dimenangi) pada pilihan raya umum akan datang kurang daripada apa kita menang pada 2008, ia dikira tidak memuaskan," katanya. Pada 2008, MCA menang hanya 15 daripada 40 kerusi Parlimen diperuntukkan kepadanya. Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun), ia menang hanya 31 daripada 90 kerusi ditandinginya. Ertinya, jika dalam PRU-13 nanti prestasi MCA lebih buruk daripada itu, parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan. Ada sekurang-kurangnya dua alasan diberikan Soi Lek bagi menyokong pendirian itu. Pertama, katanya, ia sebagai tanda MCA menghormati pendirian masyarakat Cina yang tidak lagi memilih parti itu. Logiknya, oleh kerana kaum itu tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA untuk mewakili mereka dalam kerajaan BN, maka apa gunanya ia terus menawar diri memperjuangkan suara mereka. Di atas hujah sama Soi Lek sebelum ini menggesa parti-parti berasaskan kaum Cina di Sarawak menolak sebarang tawaran menduduki Kabinet negeri seusai PRN Sarawak pertengahan bulan lalu. Kekalah teruk SUPP di tangan DAP dan PKR dijadikan bukti Cina menolak untuk bersama BN. SUPP yang diberi tanggungjawab mewakili BN di 19 kerusi hanya mampu memenangi enam daripadanya. Bagi Soi Lek, itu sudah lebih dari cukup untuk membuktikan kaum Cina tidak lagi mempercayai SUPP sebagai wakil mereka. Kedua, menurut Soi Lek, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA agar menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi. Sementara Soi Lek dan partinya cuba memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan gentleman, pendirian itu juga tidak sukar dinilai dari perspektif berbeza. Paling tidak, ada yang menilai desakan pemimpin MCA itu seakan menyindir parti-parti komponen lain yang gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan, tetapi tidak malu menerima tawaran menduduki Kabinet. Pada 2008 lalu, selain MCA, masalah kemerosotan sokongan kaum masing-masing turut dialami PPP, Gerakan dan MIC. Turut menerima kekalahan di tangan pakatan pembangkang ialah presiden ketiga-tiga parti itu. Soi Lek sendiri tidak tersenarai bersama mereka kerana beliau tidak bertanding dalam PRU lalu. Namun dalam pembahagian kerusi Kabinet, wakil-wakil parti terbabit turut diberikan peluang mengisinya. Barangkali Soi Lek melihatnya sebagai suatu yang tidak wajar. Sepertimana dia beralasan ketika mendesak SUPP menolak sebarang jawatan Kabinet negeri Sarawak, Soi Lek berpandangan parti-parti terbabit perlu menerima hakikat bahawa kaum yang sepatutnya mereka wakil telah menolak hasrat mereka menjadi wakil kaum tersebut. Justeru, secara 'gentleman' tidak ada gunanya mereka (parti-parti komponen) yang sudah tidak mendapat kepercayaan kaum mereka beriya-iya untuk terus menjadi wakil kaum masing-masing. Ia sepintas lalu menampakkan ketegasan, di samping turut terselit unsur merajuk. Malah lebih ketara ia seakan sindiran buat pihak yang kalah agar tidak terus menuntut bahagian dalam pemerintahan, walau pun sudah gagal melaksanakan tanggungjawab meraih sokongan kaum masing-masing kepada BN. Namun, kesan yang mungkin lebih dihasratkan Soi Lek ialah terhadap kaumnya sendiri. Pendiriannya itu seakan satu amaran tegas kepada masyarakat Cina agar berfikir semula untuk terus memalingkan sokongan daripada BN. Soi Lek sebenarnya cuba bermain psikologi. Ia seakan mengugut dan memberi kata dua kepada pengundi Cina, sama ada membantu kemenangan MCA atau berdepan risiko tidak mempunyai wakil dalam kerajaan BN nanti. Itulah tekanan psikologi yang tersirat di sebalik ketegasan Soi Lek. Beliau sebenarnya melontarkan pilihan agar masyarakat Cina berfikir, jika mereka mahu terus diwakili dan suara mereka masih didengari dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan dikuasai BN, mereka perlu kembali memberikan sokongan besar kepada MCA. Cuma Soi Lek mungkin terlupa bahawa perkiraanya itu dibuat berdasarkan andaian BN masih memerintah negara selepas PRU-13 nanti. Sedangkan gelombang penolakan terhadap BN di kalangan masyarakat Cina sebenarnya dengan cita-cita melihat perubahan pemerintahan negeri dan negara. Justeru, apa perlunya mereka kembali menyokong MCA dan BN? Harakahdaily/- Oleh : Mohd Nasir Awang |
Ikut Nasihat Ilmuan Agama, Jangan Sebar Fitnah - Khalid Posted: 03 May 2011 12:00 AM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 2 MEI : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengingatkan individu- individu yang berkepentingan dengan pendedahan serta penyebaran video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendengar nasihat ilmuan agama. Khalid berkata pandangan yang dilontarkan oleh mufti Selangor dan Perlis harus dijadikan garis panduan dan bukannya terus menyebarkan fakta yang kabur dan tidak sahih. "Dari segi kelakuan seorang Islam saya berharap mereka mendengar nasihat daripada orang yang lebih arif tentang agama terutama mufti negeri Selangor dan juga Perak yang menekankan ada perkara tertentu yang tidak patut dibangkitkan dalam keadaan yang tidak punya maklumat yang sahih," Beliau menambah, penyebaran maklumat atau fakta yang tidak benar adalah fitnah. Dan bahana fitnah itu sangat besar hingga boleh menjatuhkan sesebuah tamadun. "Ini melibatkan apa yang dikatakan fitnah dan sangat dilarang oleh agama Islam," Sebuhungan itu, Khalid menyeru kepada semua pihak agar menghentikan politik licik menjatuhkan sesama sendiri walhal apa yang harus diberi perhatian adalah merangka pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara, demi pembangunan yang mapan. "Kita tak payahlah bagi tumpuan pada perkara ini sebab msyarakat pun jelak dengan perkara ini. Sudah lebih 9 tahun drama ini. Saya harap kita fokus bagaimana mahu membangunkan masyarakat." Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' yang merangkumi bekas ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertunggungjawab menayang video seks kepada sekumpulan wartawan terplih di Hotel Carcosa Seri Negara. Video itu kini tersebar luas diruang maya dan ditayangkan dibalai raya seluruh negara dan kem Biro Tatanegara (BTN). Setakat ini, polis masih belum mengambil tindakan kepada 'Datuk T' yang secara terang- terangan mengaku menayang dan menyebarkan video itu. Tv Selangor/- |
Hari memperingati tahap kebebasan akhbar Malaysia yang merosot Posted: 02 May 2011 11:30 PM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - 3 Mei, diraikan oleh hampir seluruh dunia setiap tahun, terutamanya komuniti wartawan dan pencinta kebebasan akhbar dan bersuara, kerana ia merupakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Tapi di Malaysia, hari berkenaan seharusnya menjadi waktu semata-mata untuk memperingatkan diri kita bahawa tahap kebebasan akhbar di tanah air ini adalah memalu dan semakin mengaibkan. Tahun lepas Malaysia memperoleh tangga 141 seantero dunia, 10 takuk ke bawah dari tahun 2009. Seolah-olah keaiban ini tidak mencukupi, Malaysia didapati berada di tingkat bawah daripada Singapura yang lazimnya dikaitkan dengan kebebasan akhbar yang tersekat. Sesungguhnya, tahap kebebasan akhbar adalah penting kerana ia adalah salah satu petanda utama terhadap darjah demokrasi yang wujud dalam sesebuah negara yang menyifatkan dirinya demokratik. Malaysia tidak ada sebab kukuh untuk merai dan merayakan hari tersebut lebih-lebih lagi pada masa-masa kebelakangan ini. Banyak benda yang berlaku yang sebenarnya mencabul kebebasan yang sepatutnya ada pada media, khususnya akhbar arus perdana. Malah ada benda yang berlaku dalam dunia persuratkhabaran Malaysia yang merendahkan martabat dan kredibiliti media arus perdana. Satu contoh yang ketara dan terkini ialah isu yang berkaitan dengan skandal video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim. Akhbar arus perdana khususnya bukan sahaja melaporkan hal ini, malah "memperagakan" klip video lucah di dada akhbar tanpa segan silu walaupun menyedari bahawa pembacanya juga termasuk kanak-kanak atau makhluk yang berusia amat muda. Ketibaan pemimpin luar negara, seperti Perdana Menteri China, di Malaysia nampaknya tidak berupaya "bersaing" dengan kisah video seks itu dari segi keutamaan politik dan "nilai berita". "Kebebasan" menyiarkan foto dan berita begitu menonjol sekali dalam akhbar bukanlah menandakan satu pencapaian atau kemajuan dalam pemberitaan yang patut kita banggakan. Ini satu langkah ke belakang. Kita mungkin boleh cuba "memaafkan" jika penonjolan kes video seks ini dilakukan oleh akhbar "panas" dan sensasi seperti News of the World di Britain. Tapi yang mengaibkan ialah ini melibatkan akhbar arus perdana Malaysia yang kononnya serius dalam usahanya untuk meluaskan pemikiran rakyat serta menggalakkan keintelektualan warga. Akhbar yang leka dengan sensasi dan unsur fitnah sudah tentunya mencerminkan ketidaktanggungjawapannya di mata umum, selain daripada melanggar etika kewartawanan. Ini menjadi begitu ketara apabila pihak yang dicemarkan imej dan kedudukan sosialnya tidak diberi peluang untuk membela dirinya dalam akhbar berkenaan. Kalaupun diberikan ruang, selalunya ruang ini amat sempit, ataupun pandangan pihak yang tercemar diperoleh melalui pihak ketiga, bukan secara langsung daripada individu yang tercemar itu. Tindak-tanduk akhbar arus perdana yang tidak beretika menyerlah apabila negara mengalami pilihanraya (seperti di Sarawak baru-baru ini). Waktu inilah akhbar bersikap kurang adil dalam pemberitaannya dengan memberi layanan yang baik lagi lumayan kepada parti yang memerintah, iaitu Barisan Nasional; malah ada juga akhbar yang bersekongkol dengan pihak berkuasa dengan menjana bohongan dan herotan realiti. Akhbar, seperti ramai sedia maklum, bukan hanya sekadar melaporkan tentang peristiwa yang berlaku atau isu yang timbul pada hari berkenaan, tetapi ia juga berperanan - pada tahap tertentu - menyogok agenda bagi masyarakat. Dengan kata lain, akhbar mempunyai peranan atau matlamat yang murni dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak ahli masyarakat; mendidik rakyat; menggalakkan perbincangan secara aman; dan juga menjana maklum balas umum terhadap dasar pemerintah. Tetapi peranan murni ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin jika akhbar berkenaan berkelakuan tidak lebih daripada penerbitan gossip, mekanisme mencetus sentimen perkauman atau ekstremis, dan alat propaganda pihak yang berkuasa. Dan akhbar akan masih mengalami kekurangan kudrat untuk memikul tanggungjawab murni ini selagi ada undang-undang yang mengekang pekerjaan wartawan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Wartawan tidak akan berupaya menjalankan kewartawanan penyiasatan selagi ada undang-undang di atas, khususnya PPPA dan OSA. Dalam masyarakat yang pelbagai golongan etnik seperti Malaysia, akhbar mempunyai peranan yang penting dalam konteks luas di mana rakyat menginginkan keharmonian nasional dan etnik. Sesungguhnya, akhbar boleh memainkan peranan sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan antara golongan etnik dalam masyarakat. Salah satu langkah yang boleh dianggap sebagai satu kemajuan dalam kewartawanan ialah jika ada usaha akhbar vernakular, seperti Sin Chiew Daily dan Tamil Nesan, misalnya, meluaskan skop pemberitaan serta perspektif politiknya yang menjangkau kepentingan komuniti bahasa berkenaan. Ini juga bermakna bahawa rakyat yang bukan berbahasa ibunda berkenaan mempunyai akses secara langsung atau tidak langsung kepada akhbar berkenaan. Tanggungjawab akhbar berbahasa Melayu menjadi lebih berat dan mustahak lagi kerana ianya menggunakan bahasa Melayu yang juga bertaraf bahasa nasional. Dalam kes Utusan Malaysia, misalnya, ia bukan saja harus melayani kehendak "komuniti Melayu" tetapi juga kepentingan "komuniti Malaysia" yang membabitkan pelbagai golongan etnik seperti Cina, India, Kadazandusun, Iban, dll. Melalui penggunaan bahasa Melayu dan juga ruang lingkup yang lebih luas ini, akhbar berkenaan boleh menjana perasaan "keahlian" (atau stakeholder) bagi setiap warga negara ini. Keperluan kepelbagaian ini sebenarnya telahpun dirasai sebelum "era 1Malaysia" lagi. Dengan kata lain, akhbar berbahasa Melayu khususnya, perlu bersikap lebih terbuka dan sanggup melayani kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan cara ini, bahasa Melayu benar-benar dirasai "kebangsaan"nya oleh pelbagai rakyat negara ini, dan lantas ianya menyuburkan lagi bahasa nasional ini. Seperkara lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa Utusan Malaysia mencerminkan pandangan "komuniti Melayu" tidaklah tepat. Ini kerana tidak ada "satu pandangan" dari satu "komuniti Melayu". Apa yang wujud ialah pelbagai pandangan dari pelbagai kelompok, ideologi dan kelas sosial dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Pemberitaan dan penulisan Utusan Malaysia harus mencerminkan kepelbagaian ini. Seperti umum sedia maklum, akhbar online menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia akibat daripada melesetnya kredibiliti akhbar arus perdana kerana, antara lain, kawalan pihak berkuasa. Keupayaan akhbar online untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin juga menjadi kayu ukur kepada darjah demokrasi negara ini. Itulah sebabnya ancaman siber yang dihadapi oleh akhbar online, seperti yang berlaku pada Malaysiakini baru-baru ini, menjadi kebimbangan kepada wartawan dan juga pencinta kebebasan akhbar. Melesetnya kedudukan kebebasan akhbar di negara ini juga mempunyai kaitan rapat dengan kuasa yang diberikan kepada pemerintah oleh undang-undang yang berkaitan dengan akhbar, seperti PPPA, OSA dsb. yang membolehkan kawalan ketat pemerintah terhadap media pada keseluruhannya. Negara yang ingin mencapai cita-cita tinggi, iaitu taraf negara industri, maju dan saintifik, memerlukan pada keseluruhannya warga yang berhemah tinggi, waras, cerdek, berdaya saing tinggi, saintifik dan adil serta kritis. Hanya akhbar dan media lain yang mempunyai daya intelek yang tinggi, fikiran terbuka, komitmen terhadap kebenaran dan keadilan, dan kredibiliti tinggi yang boleh melayani kehendak dan keperluan warga negara sedemikian rupa. MerdekaReview |
Persatuan Pengguna : Rakyat Terbeban, Harga Barang Terus Naik Posted: 02 May 2011 09:32 PM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 3 MEI : Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat. Akibat dari itu, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat. Demikian pandangan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George. "Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi"katanya kepada Tv Selangor. Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, kita tidak berhasrat untuk menurunkannya. Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini. "Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya lagi. Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna. Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan Perdana Menteri dengan bangga mengatakan bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu. Malah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh ekoran asas ekonomi yang semakin baik. Namun kata Guan Eng timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan. Tv Selangor/- |
Suara Rakyat : Harga Barang Naik, Tapi Gaji Kami? Posted: 02 May 2011 09:00 PM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 3 MEI : Bebanan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan mungkin dapat dikurangkan dengan pelarasan gaji di semua sektor di negara ini. Ini kerana, dari barangan import sehinggalah kepada barangan keperluan asas hatta seperti harga minuman meningkat dengan ketara tanpa dapat dibendung lagi. Tinjauan Tv Selangor mendapati, masyarakat yang sudah lama menahan sabar ekoran kenaikan harga melampau ini, mula bersuara dan mahu beban mereka turut dirasai oleh pihak yang bertanggungjawab. Seorang pegawai di Majlis Bandaraya Shah Alam, Said Idham Idris yang ditemui Tv Selangor berkata, pendapatan orang ramai kini tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan. Perbelanjaan melebihi gaji sudah menjadi lumrah untuk masyarakat terutama yang tinggal di bandar besar sehingga mendatangkan tekanan yang melampau kepada rakyat. "Harga barang naik atau turun tak jadi masalah sebenarnya tapi yang penting gaji pendapatan orang kita rakyat. Kalau harga barang atau nilai wang kita naik tapi gaji dengan takuK lama kita tak dapat menampung kehidupan semasa. "Kalau kita tengok kalau kakitangan kerajaan dengan gaji 10 tahun lepas dengan sekarang masih di tahap yang sama macam mana kita nak berbelanja. Walaupun ringgit kita tinggi, bila harga barang naik dengan kadar gaji yang terhad, bagaimana kita nak berbelanja?,"soalnya. Pendapat Said Idham itu dipersetujui oleh Siti Zaharah Abdul Khalid. Menurutnya kenaikan harga barangan kini sudah dianggap keterlaluan dan membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. "Walaupun matawang Malaysia telah meningkat tetapi harga pasaran dunia sama juga jadi kadar inflasi Malaysia tetap tinggi berbanding negara lain. Tetapi saya rasa tiada perubahan kadar duit Malaysia telah meningkat. Kerana kadar inflasi Malaysia meningkat juga,"katanya. "Jadi ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malasia merasa kenaikan harga barang di pasaran. Bagi mereka yang perpendapatan pertengahan dan ke bawah, mereka yang akan merasa paling teruk sekali dengan kenaikan harga barang sekarang ini, kerana gaji mereka tak naik tetapi harga barangan tetap meningkat,"tambahnya lagi. Sementara itu menurut seorang pesara, Hashim Sairi, kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengawal harga barangan yang meningkat naik demi kelangsungan hidup rakyat. "Kalau boleh harga barang janganlah naik kerana pendapatan rakyat tak meningkat . Jadi harga barangan tak sepatutnya naik. Kalau pendapatan rakyat ditingkatkan ia wajarlah harga barangan sedikit naik. Ini menambahkan sengsara rakyat, bukan nak menolong rakyat,"tegas beliau. Sementara itu seorang pekerja swasta Ravindran Sammogam pula berpendapat, beban yang ditanggung ekoran kenaikan harga barang lebih membabitkan pekerja swasta. Ini kerana kakitangan awam mempunyai beberapa elaun lain untuk menampung kehidupan. "Ya swasta kena naik lagilah, swasta banyak rendah gaji, kalau kerajaan naik gaji, swasta juga perlu naikkan. Tapi kerajaan ada juga dapat elaun-elaun semua, swasta hanya setahun sekali saja dapat,"katanya. Nyata kenaikan harga barangan yang tidak setimpal dengan pendapatan yang diperolehi merupakan masalah utama yang dihadapi rakyat. Kenaikan nilai ringgit tanpa mengambil langkah membendung kenaikan harga barangan adalah persoalan dan masalah yang harus ditangani segera oleh kerajaan pusat. Tv Selangor/- |
Posted: 02 May 2011 08:30 PM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - NIBONG TEBAL, Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah. Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi. Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik. Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun. "Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi. "Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Harakahdaily/- Oleh : Fakhri Ali |
Saranan Najib janggal, Pas tidak akan tinggalkan PR Posted: 02 May 2011 08:00 PM PDT 29 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MARANG - Pas menyifatkan saranan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak agar parti itu meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan nasional (BN) sebagai janggal dan aneh. Malah, Pas sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN yang didakwa sering dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan musnahkan harta negara. Beliau berkata, Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Menurutnya, kerjasama Pas selama ini dengan DAP contohnya, adalah atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam. "Kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC juga hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun," katanya mengulas saranan Perdana Menteri meminta Pas agar keluar daripada PR. Malah, Presiden Pas itu juga mempersoalkan isu siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah Melayu-Islam. Selain itu, Hadi turut mempersoalkan siapa pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra. "Siapakan yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya, kerajaan pimpinan UMNO-BN yang melemahkan orang Melayu itu sendiri," katanya. Sinar Harian/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan