PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Pertanyaan Bagi Jawab Lisan-Sidang Parlimen Posted: 04 Apr 2011 07:23 PM PDT 2. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi mengenai penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di sebalik pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan. . 8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kerja-kerja pembinaan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. 10. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu telah dibatal atau ditangguh, kalau tidak bilakah projek ini akan siap. 20. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ke atas para majikan yang enggan mencarum KWSP bagi pekerja-pekerja mereka. 30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hubungan Negeri - Pusat sebagaimana yang diamalkan oleh Malaysia sekarang ini lebih menyerupai amalan sistem satuan (unitary system) dan bukannya sistem persekutuan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Apakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk meminda dan kalau perlu memansuhkan perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan sistem persekutuan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. 36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah kad pengenalan atau taraf kerakyatan yang dikeluarkan kepada warga asing sama ada penduduk tetap yang sah atau pendatang haram yang sudah lama bermastautin mengikut negara asal mereka daripada tahun 2008 hingga 2010 dan berapakah jumlah unit pendaftaran bergerak yang diwujudkan untuk memudahkan pertukaran alamat kad pengenalan. 38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan universiti luar negara yang telah wujud di Malaysia dan universiti yang berminat membuka cawangan mereka dalam Malaysia. 40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan dan golongan peneroka bandar untuk memiliki rumah sendiri serta apakah status pemilikan pembelian rumah-rumah PPR oleh penduduk-penduduk PPR dan berapa ramai yang memohon, berapa yang diluluskan dan apakah permasalahan kepada yang gagal ditolak permohonan mereka. 56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran kerugian dan kerosakan ladang pertanian di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akibat banjir awal tahun ini. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan