Selasa, 5 April 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Rakyat Sarawak tolak pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN

Posted: 05 Apr 2011 05:08 AM PDT

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Hafizi pauzi

PARIT BUNTAR, 5 April : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata bahawa Umno perlu cermin diri dahulu sebelum mengata pihak lawan dari Pakatan Rakyat.

"Mereka ( Umno ) langsung tiada tempat di satu DUN pun berbanding PAS,PKR dan DAP yang bertanding pada pilihanraya 16 April ini," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak pertelingkahan dalaman Umno sejak dahulu telah membuatkan rakyat Sarawak hilang dan tiada keyakinan langsung terhadap parti kebangsaan Melayu itu, buktinya Umno langsung tiada tempat walau satu kerusi pun di Sarawak.

"Usaha sekian lama untuk UMNO bertapak di Sarawak ternyata gagal sehingga sekarang" Tegasnya

Tambahnya situasi ini amat memalukan memandangkan parti Umno mendominasi kerajaan persekutuan dan mereka juga adalah pimpinan tertinggi negara namun mereka masih gagal untuk bertapak di Sarawak walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pemimpin Umno.

"Krisis dan pertelagahan dalaman Pemilihan UMNO tahun 1987 mengheret Umno ke mahkamah dan diharamkan pada tahun 1988 . layaklah UMNO ditolak oleh rakyat Sarawak," ujarnya.

"Pemimpin UMNO yang ada sekarang datang ke Sarawak untuk menipu rakyat Sarawak dan sekiranya Malaysia terus ditadbir umno dan BN, risikonya ditanggung rakyat dan Negara makin menuju kehancuran," jelasnya.

"Fakta dan perkembangan terbaru menjelaskan bahawa Umno perlu diganti dengan parti yang baru, parti yang menggantikannya seharusnya memiliki daya saing serta maju dari segi cara berfikir, bukannya hanya pandai cari salah pihak lawan " jelasnya lagi.

Dalam pada itu YB Khalil yang juga Adun Titi Serong mengatakan perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk.

"Perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk bila gelombang fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim diikuti dengan fitnah video seks . Selain itu provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan begitu dahsyat melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa membuktikan bahawa BN sudah kehabisan isu untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat" jelasnya lagi.

"Rakyat Sarawak yang bijak perlu menilai situasi ini, prioritinya sekarang adalah untuk menyelamatkan Sarawak dan Malaysia dari terus ditadbir oleh Umno BN," katanya lagi.

"Saya menyeru kepada pengundi supaya selamatkan Malaysia dari cengkaman pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN yang datang ke Sarawak, pemimpin itulah yang telah menafikan banyak hak Sarawak kepada rakyatnya dan mereka mesti ditolak dan dikalahkan." katanya

Posted: 05 Apr 2011 05:04 AM PDT

01 jamadilawal 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 5 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru agar rakyat membuktikan bahawa rakyat mampu untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum ke 13 akan datang, seiring dengan perubahan yang ditunjukkan di negara lain bagi menyelamatkan Negara Malaysia ini.

Menurut beliau, PAS bersama Pakatan Rakyat wajib menggantikan UMNO BN untuk memerintah negara bagi melakukan perubahan. Kita wajib turun ke seluruh pelosok memberi maklumat sebenar kepada rakyat berkenaan kezaliman UMNO BN terhadap rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa kini, seluruh rakyat di mana di Negara mereka yang masih terdapat pemimpin yang zalim terus berkuasa rakyat di Negara itu akan terus berusaha melakukan perubahan di Negara mereka.

Memetik ucapan beliau, " Kita berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR) dan melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti dalam Negara".

"UMNO kini sangat gerun apabila melihat PAS,PKR dan DAP bersepakat untuk memastikan Islam sebagai agama negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,menerima Raja Berperlembagaan dengan menerima haknya sebagai raja mengikut kehendak Islam,

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar ahli PAS bergerak segera ke arah perubahan yang disasarkan serta memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi PRU 13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Beliau juga mengharapkan agar sokongan yang diberikan oleh rakyat perlu diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran menjelang PRU akan datang.

Justeru beliau berharap agar satu perubahan dalam Negara berlaku secepat mungkin untuk mendirikan Negara Malaysia yang adil dan berkebajikan, bukan melalui keganasan, tetapi perubahan untuk menunjukkan Islam itu adil untuk semua.

Pertaruh dua wanita bukti PAS martabatkan kaum hawa.

Posted: 05 Apr 2011 04:10 AM PDT

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Drs. Khalil Idham Lim

Saya menyokong penuh langkah PAS meletakkan dua wanita dalam kalangan lima calon parti itu bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung 16 April ini.

Jurucakap Badan Perhubungan Pas negeri Sarawak mengesahkan Nani Sahori akan diletakkan di kawasan DUN Tanjung Datu manakala Noraini Hamzah pula bagi kerusi DUN Muara Tuang.

Langkah PAS tersebut bagi saya membukti bahawa PAS telah memartabatkan kaum hawa dengan meletakan 2 dari 5 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak kali ini.

Tindakan ini menafikan tohmahan dari musuh PAS yang mendakwa PAS telah meletakkan martabat kaum hawa bukan kepada yang sepatut.

PAS juga telah membuktikan dimana sahaja terdapat muslimat yang layak untuk menjadi calon PAS, ianya tidak taragak-agak lagi untuk meletakkannya sebagai calon dalam setiap kali pilihanraya.

Dalam Kontek DUN Tanjung Datu dan Muara Tuang tentunya mereka adalah yang terbaik dari senarai panjang calon yang dikemukakan kepada PAS Negeri dan PAS Pusat.

Kerusi DUN Tanjung Datu akan dipertahankan oleh Ketua Pegawai Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Penasihat Khas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem manakala DUN Muara Tuang pula oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, kedua-duanya daripada Barisan Nasional (BN).

Tiga lagi calon yang akan menjadi taruhan PAS ialah Abang Eddy Allyanny bagi kerusi DUN Sadong Jaya, Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid bagi DUN Sebuyau dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masadus bagi DUN Beting Maro.

Sesungguhnya diharapkan dengan memepertaruhkan 2 orang calon muslimah tersebut memberi semangat yang tinggi kepada Dewan Muslimah PAS Pusat dengan mengarahkan semua Dewan Muslimah PAS Negeri dan kawasan untuk menghantar seramai mungkin petugas untuk membantu Calon PAS tersebut.

Ketua Penerangan PAS Perak.

Pas Perlis mohon maaf kematian Saiful Syazani

Posted: 05 Apr 2011 03:53 AM PDT

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KANGAR 5 April - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus"sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya. - Bernama

Had 50 orang penyokong iring calon gambar ketakutan BN kepada PR.

Posted: 05 Apr 2011 03:20 AM PDT

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Drs. Khalil Idham Lim

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peraturan yang saya anggap sebagai menggambarkan p[roses demokrasi berjalan dengan lebih meriah dan lancar apabula hanya membenarkan tidak lebih daripada 50 penyokong mengiringi bakal calon sewaktu proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penyokong-penyokong yang lain tidak dibenarkan berada berhampiran bangunan yang digunakan untuk proses penamaan calon itu.

Katanya lagi para penyokong parti yang bertanding juga tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik seperti gendang dan trumpet, serta pembesar suara ketika proses penamaan calon.

Saya masih tidak memahami dimanakah kewajaran peraturan sedemikian diadakan dalam keadaan Perlembagaan negara yang membenarkan rakyat berkumpul secara aman dengan tujuan yang dibenarkan.

Rakyat Sarawak sudah menunggu hampir 5 tahun untuk menghadapi "Pesta Demokrasi" namun cuba dihalang oleh peraturan yang bukan-bukan.

Dalam soal hari penamaan calon yang akan diadakan esok, saya lihat SPR sudah mengikut telunjuk pihak tertentu sejak dari awal lagi apabila membuat peraturan yang saya anggap tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Sepatutnya SPR memberi kebebasan kepada mana-mana calon yang akan bertanding untuk membawa seramai mana penyokongnya. Kalaulah hanya 50 orang saya akira keluarga terdekat sudah memadai, mana lagi penyokong yang lain?

Atau SPR sudah mahu menafikan petugas Pakatan Rakyat dari Semenanjung yang sudah berkampung di seluruh pelusuk Sarawak untuk sama-sama mengiringi calon Pakatan Rakyat.

Selain itu saya melihat peraturan ini tidak lebih juga dari usaha untuk menutup malu BN apabila setiap kali pilihanraya lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calonnya.

Selain itu mereka juga datang tanpa diupah dan datang sejak awal secara sukarela. Berbeza jauh dengan penyokong BN, walaupun 50 orang yang ditetapkan, saya pasti ianya perlu dengan sejumlah upah kepada mereka.

Harapan saya peraturan "tidak masuk akal" ini menjadi kayu ukur kepada pengundi di Sarawak mengenai ketakutan sejak awal lagi kepada BN untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di semua kerusi yang dipertandingkan.

Sesungguhnya inilah peluang terbaik kepada pengundi di Sarawak untuk memberei harapan baru kepada pakatan Rakyat untuk meneraju Sarawak yang lebih baik dimasa akan datang.

Ketua Penerangan PAS Perak.

11 Pelatih Pulapol Port Dickson Dijangkiti Adenovirus Dan H1N1

Posted: 05 Apr 2011 02:04 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Seramai 11 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1 sejak 31 Mac lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seramai 93 lagi pelatih Pulapol yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang, Negeri Sembilan itu diletakkan di bawah pengasingan di kem itu.

Liow berkata kesemua pelatih yang mendapat rawatan di hospital berada dalam kedaan stabil.

"Daripada 11 pelatih itu, enam pelatih disahkan dijangkiti Adenovirus manakala lima lagi H1N1. Kita mula mengesan jangkitan itu pada 31 Mac setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas dan batuk," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini, Selasa.

Seramai 1,000 pelatih konstabel lelaki sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lepas.

Beliau berkata kementerian telah mengarahkan semua pusat latihan termasuk polis, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lain-lain supaya mengutamakan kebersihan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno.

Sementara itu Liow meminta semua pusat hemodialisis di negara ini mematuhi peraturan dan Akta Kemudahaan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang ditetapkan.

Beliau berkata kementerian tidak berniat menutup mana-mana pusat hemodialisis di negara ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut kononnya Pusat Hemodialisis Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang akan ditutup kerana tidak menepati peraturan yang digariskan.

Liow berkata hampir 95 peratus pusat hemodialisis di negara ini mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata kementerian sedia memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada pusat hemodialisis yang memerlukan bantuan teknikal dan cara mengendalikannya dengan lebih berkesan.

"Kita mahu pusat-pusat hemodialisis melatih doktor dan jururawat dalam bidang itu. Ini kerana terdapat lebih 20 ribu pesakit hemodialisis di negara ini," katanya. - BERNAMA

7,000 Bungkus Rokok Bernilai RM103,488 Dirampas Di Tawau

Posted: 05 Apr 2011 01:58 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, pada Ahad.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan.

"Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.-BERNAMA

Itu Bukan Anwar - Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 01:52 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Selasa tetap mempertahankan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu, yang mirip suaminya, bukan Anwar.

"Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.

"Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas sekali bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan," katanya pada sidang berita di kediamannya di Segambut di sini.

Klip video hitam putih itu dengan durasi 1 minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube semalam, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala. - BERNAMA.

Gempa bumi kuat landa Jawa Tengah

Posted: 05 Apr 2011 01:45 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

BOT nelayan terdampar di tepi laut apabila nelayan menghentikan sementara aktiviti mereka akibat gempa bumi di Cilacap, Jawa Tengah, semalam.

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat melanda Jawa Tengah awal pagi semalam, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami awal yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi.

Tiada laporan menyebut kecederaan atau kerosakan.
Berikutan amaran tsunami terbabit, kebanyakan penduduk di Cilacap berhampiran dengan pusat gempa melarikan diri ke masjid besar.

Bagaimanapun penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malah ada yang melutut tanda syukur selepas amaran gelombang besar berkenaan ditarik balik.

"Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di Jepun dan juga di Aceh pastinya.

"Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami," kata Sukitno seorang penduduk.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

P'raya Sarawak : Awas Taktik Barisan Nasional Guna RM, Kata Anwar

Posted: 05 Apr 2011 01:24 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

SIBU 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Barisan Nasional akan cuba memecahkan undi pembangkang dengan menaja calon bebas dan parti-parti kecil menjelang hari penamaan calon pilihanraya negeri Sarawak esok.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tidak akan mengalih tumpuan daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah BN di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tegas beliau.

"Ada usaha sekarang untuk menonjolkan beberapa tokoh bebas, parti-parti kecil dengan maksud pecahkan undi pembangkang dan Pakatan Rakyat," kata Anwar.

"Jadi kita harus waspada, kita lawan dengan Barisan Nasional tetapi Barisan Nasional akan juga gunakan kekuatan untuk pecahkan kekuatan melalui kalangan yang serpihan ini," tegas Anwar.

"Kita juga harus waspada kerana di Sarawak kekuatan wang dan dana Barisan Nasional itu cukup mudah memukau orang (pada masa lalu). Dia tak perlu bomoh, dia guna hanya wang. Sebab itu calon yang hendak diketengahkan mesti calon yang cukup wibawa, yang tidak akan khianat," tegas beliau.

Mengenai rundingan antara Parti Keadilan Rakyat dan SNAP yang gagal bersetuju atas pengagihan kerusi dalam menghadapi BN, Anwar berkata PKR dan Pakatan telah mengamalkan sikap terbuka sepanjang rundingan berjalan.

"Berulang kali kita runding dari peringkat negeri diketuai Baru Bian sehingga peringkat nasional diketuai oleh Azmin dan Tian Chua. Kita mengambil pendekatan yang cukup lunak beri kerjasama, dengar, sanggup bertolak ansur dalam apa-apa pertimbangan. Apa yang kita tidak boleh ansur ialah prinsip perjuangan," kata Anwar.

Anwar berkata rundingan itu gagal kerana SNAP secara tiba-tiba membuat desakan untuk diberikan jumlah kerusi yang banyak, malah menyerang PKR apabila tuntutan itu tidak dipenuhi serta merta.

"SNAP dulu hanya minta jumlah kerusi yang cukup kecil, mulanya sekitar enam dan akhirnya tandatangan persefahaman di antara SNAP dan KEADILAN di mana mereka pertahankan tiga kerusi dan nak runding tiga kerusi tambahan,' kata Anwar.

"Tetapi tak semena-mena beberapa minggu yang lalu jumlah itu telah meningkat mendadak. Itu menimbulkan kerisauan kita apa sebab peningkatan itu mendadak. Walau bagaimanapun kita masih meneruskan rundingan sehingga beberapa hari yang lalu bila SNAP dengan kasar dan dibantu oleh media Barisan Nasional diberikan laluan yang cukup luas untuk menyerang Parti Keadilan Rakyat," tambah beliau.

Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat masih terbuka kepada rundingan tetapi tidak akan berkompromi dengan perjuangan untuk membebaskan rakyat Sarawak daripada pemerintahan rasuah.

"Program kita dalam buku jingga baik di peringkat nasional atau di peringkat Sarawak iaitu soal tanah adat, soal nasib pekerja, soal pengambilan tanah dan kawasan balak oleh syarikat keluarga dan kroni menjadi tumpuan utamadan mengatasi isu-isu titik bengit," kata Anwar.

Tv Selangor/-

Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat

Posted: 05 Apr 2011 01:17 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

"Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Tv Selangor/-




Anak Gaddafi mahu bapa berundur

Posted: 05 Apr 2011 12:47 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Seif al-Islam el-Gaddafi
Pemimpin Libya belum beri persetujuan berhubung isu peralihan pemerintahan demokrasi

BENGHAZI: Sekurang-kurangnya dua orang anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mencadangkan peralihan pemerintahan negara itu kepada demokrasi, termasuk melucutkan kuasa bapa mereka.

Akhbar The New York Times yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan peralihan kuasa itu akan diterajui salah seorang anak Gaddafi, Seif al-Islam el-Gaddafi.

Laporan itu menyatakan belum dapat dipastikan sama ada Gaddafi, 68, bersetuju dengan cadangan yang disokong Seif dan Saadi el-Gaddafi, tetapi ada petunjuk memberi isyarat Gaddafi mahukan penyelesaian konflik yang sudah mengorbankan banyak nyawa penduduk awam itu.

"Kedua-dua anak Gaddafi mahu peralihan pemerintahan di negara itu tanpa bapa mereka," lapor akhbar itu memetik sumber yang rapat dengan Seif dan Saadi.

Walaupun Seif dan Saadi ingin perubahan ekonomi ala Barat dan sistem politik terbuka, beliau dijangka menghadapi tentangan daripada dua lagi saudara lelakinya yang berpendirian keras, Khamis dan Mutuassim.

"Mutuassim yang juga penasihat keselamatan kebangsaan dianggap pesaing Seif untuk menggantikan bapa mereka," kata akhbar itu.

Pemberontak Libya bagaimanapun menolak cadangan itu dan bertegas bahawa seluruh keluarga Gaddafi mesti diusir sebelum sebarang persetujuan dibuat dengan pasukan tentera rejim.

"Gaddafi dan anaknya perlu pergi sebelum sebarang rundingan boleh diadakan," kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamseddin Abdulmelah.

Beliau berkata, Rejim Gaddafi kehilangan hak untuk berunding apabila pasukan keselamatannya terus menerus menyerang Misrata.

"Bagaimana kita boleh berunding dengan tembakan senjata terus dilepaskan?" katanya.

Semalam, Gaddafi menerima tamparan apabila bekas menteri luar dan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ali Treiki, menjadi orang kanan terbarunya yang berpaling tadah.

Sumber Liga Arab berkata, Treiki meletak jawatan sebagai penasihat Gaddafi tetapi tidak menyertai kumpulan pemberontak.

Sementara itu utusan Gaddafi yang juga Timbalan Menteri Libya, Abdelati Laabidi meninggalkan Athens dan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri George Papandreou dan menteri luar Dimitris, Droutsas bagi mencari penyelesaian konflik. – AFP

SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia

Posted: 05 Apr 2011 12:32 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR, 5 April: Syarikat Air Darul Aman (SADA) terpaksa menamatkan khidmat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) sebagai ejen kutipan bil air di Kedah apabila agensi itu mahu mengenakan kadar komisen bayaran ke atas pengguna.

Tindakan itu diambil setelah kegagalan kedua-dua agensi itu mencapai kesepakatan berhubung rundingan berhubung kenaikan kadar baru menjadikan keseluruhanya 90 sen untuk setiap bil.

"Pos Malaysia memberikan pilihan untuk mengenakan komisen 90 sen itu ke dalam bil pelanggan sekiranya SADA tidak mahu menanggung komisen yang dikenakannya.

"Oleh kerana kita tidak mahu membebankan pengguna dengan komisen itu dan kita membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran bil SADA di pejabat pos," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika menjawab soalan tambahan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar bata) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam.

Menurutnya, SADA telah telah mengemukakan permohonan meminta agensi terbabit mengkaji semula kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi berbanding kadar 40 sen yang dikenakan ejen-ejen lain seperti bank-bank tempatan, kedai TM dan kedai TNB.

"Rundingan melibatkan kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila Pos Malaysia bertegas dan tidak berganjak dengan keputusannya mahu menuntut kenaikan komisen yang dipercayai untuk menekan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita yakin Pos Malaysia mempunyai maksud yang tidak baik cuba menimbulkan kemarahan pengguna dan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan negeri dengan kenaikan tersebut sedangkan di Perak, kadar yang dikenakan untuk kutipan bil Lembaga Air Perak hanya 50 sen dan di negeri-negeri lain kekal 70 sen setiap bil," katanya lagi.

Kata Phahrolrazi lagi, sebagai alternatif untuk tidak menyusahkan pengguna SADA telah membuka kaunter-kaunter bayaran bil di segenap pelusuk negeri sepanjang bulan Mac lalu di samping mengekalkan ejen-ejen sedia ada dan khidmat bayaran bil melalui internet.

"SADA akan membuka lebih banyak kaunter bayaran dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui cetakan pada bil SADA, media-media cetak, kain rentang dan makluman melalui ketua-ketua kampung dan biro pengaduan awam.

"Oleh yang demikian kita amat yakin penamatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan tidak akan menyusahkan pengguna sebaliknya akan menghindarkan pengguna dari terus terbeban dengan bayaran bil yang tinggi," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Shubihi Muhamad Zain

'Tak sekolah, asal sokong Umno boleh jadi kaya'

Posted: 05 Apr 2011 12:12 AM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 4 April: "Anehnya pendidikan hanya setakat tingkatan lima, namun boleh bergaya dengan kehidupan mewah dan kereta besar. Syaratnya jadi ketua Umno.

"Sedangkan kita belajar sehingga ke luar negara, gaji hanya cukup makan, jauh sekali hendak pakai kereta besar.

"Inilah yang membuatkan saya berfikir dan berhenti sebagai Pengarah Biro Tata Negara untuk terlibat aktif dalam Umno," kata bekas anggota jawatankuasa Umno Sungai Petani yang kini anggota Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.(gambar)

Beliau mendedahkan pernah menjadi pengurus kempen kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Ketika itu berlaku perlawanan empat penjuru merebut jawatan tersebut di mana tiga lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Menurutnya hasil kesungguhan kempen membolehkan Zahid menang jawatan tersebut dan beliau mendedahkan diberi imbalan projek kerajaan sehingga menjadi kaya raya.

"Saya ketika itu sudah senang lenang, namun peristiwa yang berlaku pada 1998 mengubah pendirian politik saya sehingga sanggup meninggalkan segala kekayaan untuk berjuang bersama Dato' Seri Anwar
Ibrahim," katanya pada ceramah di Kedai Buluh malam kelmarin.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Biar pun suasana agak basah kerana hujan lebat pada awal malam, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan Johari mengenai video seks dakwaan mirip pemimpin PKR.

Menjelaskan mengenai isu tersebut katanya, beliau merupakan pemimpin PKR paling awal diberi kesempatan menonton video terbabit selepas dipelawa berbuat demikian Tan Sri Rahim.

Katanya, Datuk Shuib Lazim yang merupakan bapa saudaranya menjadi orang perantara membawanya berjumpa dengan Rahim di sebuah hotel.

Malah beliau memberitahu Rahim memeluknya ketika sampai di hotel berkenaan dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Kata beliau peliknya video yang dipertontonkan di hotel berkenaan dalam hitam putih, sedangkan sekarang zaman canggih penuh dengan warna warni.

Video itu tidak ada muzik dan tanpa suara orang bercakap. Kamera tidak bergerak menyebabkan gambar tidak jelas.

"Namun saya boleh pastikan orang dalam gambar berlainan kerana perutnya boroi, punggung berisi dan badan sasa.

"Sedangkan kita tahu Datuk Seri Anwar agak kurus, punggung nipis dan badan tidak sasa. Malah Pak Jang (Shuib) juga memberitahu orang dalam video bukan Anwar," kata Johari.

Beliau juga menceritakan Rahim memintanya membawa lima anggota parlimen PKR bagi menyaksikan video tersebut.

Katanya, pada hari dijanjikan beliau membawa Datuk Kamarul Baharin, Rashid Din, Azan Ismail, Abdullah Sani dan Amran Ghani untuk menyaksikan video berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau selepas berjam-jam menunggu akhirnya Rahim tidak datang hotel tempat dijanjikan.

Beliau juga mendakwa Rahim dikenal pasti antara pihak yang terbabit dengan pembikinan buku 50 Dalil Sebab Anwar Tidak Boleh PM.

"Oleh itu anak-anak muda perlu menurunkan orang tua-tua seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Rahim bagi mengelakkan negara menjadi hancur," katanya.

Muhammad Sabu pula berkata, semua orang kenal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud kaya raya serupa dengan bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Katanya, Taib hanya menunggu saat dijatuhkan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Harakahdaily/-
Oleh : M Faqih

Bekas Adun Bintong meninggal

Posted: 04 Apr 2011 11:57 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432 H.
KANGAR, 5 Mac: Bekas Adun PAS, Shuib Muhammad, 84, meninggal dunia pagi tadi kerana sakit tua.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shuib merupakan Adun Bintong dari 1982 hingga 1986 yang menang tanpa bertanding.

Kemenangan itu disebabkan kertas pencalonan Azmi Khalid (kini Datuk Seri) ditolak.

MCA mahu Kelantan kembali ke era jahiliah

Posted: 04 Apr 2011 11:15 PM PDT

01 Jamadilawwal 1431H. [MOD] -

KOTA BHARU, : Kehidupan rakyat Kelantan akan kembali ke zaman jahiliah sekiranya MCA berjaya dalam kes saman berhubung larangan menjual tiket loteri di negeri ini.

"Apa kata sekiranya MCA berjaya dalam kes di atas, kemungkinan besar mereka juga boleh membangkit isu hak rakyat untuk berhibur seperti kelab malam, disko, rumah urut dan pelbagai pusat hiburan seperti di bandar-bandar besar di pantai barat.

"Ini bermakna kita membenarkan pelbagai kegiatan haram dan aktiviti gejala sosial dibolehkan," kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Media hari ini melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bercadang membawa isu larangan menjual tiket loteri ke mahkamah selepas kerajaan Kelantan tetap mengharamnya.

Sebelum ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji kemungkinan wujud percanggahan dengan perlembagaan ekoran larangan kerajaan Kelantan terhadap penjualan tiket loteri.

Selepas kajian dibuat, kerajaan negeri minggu lepas mengumumkan tidak berlaku percanggahan dengan perlembagaan persekutuan terhadap larangan tersebut.

Sejak 1990 Kelantan melarang semua kegiatan perjuadian memandangkan ia mendatang kesan negetif kepada kehidupan rakyat.

Anuar yang juga Adun Kota Lama berkata, rakyat Kelantan harus berwaspada dengan senario kemungkinan kes tersebut dimenangi MCA.

"Maka pelbagai perjudian seperti TOTO, 4 Digit, Big Sweeps dan sebagainya akan tumbuh secara berleluasa di Kelantan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.

"Ini kerana undang-undang Persekutuan meluluskan lesen perjudian tersebut dan kerajaan negeri tiada hak menghalang aktiviti judi di kalangan rakyatnya," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Sedangkan, kata beliau rakyat Kelantan berbilang kaum sejak 1990 hidup dalam suasana harmonis dan mempunyai nilai-nilai moral tinggi.

"Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyekat kegiatan ada unsur-unsur negatif yang boleh meracuni anak cucu kita.

"Saya menyeru kepada alim ulama mengadakan solat hajat perdana bagi memohon pertolongan Allah SWT memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam mempertahankan pengharaman judi," katanya.

Beliau juga meminta tokoh-tokoh agama lain memberi sokongan moral kerana semua agama mengharamkan kegiatan perjudian.

Harakahdaily/-


 Nik Nazmi: Mengapa saya kata itu bukan Anwar

Posted: 04 Apr 2011 09:30 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Sewaktu 'Dato' T' mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Harakahdaily/-
Oleh : Nik Nazmi Nik Ahmad

3 calon PAS diumum malam ini

Posted: 04 Apr 2011 09:00 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 4 April: Tiga orang calon PAS yang bakal bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak masing-masing diumumkan oleh tiga pemimpin tertinggi parti sebentar tadi di tempat berasingan.

Calon Benting Maro, Abang Ahmad diumum Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, calon di Sebuyau iaitu Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid diumumkan oleh Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan calon Muara Tuang, Noraini Hamzah (gambar) diumum Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Dua orang lagi calon PAS dijangka akan diumumkan esok.

Noraini yang juga sepupu kepada Senator Mumtaz Md Nawi merupakan anak kelahiran Bachok, Kelantan.

Surirumah yang juga aktivis PAS berusia 48 tahun itu bagaimanapun menetap di negeri itu lebih 30 tahun lalu selepas mendirikan rumahtangga dengan anak tempatan, Morshidi Ali.

Harakahdaily/-

PAS gesa rakyat Sarawak buat perubahan

Posted: 04 Apr 2011 08:30 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, : PAS menyeru rakyat Sarawak membuat perubahan pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu mengemukakan calon yang boleh mewakili semua pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Dun Sebuyau di Markas Kampung Ulu Sebuyau, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh masyarakat Iban dari enam buah rumah panjang di situ.

Tambahnya, PAS juga turut mengemukakan anak tempatan yang dikenali ramai bagi mewakili rakyat jika dipilih ke Dun Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid adalah Pesuruhjaya PAS negeri yang mempunyai keluarga besar dan ramai kenalan di Dun itu.

Justeru, katanya para pengundi perlu memberikan undi mereka kepada calon PAS yang dikenali ramai bagi membawa suara mereka ke Dun Sarawak nanti.

Sementara itu, Adam (gambar atas) pula mengucapkan terima kasih kepada parti yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon PAS di Sebuyau.

Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang diwakili sekiranya dipilih pada pilihan raya itu nanti.

Harakahdaily/-

'Hitler' hangatkan ceramah Pakatan

Posted: 04 Apr 2011 08:00 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah Pakatan Rakyat malam semalam, kerana berkempen di Sarawak, namun kira-kira 3,500 hadirin tetap hadir memenuhi ruang stadium mini bola sepak di seksyen 13 Subang Jaya.

NONEMalah, sebelum ceramah anjuran Pakatan Rakyat Kelana Jaya dimulakan pada jam 9 malam, hadirin dihiburkan dengan sedutan beberapa minit filem yang memaparkan watak Hitler yang sedang berbincang dengan menteri dan pegawainya dalam sebuah bilik ketika ambang kejatuhan mereka.

Sedutan filem tanpa suara itu jelas menghiburkan hadirin yang mengikuti jalan cerita berdasarkan sarikata yang diubah suai mengikut perkembangan politik semasa tanah air.

Antaranya filem itu menyentuh perbicangan situasi dan strategi pilihan raya negeri Sarawak setelah pihak lawan mendapati sokongan di beberapa kawasan di negeri itu menyebelahi Pakatan. Hitler digambarkan mahu menyebar video seks sebagai modal berkempen di negeri itu.

NONEBagaimanapun seorang pegawai memberitahu Hitler – yang dipanggil Dato' Seri seperti dalam sari kata – berkenaan video seks yang gagal dijadikan sebagai modal berkempen pilihan raya di Sarawak.

Ia berikutan video seks itu "sudah tidak boleh pakai, kantoi" dan rakyat tidak mempercayai ketulenan video tersebut serta mulai terus menyokong Anwar.

Berikutan itu, dengan tangan terketar-ketar Hiltler menanggalkan cermin matanya dan mengarah semua menteri dan pegawai meninggalkan bilik mesyuarat kecuali tiga individu - berdasarkan sari kata - iaitu "Thamby Chik", "Datuk Eskay" dan "Datuk Shuib".

Melepaskan kemarahan

Selepas itu, Hitler melepaskan kemarahannya terhadap tiga individu tersebut dalam filem itu ekoran kegagalan rancangan video seks mereka termasuklah menggunakan filem hitam putih dan menggunakan pelakon lelaki berperut boroi.

NONESemakan Malaysiakini mendapati filem tersebut telah dimuatnaik dalam laman Youtube dan menggunakan bahasa Jerman. Sarikatanya dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan berdasarkan kepada lenggok bahasa badan dan dikaitkan dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Tinjauan Malaysiakini mendapat ramai hadirin yang melihat sedutan tersebut terpaku dan tekun menonton sedutan filem tersebut.

Malah ada dikalangan mereka yang ketawa kecil terhadap tayangan itu yang dilihat sebagai sindiran berhubung pendedahan video seks di mana ada pihak yang mendakwa lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan pelacur adalah mirip kepada Anwar.

Malah selepas tamat ceramah, penganjur turut mengulangi sedutan filem tersebut.

Selepas pendedahan video seks tersebut dan penjelasan yang dibuat oleh Pakatan, dipercayai inilah pertama kali Pakatan Rakyat menayangkan video tersebut dalam ceramah mereka kepada hadirin melalui tayangan khas layar besar yang di pasang di belakang pentas.

NONESelepas itu, bagi menarik lebih ramai hadirin memasuki padang bolah sepak, penganjur menayangkan kembali sedutan video ceramah perdana di Stadium Malawati minggu lalu yang disampaikan oleh Anwar dan ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang menjelaskan berhubung isu video seks itu.

Tinjauan Malaysiakini ketika itu, orang ramai semakin memenuhi padang bola sepak sehingga ceramah itu bermula.

Ceramah

Kira-kira 20 minit selepas itu, pengajur memberhentikan tayangan dan meneruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu.

NONEDalam ucapannya, Nik Nazmi mendakwa segala fitnah dan adu domba kepada Pakatan Rakyat termasuk isu video seks adalah sebagai usaha BN untuk memaling fokus rakyat.

Menurutnya ia disebabkan Pakatan Rakyat membawa dasar dan janji mereka seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

"Mereka tidak membicangkan isu besar, tidak bincang isu dasar dan masa depan rakyat di negara ini," katanya yang juga ADUN Seri Setia.

Menurutnya ekoran kegagalan berhubung isu seks tersebut, Nik Nazmi mendakwa BN cuba memainkan sentimen perkauman berkaitan novel interlok dan isu kitab Injil bagi menaikkan kemarahan rakyat.

NONEBagaimanapun, katanya, BN terlupa bahawa rakyat kini semakin pandai untuk menilai perkara tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengajak hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum melakukan perubahan sekaligus dapat menguburkan BN dan Umno.

Dengan memberi contoh situasi yang berlaku di Mesir sewaktu berlakunya revolusi apabila umat Islam dan masyarakat Kristian bersatu melawan provokasi yang dilakukan oleh regim bekas presiden Hosni Mubarak.

Telor Jawa

Selepas itu, Ng pula berucap dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan sesekali bercakap dalam telor Jawa yang mencuit hati penonton.

Dalam ucapannya, beliau menyindir BN yang didakwanya bercita-cita mahu merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat dengan mempersoal dari sudut mana mereka mahu berbuat demikian.

NONE"Sebelum ini (Datuk Seri) Najib kata Pakatan Rakyat nak tawan Putrajayajaya tapi tidak ada kabinet bayangan. (Sebenarnya) setiap kementerian, kita ada tiga orang calon yang menanti.

"(Kalau nak rampas Selangor) saya cabar (BN) di mana calon menteri besar dan exco bayang, mana? Tak ada. Jadi apa senjata (nak rampas Selangor)," katanya.

Susulan itu, beliau merayu supaya rakyat memberi mandat Pakatan untuk terus mentadbir negeri kerana kerajaan yang baru dibentuk berusia tiga tahun seperti anak kecil.

"Kerajaan baru berusia tiga tahun, baru belajar... (Tapi) dah tiga tahun Umno tak sabar-sabar nak rampas," katanya.

Manakala Mohamad pula berkata beliau kesal dengan politik di negara ini berhubung penayangan video seks yang mana lelaki yang dikatakan dalam video tersebut adalah mirip kepada seorang pemimpin pembangkang.

"Orang bertanya kepada saya, adakah saya sudah melihat video tersebut. Saya kata, saya tak tengok, saya tak mahu tengok dan saya tak akan tengok.

NONE"Ini politik di Malaysia, saya kesal... Isu mengenai dasar negara (dan) keselamatan sudah tenggelam dengan benda lucah ini," katanya.

Mohmad juga mendakwa BN kini sudah "kehilangan senjata" untuk menyerang Pakatan Rakyat untuk terus memerintah termasuklah isu pembangunan.

Ini kerana, katanya, berdasarkan laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutri, rekod kemasukan pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia dicatatkan oleh tiga negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Malaysiakini/-

Mansor: Angin perubahaan beralih ke Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 07:30 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

NONEIni kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

"2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

"Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

"Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

Angin perubahan beralih ke Sarawak

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

najib trip to penang 020411 02Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Mansor berkata angin perubahaan yang sebenar sedang bertiup di timur, khususnya di Sarawak, di mana sokongan terhadap Pakatan semalin meningkat.

Mansor, yang juga pengerusi PKR Pulau Pinang berkata partinya yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 14 kerusi pada pilihan raya negeri itu pada 16 April ini, manakala DAP pula dipercayai boleh merebut 15 kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa rundingan agihan kerusi parti itu dengan Snap telah tumbang dan berkata " kita akan selesaikannya".

"Saya jangka tambahan sokongan kepada Pakatan berbanding 2001 (pilihan raya negeri). Ketika itu, hanya segelintir yan sokong kita, ada kalanya hanya 10 orang di ceramah kita tetapi sekarang ribuan yang hadir," katanya kepada wartawan di Bayan Baru, malam semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

NONE"Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan media.

Malaysiakini/-

PKR bidas tahanan ISA OKU

Posted: 04 Apr 2011 07:00 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

PKR hari ini membidas penahanan seorang rakyat Malaysia, Kadir Hashim mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, jika benar Kadir yang juga anggota Pemuda PKR terbabit dengan kegiatan militan di Kemboja, beliau perlu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya ditahan tanpa bicara.

NONE"PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak yang semakin hampir," katanya dalam satu kenyataan.

Azizah berkata, desakan rakyat supaya kerajaan memansuhkan akta zalim itu langsung tidak diendahkan kerajaan persekutuan bahkan parti pemerintah itu semakin angkuh menahan rakyat Malaysia dengan menafikan hak mereka untuk dibicarakan.

Menurutnya, jika terbukti Kadir bersalah dan terlibat dengan aktiviti militan itu, banyak akta dan undang-undang yang boleh digunapakai untuk menghukum Kadir. Umpamanya, Akta Polis, Kanun Keseksaan dan banyak lagi.

Azizah turut menyifatkan penahanan Kadir yang juga seorang peniaga yang digolongkan sebagai orang berlainan keupayaan (OKU) sengaja digembar gemburkan demi menenggelamkan isu- isu panas yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.

Malaysiakini/-

Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 06:30 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

NONESebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

NONEBeliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama

'Apa kesalahan adik saya?'

Posted: 04 Apr 2011 06:00 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Keluarga kepada Kadir Hashim hari ini menuntut supaya tahanan ISA itu segera dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Salah seorang abangnya, Muda, 46, berkata polis juga perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Kadir.

"Saya dimaklumkan adik saya ditahan bawah ISA, tapi saya tak puas hati sebab saya tak tahu kenapa dia ditangkap.

"Kalau dia ada lakukan kesalahan, tolong bawa dia ke mahkamah.

"Kalau dia ditahan tanpa apa-apa sebab bermakna pemerintahan kita cukup zalim," kata Muda dalam satu sidang media hari ini.

Kadir, 42, ditahan oleh sekumpulan lebih 10 anggota polis berpakaian preman di rumah keluarganya pada petang Jumaat lalu.

Muda berkata, anggota keluarganya kini masih belum mengetahui di manakah adiknya itu ditahan.

Kegiatan subversif

"Saya juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ketika beliau ditahan," katanya lagi sambil mengetap bibir menahan kemarahannya.

NONESeorang lagi abang kepada Kadir berkata, penahanan lelaki kelainan upaya itu merupakan "kebiadapan" kerajaan yang menjalankan penahanan sewenang-wenang.

"Ini bukan soal politik, tapi kebiadapan (kerajaan)," kata Hisham, 43.

Jelasnya, polis hanya menyatakan bahawa Kadir ditahan kerana terlibat dalam kegiatan subversif.

"Sebab itu terlalu umum," kata Hisham lagi.

Dalam sidang media sama, peguam N Surendran turut membuat panggilan kepada seorang pegawai di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Namun, pegawai itu juga enggan menjelaskan sebab penahanan berkenaan ketika ditanya Surendran.

Pegawai atasan

Pegawai itu sebaliknya meminta Surendran menghantar surat bagi mendapatkan penjelasan serta membuat permohonan untuk berjumpa Kadir.

Perbualan telefon yang disalurkan ke pembesar suara dalam bilik sidang media itu dapat didengar oleh wartawan.

Pegawai polis yang memperkenalkan dirinya sebagai ACP Normah Ishak itu juga berkata, beliau hanyalah pegawai yang bertanggungjawab menjaga Kadir.

Katanya, sebab penahanan Kadir hanya dapat dijelaskan oleh pegawai atasannya.

Ketika diasak untuk memberikan nama pegawai tersebut, Normah berkata peguam perlu menulis kepada Bukit Aman terlebih dahulu.

Setelah beberapa kali ditanya, Normah berkata Kadir kini sedang ditahan di salah sebuah premis Bukit Aman.

Ketika didesak supaya memberitahu lokasi sebenar Kadir ditahan, Normah sekadar berkata: "Saya tak boleh beritahu."

Surendran ketika mengulas perkembangan itu berkata, beliau akan memfailkan notis habeas corpus sekiranya Kadir tidak dibebaskan segera.

Malaysiakini/-

Qazaf terhadap Anwar: AMK adu kepada JAWI

Posted: 04 Apr 2011 05:30 PM PDT

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.

NONEKenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.

"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.

BN jadi dalang jika tidak dakwa

"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.

Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam berkata trio berkenaan boleh didakwa mengikut akta itu kerana wujudnya pengakuan ketiga-tiga individu tersebut berhubung penayangan video seks itu.

"Terdapat pengakuan, (oleh itu) buat siasatan dan dakwa mereka.

NONE"Kalau tidak ada tindakan (terhadap mereka) maka jelas (dalam isu) rakaman video ini, suspek yang menjadi dalangnya adalah kerajaan Umno-BN.

"Jadi untuk menafikannya, (JAWI) perlu ambil tindakan. Dan kita menggunakan ruang yang ada mengikut saluran undang-undang," katanya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan tersebut Shamsul Iskandar berkata laporan itu secara khusus merujuk kepada satu tayangan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

JAWI akan panggil 'Datuk T'

Shamsul Iskandar juga berkata, beliau turut menyertakan beberapa dokumen dan kenyataan media oleh Rahim berhubung dakwaan tuduhan zina itu.

Katanya lagi, beliau telah bertemu dengan penolong pengarah bahagian siasatan JAWI, Siti Nor Jihan Saleh ketika membuat laporan berkenaan.

Shamsul Iskandar berkata Siti Nor Jihan telah memberi jaminan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan untuk diambil mereka dan disiasat.

Tambahnya, beliau juga akan memberi kerjasama untuk memberi keterangan kepada JAWI pada 18 April ini berhubung laporannya hari ini.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang