Salam 2 all.
Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tiga eksibit dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pagi tadi tidak mengejutkan teman. YA Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak cubaan Pendakwaraya untuk mengemukakan sehelai tuala kecil,
Good Morning, sikat rambut dan botol air mineral jenama
Cactus yang menjadi sumber DNA perbandingan dengan sampel sperma yang diperolehi daripada dalam dubur Saiful. Ini sekaligus menjadikan keterangan pakar kimia Nor Aidora Saedon yang mengesahkan DNA air mani didalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi tersebut adalah bersumberkan daripada orang yang sama tidak boleh digunapakai.
Sebenarnya apa yang mengejutkan teman ialah tindakan Pendakwaraya mengemukakan barangan tersebut sebagai sumber DNA perbandingan, dalam keadaan ujud dakwaan barangan tersebut diperolehi tanpa izin dan pengetahuan Anwar. Sudah pasti ianya tidak patut dibenarkan kerana ianya sekadar akan mengesahkan pengambilan sampel DNA itu dibuat secara salah dan tidak sah.
Mungkin ramai yang tidak berapa faham dengan isu DNA ini. Dalam kes-kes tertentu, saperti kes seksual, bunuh dan banyak lagi, keterangan DNA memainkan peranan yang sangat penting, samada untuk membuktikan pertuduhan, mahupun untuk membuktikan kebenaran. Banyak juga kes berlaku dimana keterangan DNA telah membuktikan seseorang tertuduh itu sebenarnya tidak bersalah (sila rujuk penjelasan ringkas dibawah).
Deoxyribonucleic acid, atau secara ringkasnya disebut DNA adalah metode pembuktian keterangan dimana kesan gene/ sel seseorang didapati ujud didalam sesuatu perlakuan jenayah contohnya. Dan sumber DNA boleh diperolehi samada daripada air liur, peluh, bulu, airmata, kesan kulit, darah, rambut, kuku, air mani dan banyak lagi. Peranan DNA sama saperti cap jari, dimana tahap kesahihannya boleh mencapai hampir 99% ketepatan. Maknanya jika didapati DNA pada air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, adalah sama dengan sampel DNA perbandingan yang diperolehi, maka bukti dan keterangan DNA tersebut akan membuktikan dengan ketepatan 99% berlakunya perlakuan jenayah liwat tersebut.
Jadi untuk mendapatkan DNA perbandingan tersebut, sampel DNA daripada orang yang disyaki, didalam kes ini Anwar Ibrahim, perlu diambil. Sampel itu boleh diambil daripada peluh, bulu, rambut dan lain-lain yang sah kepunyaan tertuduh. Kesilapan yang dibuat oleh Pendakwaraya ialah menggunakan sumber DNA yang diperolehi secara taksah dan
illegal. Tetapi keujudan persamaan DNA airmani dan DNA perbandingan tersebut tetap kekal. Dalam bahasa undang-undang- kesilapan ini dipanggil "
technical mistake" yang jika yang dituduh dibebaskan adalah kerana "
technicality", sebagaimana yang berlaku didalam kes "Liwat Azizan", dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa "walaupun mempercayai kejadian liwat itu berlaku, namun keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh Pendakwaraya tidak menepati kehendak undang-undang keterangan yang diterimapakai di Malaysia".
Didalam kes pertuduhan meliwat Saiful ini, yang dipertikai bukan DNA perbandingan itu sendiri. Yang dipertikai ialah sumber DNA perbandingan itu yang diperolehi secara tidak sah.
Maknanya menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim (mungkin dari bulu, peluh dan airliur) adalah sama dan bertepatan. Pendekkata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA airmani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim, maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar adalah 99% betul!Oleh itu, isu penolakan eksibit sumber DNA perbandingan tersebut iaitu tuala, sikat & botol air mineral tersebut bukan bermakna pertuduhan tidak betul. Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu. Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan didalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.
Malahan jika dilihat dari sudut yang positif, penolakan ini merupakan satu "
blessing in disguise", ada hikmahnya tersendiri. Ini kerana samada Anwar mahupun Pendakwaraya mempunyai satu peluang yang luas untuk membuktikan kesahihan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful tersebut. Iaitu dengan mana-mana pihak, samada Anwar mahupun Pendakwaraya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memerintahkan supaya satu sampel DNA asal dan baru dikemukakan kepada pihak pakar Forensik melalui Mahkamah. Dan dalam kes ini, Anwar mempunyai dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu akan menentukan nasib dan kredibiliti beliau!
Pilihan pertama, Anwar boleh menolak untuk memberikan sampel DNA itu secara sukarela. Jika ini berlaku, rakyat akan mempertikaikan kredibiliti Anwar. Berani kerana benar, begitu bunyi "hadis Melayu". Jika Anwar menolak memberikan sampel DNA perbandingan, rumusannya sebagaimana yang terkandung didalam Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, "
ada sesuatu yang mahu disembunyikan, yang jika ianya dikemukakan akan tidak memihak kepada orang yang menyembunyikannya". Teman berharap Anwar tidak mengambil pendekatan menolak untuk bersumpah la'nat menafikan pertuduhan liwat tersebut, sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Ini kerana kegagalan Anwar bersumpah, dalam keadaan Saiful telah pun bersumpah, memberikan persepsi Anwar takut kebenaran dibongkar ALLAH!
Sebaliknya, bagi pilhan kedua, Anwar boleh memilih untuk memberikan sampel DNA perbandingan tersebut, dan lebih afdhal diberikan secara sukarela. Ini kerana jika beliau benar, tidak sepatutnya beliau gentar memberikan DNA tersebut. Ini kerana jika sampel DNA yang beliau berikan itu (darah contohnya) tidak sama dengan DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, maka dakwaan beliau dianiaya dan dizalimi kemungkinannya benar (tertakluk kepada keterangan dan bukti lain yang ada).
Berdasarkan itu, teman berpendapat Anwar tidak sepatutnya menunggu Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah untuk sampel DNA perbandingan tersebut. Anwar sepatutnya secara sukarela memberikan sampel DNA perbandingan itu jika beliau yakin beliau benar. Jika beliau berbuat sedemikian, dan terbukti dakwaannya benar, teman cukup pasti kebenaran akan memihak kepada Anwar. Jika Anwar pilih untuk menolak, sebagaimana beliau memilih untuk menolak untuk bersumpah, maka kredibiliti beliau akan menjadi kosong! Ditambah dengan pembohongan 16 Sept yang sudah terbongkar, pengambilan Karpal PooSingh yang pernah mendakwa beliau terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sebagai peguamnya sekarang, semua ini akan sekadar membuktikan pembohongan dan putarbelit Anwar.
Rumusannya, penolakan eksibit tuala, sikat & berus gigi sebagai bahan sumber sampel DNA perbandingan oleh Mahkamah hari ini sebenarnya adalah satu "blessing in disguise - satu hikmah", dan bukannya kemenangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya ianya adalah kemenangan kepada yang haq & kebenaran. Oleh itu atas nama haq & kebenaran, teman cabar Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau secara sukarela kepada Mahkamah untuk perbandingan dengan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Dan yakinlah kebenaran tetap kebenaran, yang haq tetap haq. Berserahlah kepada ALLAH Tuhan yang Empunya Haq & Kebenaran! Kecuali jika kita tidak percaya kepada ALLAH Yang Maha Esa!Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
03 Rabi'ul Akhir 1432
08 Mac 2011
*
Alhamdulillah teman telah selamat sampai ketanah air setelah selesai beberapa misi dan urusan diluar negara sejak 31 Januari - 06 Mac 2011. Terima kasih kepada para sahabat dan teman yang mendoakan teman.
@@@@@@@@@@@@@@@@
Penjelasan ringkas mengenai DNA
Deoxyribonucleic acid (/diˌɒksiˌraɪbɵ.njuːˌkleɪ.ɨk ˈæsɪd/ ( listen)), or DNA, is a nucleic acid that contains the genetic instructions used in the development and functioning of all known living organisms (with the exception of RNA viruses). The main role of DNA molecules is the long-term storage of information. DNA is often compared to a set of blueprints, like a recipe or a code, since it contains the instructions needed to construct other components of cells, such as proteins and RNA molecules. The DNA segments that carry this genetic information are called genes, but other DNA sequences have structural purposes, or are involved in regulating the use of this genetic information.
DNA consists of two long polymers of simple units called nucleotides, with backbones made of sugars and phosphate groups joined by ester bonds. These two strands run in opposite directions to each other and are therefore anti-parallel. Attached to each sugar is one of four types of molecules called bases. It is the sequence of these four bases along the backbone that encodes information. This information is read using the genetic code, which specifies the sequence of the amino acids within proteins. The code is read by copying stretches of DNA into the related nucleic acid RNA, in a process called transcription.
Within cells, DNA is organized into long structures called chromosomes. These chromosomes are duplicated before cells divide, in a process called DNA replication. Eukaryotic organisms (animals, plants, fungi, and protists) store most of their DNA inside the cell nucleus and some of their DNA in organelles, such as mitochondria or chloroplasts.[1] In contrast, prokaryotes (bacteria and archaea) store their DNA only in the cytoplasm. Within the chromosomes, chromatin proteins such as histones compact and organize DNA. These compact structures guide the interactions between DNA and other proteins, helping control which parts of the DNA are transcribed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan