Selasa, 5 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SEORANG LAGI MATI DI PREMIS SPRM KUALA LUMPUR

Posted: 05 Apr 2011 10:45 PM PDT

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM
April 06, 2011
Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Cerita selanjutnya di SINI

BOMOH TAIB DISERANG CALON BEBAS

Posted: 05 Apr 2011 09:45 PM PDT


Balingian - Pertengkaran kecil berlaku apabila calon Bebas Salleh Jafaruddin meninggikan suaranya kepada seorang perempuan yang berambut perang dan mengenakan solekan tebal.

Difahamkan wanita itu Stella Kharleen Tashman adalah bomoh Taib.(foto kanan)

"Awak mahu sihirkan saya, awak mahu sihirkan Malaysia!" kata Salleh dengan marah.

Perempuan itu hanya gelak dan meninggalkan kawasan itu, manakala Salleh terpaksa ditenangkan oleh penyokongnya.

Sumber:
http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/

http://www.malaysiakini.com/news/160735

PENAMAAN CALON DI BETING MARO

Posted: 05 Apr 2011 09:35 PM PDT




Peluang PAS cerah di Beting Maro


Nazri Abdullah/harakahdaily
Foto Malaysiakini

BATANG LUPAR, 5 April: Peluang PAS untuk merampas Dun Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dilihat cerah ekoran pergaduhan dalaman melanda BN.

Utusan Borneo hari ini melaporkan, penyokong BN di kawasan tersebut berbalah sesama sendiri ekoran tidak berpuas hati dengan pemilihan Razaili Gapor sebagai calon.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sendiri yang mendakwa pemilihan Razaili dibuat tanpa rundingan dengan ahli parti di peringkat akar umbi.

Mereka yang bersama BN sejak 30 tahun dahulu itu mahukan calon pilihan mereka sendiri iaitu Mohd Eden Mohd Ali namun ditolak pemimpin BN.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily ke beberapa kawasan termasuk di rumah panjang Kampung Matong di sini mendapati, suara-suara tidak puas hati kepada BN memang wujud.

Sehinggakan mereka secara terbuka mengumumkan untuk memilih calon PAS pada hari pengundian 16 April ini.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pesaka Bersatu (PBB) Bahagian Matong, Sukun Anak Rembau antara yang sudah bosan dengan sikap kepimpinan BN.

Ianya ditambah lagi dengan isu hak milik tanah yang gagal diselesaikan, malah tanah-tanah mereka juga 'dirampas' kerajaan negeri.

"Kita sudah lama memberi sokongan kepada BN, kita sokong tetapi dia tidak sokong kita.

"Kita bawa masalah tanah kepada wakil rakyat, tetapi tidak ada penyelesaian," katanya.

Ujar Sukun, BN sangat lemah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan tanah adat di sini, sedangkan sejak Sarawak menyertai Malaysia lagi, isu-isu membabitkan tanah adat sudah diperkatakan.

Beliau yang juga Ketua Rumah Panjang Kampung Matang kesal dengan sikap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menyelesaikan isu tanah adat di sini.

Lebih malang, tanah-tanah penduduk di sini diambil dengan pampasan sekitar RM200 seekar, menyebabkan penduduk hilang punca rezeki dan terpaksa bekerja sebagai buruh di sektor pembinaan, katanya.

"Kali ini sokong bulan (PAS) kita mahu ajar "Tok Uban" (Taib Mahmud), dia tak selesaikan masalah kami di sini," ujarnya lagi.

PAS mengumumkan Abang Ahmad Kerdie sebagai calon mereka bagi Dun Beting Maro.

Abang Ahmad merupakan seorang peguam yang dijangka dapat membantu masyarakat di sini dalam menyelesaikan isu-isu tanah adat.

"Kami mahu calon baru (wakil rakyat baru) tolong kami," ujar Sukun sambil disahut laungan 'hidup bulan' oleh penyokong rumah panjang.

Ampunkan dosa -dosa kami ya Allah

Posted: 05 Apr 2011 06:42 AM PDT

Tuntunkanlah kami supaya kami dapat melihat kebenaranMu ya Allah. Janganlah Kau BIARKAN DIRI KAMI SESAT KERANA TIDAK NAMPAK NUR MU.
Sekiranya Engkau tidak membuka hijab daripada hati kami maka kami tidak akan berupaya untuk melihat mana yang benar mana yang salah.Maka kami akan sentiasa termasuk dalam golongan orang -orang yang mudah terpedaya lebih-lebih lagi oleh mereka yang telah Engkau sesat dan butakan mata hati mereka....Jangan sekali-kali Engkau biarkan kami secara kami tidak sedari termasuk dalam golongan orang-orang yang Engkau benci kerana kezaliman dan kedurjanaan mereka...selamatkanlah kami ya Allah...Amin

40 PERATUS CALON PAS ADALAH WANITA

Posted: 05 Apr 2011 05:06 AM PDT




PAS TANDING LIMA KERUSI DI SARAWAK

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid (foto atas kanan) kan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee (foto kanan) seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

LAPORAN HARAKAHDAILY DI sini




Tiada ulasan:

Nuffnang