Selasa, 5 April 2011

.

.


JIHAD LAMBANG KEUNGGULAN ISLAM - Untuk Petugas Islam Pahang di Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 04:07 PM PDT

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat,

Sudah lima hari perginya para petugas Islam Pahang ke bumi Tanjung Datu Sarawak. Mereka untuk menyampaikan dakwah Islam dan jihad siasah di bumi sana.

Pelbagai rintangan mereka tempuh dalam masa lima hari ini. Mereka terpaksa berpindah dari rumah yang sudah disewa kerana gengstar mengugut tuan rumah, setakat ini sudah dua buah rumah. Rumah muslimat diganggu. Kadar sewa kereta atau van sangat tinggi mencecah hampir rm2500 untuk dua minggu, bahkan ada lebih mahal dari itu. Unsur-unsur sihir juga ada.

Mari kita baca risalah berikut tentang JIHAD LAMBANG KEUNGGULAN ISLAM, semoga memberi semangat kepada kita semua terutamanya para petugas Islam Pahang yang sedang dan akan pergi ke bumi Sarawak:...


27-5-2003 Massej Online -

Jihad adalah lambang keunggulan Islam. Dengan jihad umat dapat mengukuhkan kewujudannya, menonjol kakuatan keperibadiannya dan menjelaskan bahawa ia mempunyai tujuan yang lebih agong daripada tujuan golongan lain yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.

Selama panji-panji jihad berkibar dan persiapan untuk jihad berlaku dan dapat dirasai oleh orang lain:

"dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka semanpu kamu dengan kekuatan senjata dan tentera berkuda, denganya kamu dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dan musuh lain dibelakang mereka yang kamu tak ketahui tetapi Allah mengetahui mereka" (al Anfal:60).


Dengan kehendak Allah, urusan umat ini tidak dapat domartabatkan kecuali dengan jihad. Umat Islam di setia masa dan zaman tidak mungkin mengecapi keunggulan dari segi pertahanan, kemuliaan dan keutuhan perpaduan, seperti yang di kecapi oleh jenerasi yang pertama kecuali dengan jihad. Pada zaman itu mujahidin berjihad dijalan Allah walaupun dengan jumlah harta, persediaan dan bilangan yang sedikit.

Setelah berlalunya zaman awalan (zaman jihad) umat Arab dan Islam melalui zaman dimana bilangan mereka semakin ramai, harta semakin banyak, kemewahan melimpah ruah, sehingga mereka berlumba-lumba merebut dunia setelah mereka ditimpa penyakit umat-umat terdahulu, mereka pun menjadi lemah, marwah mereka jatuh dan mereka berpecah belah.

Memahami hakikat ini musuh-musuh mecurahkan seribu upaya untuk menghapuskan jihad dari kamus Islam. Menyelewengkan maknanya dan menggelarkan mujahidin yang mempertahankan tanah air , kemulian hidup dan agama sebagai pengganas. Mereka hapuskan daripada sejarah kisah-kisah kepahlawanan wira-wira Islam terdahulu dan sebaliknya menggelarkan penceroboh sebagai pahlawan.

Sebenarnya tanpa mujhidin yang berjihad dengan ruh dan jasad mereka, Palestin sudah lama terhapus dari peta dunia, Afghanistan sudah tentu tidak dikenali lagi, begitu juga Kahmer, Cehnya dan lain-lain tidak akan disebut lagi. Tetapi kerana kepahlawanan agong yang dicipta oleh mujahidin yang menuntut kematian seperti musuh mereka menuntut kehidupan maka perancangan musuh telah berjaya digagalkan.

Jihad adalah takdir Allah untuk umat ini, dengannya kemegahan dapat dikembalikan, bintangnya dapat bergemerlapan semula dan ia boleh kembali berperanan seperti sepautunya. Tanpa jihad umat akan menjadi mangsa kerakusan serigala yang merobek-robek sebahagian dari dagingnya di Tebing Barat dan Semenajung Gaza, kemudian ia meluaskan pengaruhnya ke Ibu negara Arab yang lain mengugut dan memoperkotak-katikkannya sesuka hati. Ini yang sedang berlaku sekarang ini.

Tidak akan berubah nasib umat ini kecuali dengan jihad yang merupakan jalan menuju kemuliaan. Abu Bakar As Siddik telah telah menerangkan dalam khutbahnya selepas di bai'ahkan, dia berkata: "tidak ada satu kaum yang meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Ia akan menimpakan padanya kehinaan".

Tiada ulasan:

Nuffnang