Anwar Ibrahim |
- Court Rejects DNA In Anwar Case
- BN Menang PRK Tidak Sama Pakatan Menang PRU
- Fitnah Dari Mahathir Yang Tidak Berkesudahan
- Minda Najib Macam JKKK
- Hakim Tolak Tiga Barangan Sebagai Bukti
Court Rejects DNA In Anwar Case Posted: 07 Mar 2011 11:27 PM PST From Aljazeera.net Malaysian opposition leader wins rare victory in long-running sodomy trial as judge rules DNA evidence inadmissible. Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has won a rare victory in his long-running sodomy trial as DNA tests on items taken from his detention cell were ruled as inadmissible. The High Court’s decision, announced on Tuesday, is a major boost for Anwar, a former deputy premier who was jailed on separate sex and corruption counts a decade ago. Anwar faces 20 years in jail if found guilty of the new charges. The court found that a toothbrush, mineral water bottle and a hand towel taken from the cell where Anwar was held after his arrest in July 2008 were improperly obtained. Government lawyers had sought to submit the items as evidence in the trial against Anwar. “I find that in this case the DNA samples from the three items… were obtained by unfair means from the accused,” Judge Zabidin Mohamed Diah said, adding that they were to be “excluded from evidence”. Al Jazeera's Veronica Pedrosa, reporting from Kuala Lumpur, said the ruling is seen as a significant blow to the prosecution's case because “the burden was on them to prove a link between Anwar and the young accuser". "Those three items (of evidence) were taken without consent, according to Anwar and his defence team, while he was in police custody in July of 2008." ‘Persecuted unfairly’ Anwar was in high spirits after the decision, which means the prosecution will now have to rely on the evidence of the accuser, his former aide Mohamad Saiful Bukhari Azlan, who said he was sodomised at an upmarket condominium. “I am grateful for the verdict and this just further supports what I have said, that I am being persecuted unfairly by the authorities in their bid to silence me,” Anwar told reporters. DNA evidence from the items taken from the detention cell – which has only been identified as “male DNA” – was intended to be linked with medical tests on 25-year-old Saiful. At the opening of the trial in February 2011 the prosecution said those tests had found traces of Anwar’s semen. The trial, which has been punctuated by long delays, recently heard evidence from a government chemist that there were multiple unidentified DNA profiles found in Mohamad Saiful’s anus and trousers. Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition, which has been in power for half a century. Human Rights Watch has urged Malaysia to drop the charges, condemning the case as a “charade of justice”. Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Muslim-majority Malaysia. |
BN Menang PRK Tidak Sama Pakatan Menang PRU Posted: 07 Mar 2011 11:15 PM PST Dari KeadilanDaily Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) adalah dua perkara berbeza kerana kemenangan atau kekalahan dalam satu-satu PRK bukan cerminan langsung turun naik sokongan rakyat kepada mana-mana parti. "Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 sebagai kayu ukur, kita akan sedar sebelumnya kita kalah teruk di Ijok apabila menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Dalam masa kurang setahun, kita berjaya mengatasi kekalahan tersebut dan kita bangkit (pada PRU 2008). "Bukan sahaja Ijok, satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata Anwar. Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan pihak tertentu bahawa siri kemenangan kecil Barisan Nasional (BN) dalam beberapa PRK mutakhir ini menandakan sokongan rakyat sudah kembali kepada BN. BN baru sahaja memenangi PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak dan sebelum itu PRK Tenang di Johor yang berlangsung dalam suasana banjir. Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun tetap yakin sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) akan terus meningkat menjelang PRU akan datang. "Saya kekal optimis (PR terus mendapat sokongan rakyat)," katanya. Anwar berkata, cabaran utama PR sekarang ini adalah penyampaian maklumat berkenaan inisiatif Pakatan kepada segenap lapisan masyarakat. "Kita perlu promosi Buku Jingga dengan lebih berkesan, memastikan pengedarannya sampai ke semua kawasan terutamanya di luar bandar yang masih merupakan satu cabaran," ujarnya. Tambah Anwar, turut menjadi cabaran adalah keseluruhan proses pilihanraya yang masih perlu diperbaiki. "Yang menjadi fokus kita adalah keseluruhan proses pilihan raya yang masih lagi sarat dengan ketidaksempurnaan. "(Contohnya), tiada akses (buat pemimpin Pakatan Rakyat) kepada media," |
Fitnah Dari Mahathir Yang Tidak Berkesudahan Posted: 07 Mar 2011 10:12 PM PST Dari TV selangor Kemenangan “awal” Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini tentunya suram dengan satu lagi pusingan serangan peribadi Tun Mahathir Mohamad terhadap mantan timbalannya, kali ini menerusi buku autobiografinya. Anwar pagi tadi berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak beberapa bahan bukti yang diperolehi oleh polis secara tipu helah namun kini berdepan dengan asakan fitnah Mahathir menerusi buku berjudul “Doktor Dalam Rumah.” Oleh kerana didokong oleh Umno-Barisan Nasional dan seluruh jentera kerajaan, Mahathir merasakan beliau masih mempunyai hak mutlak membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Anwar walaupun bukan lagi menjadi Perdana Menteri. Segala percubaan Anwar untuk mempertahankan dirinya di mahkamah daripada serangan-serangan Mahathir sebelum ini tidak berhasil kerana ia berkait dengan tahap kewibawaan sistem kehakiman negara ketika ini. Dalam membuat tuduhan-tuduhan liar menerusi buku “Doktor di dalam rumah” Mahathir hanya mendedahkan sifat semula jadinya untuk berbohong apabila perlu demi melindungi kredibilitinya sendiri. Ramai tentunya masih ingat bahawa setelah membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar pada tahun 1998, Mahathir enggan hadir di mahkamah apabila diberi peluang penuh untuk memberi keterangan pada perbicaraan pertama Anwar. Beliau menggunakan segala pengaruh dan kuasa selaku Perdana Menteri untuk mengelak daripada memberi keterangan atau disoal balas oleh peguam Anwar ketika itu. Jika Mahathir hadir di mahkamah untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya, seluruh masyarakat – di dalam dan luar negara tentunya akan “tabik” dengan ketelusan beliau. Sebaliknya beliau memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah dan meneruskannya walaupun setelah Anwar dihumban dalam penjara ketika itu. Hari ini, walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tabiat buruk berbohong susah dikikis oleh Tun. Sudah tentu tuduhan-tuduhan terbaru beliau akan didokong oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang, kerana walaupun diaibkan dan dihina dengan pelbagai cara, Anwar masih menjadi saingan politik utama kepada Umno. Di Johor, polis digunakan untuk melarang Anwar daripada berceramah baru-baru ini. Di PRK Kerdau baru-baru ini, kereta Anwar di serang oleh samseng upahan Umno. Malah parti itu terpaksa mengitar semula hikayat-hikayat lama berupa fitnah menerusi Umi Hafilda yang secara kebetulan mengisytiharkan dirinya peminat no 1 Mahathir. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku nukilannya kali ini memang pedas dan mengaibkan Anwar serta keluarga termasuk anak-anak beliau. Namun hakikatnya ialah, Mahathir memecat Anwar bukan kerana isu “moral” tetapi kerana bimbang hayat politiknya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tercabar oleh kemaraan politik Anwar. Mereka yang arif dengan politik Umno tentunya tahu latar belakang kebimbangan Mahathir pada tahun 1998 susulan kejatuhan Presiden Suharto selepas memerintah Indonesia secara autokratik selama 32 tahun. Maka bermulalah komplot untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan menghinakan supaya beliau ditolak oleh kaum Melayu yang menjadi tunggak Umno. Bermulalah proses menyingkirkan pengarang-pengarang kanan media massa yang dilihat sebagai rapat kepada Anwar dan diganti dengan mereka yang “tetap setia” kepada dua Tun – Mahathir dan Daim Zainuddin. Pada masa sama bermula jugalah proses untuk mencipta dan menyediakan saksi-saksi dalam bentuk pekerja seks yang Mahathir mendakwa “hanya memberi keterangan kepada beliau dan polis.” Akhirnya tidak seorang pun daripada mereka dibawa ke mahkamah – kerana hakim dan pendakwaraya mempunyai “persefahaman’ begitu baik untuk mensabitkan Anwar. Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. “Berita’ dan “bukti” keterlanjuran Anwar, jika benar , sudah tentu sampai lebih awal pada Mahathir untuk diambil tindakan. Realitinya adalah, Mahathir berbohong dan mendalangi komplot mensabitkan Anwar di mahkamah setelah memecatnya pada 2 September 1998, demi kelangsungan politik beliau sendiri. Beberapa pembohongan “kecil” Mahathir terdedah ketika itu, umpamanya Anwar “menumbuk” matanya sendiri ketika dalam tahanan sehingga lebam, dan mantan Timbalan Perdana Menteri kononnya adalah agen Yahudi, CIA dan sebagainya. Namun hari ini jelas, Mahathir menyimpan pembohongan terbesarnya terhadap Anwar untuk buku autobiografinya, dengan tujuan menjamin buku “Doktor dalam rumah” laris jualannya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 07 Mar 2011 08:00 PM PST Dari Harakah Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata. Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil tersebut. "Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian. "Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu," Yusof ketika dihubungi di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru di sini pagi ini Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini, banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab. "Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'. "Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil. Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi sama ada dari orang dalaman Umno atau luar negeri. "Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR," tegas Yusof. |
Hakim Tolak Tiga Barangan Sebagai Bukti Posted: 07 Mar 2011 07:30 PM PST Dari Malaysiakini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan – berus gigi, botol air minuman dan tuala ‘Good Morning’ tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. “Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya. Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima. Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak. Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin ‘tidak sah’. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan. Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan