Selasa, 8 Mac 2011

Ti Lian Ker (Thinking Aloud)

Ti Lian Ker (Thinking Aloud)


Orang Bukan Islam Dizalimi Kerajaan Pas Kelantan

Posted: 05 Mar 2011 06:31 AM PST

mb_takiyuddin_hassanOleh Kaizer Daris

Kota Bharu, 4 Mac - Kezaliman pemerintah kepada rakyat bukan sahaja berlaku di Mesir, kini kezaliman itu berlaku secara terang terhadap orang bukan Islam terutama kaum Cina di Kota Baharu apabila mereka dinafikan hak mereka untuk menjalankan perniagaan loteri kebajikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri,

Datuk Takiyuddin Hassan ini tidak faham undang-undang Islam atau bertindak prejudis kepada bukan Islam, namun tindakan kerajaan negeri mengarahkan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua kedai buku yang menjual loteri kebajikan itu adalah satu bentuk penindasan moden ke atas bukan Islam. Ini kerana lesen loteri kebajikan itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952 (Akta 288) yang membenarkan loteri kebajikan kerana ianya berbentuk derma, keagamaan dan kebajikan terhadap komuniti setempat dan hasil penjualan loteri itu digunakan bagi tujuan kebajikan, keagamaan dan pendermaan untuk masyarakat .

Kalau Takiyuddin, yang juga seorang peguam, seharusnya tahu atau menyedari wujudnya akta itu di peringkat persekutuan dan orang Cina sepatutnya berhak menjualnya.

Adakah pemimpin Pas kini terdesak untuk meraih sokongan Melayu sehingga sanggup mencemarkan Islam dengan menindas bukan Islam kononnya merekalah penegak Islam dengan mengharamkan judi dan arak.

Tetapi tindakan bodoh Pas Kelantan itu nyata ketara apabila tidak boleh membezakan bahawa bukan Islam boleh berjudi dan minum arak kerana mereka tidak tertakluk pada undang-undang Islam.

Yang tertakluk undang-undang Islam adalah orang Islam. Kalau bukan Islam tidak perlu diganggu mereka kerana mereka ada hak serta kebebasan mereka.

Justeru, MPKB mahupun Takiyuddin ataupun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Nik Mat perlu buktikan bahawa ada orang Islam turut membeli loteri kebajikan itu barulah boleh ambil tindakan.

Lebih menyedihkan Pas Kelantan bertindak melampui perlembagaan persekutuan apabila merampas dan menyerbu kedai buku yang menjual loteri kebajikan itu, kerana lesen sudah diberikan bagi penjualan loteri biarpun peraturan kerajaan tempatan mengharamkan berjudi.

Hakikatnya undang Persekutuan lebih berkuasa daripada peraturan kecil kerajaan tempatan dan pihak terbabit adalah golongan bukan Islam, menjadikan golongan bukan Islam itu berhak untuk menjual loteri itu dan peraturan kerajaan tempatan itu tidak boleh digunapakai.

Menurut seorang peguam Datuk Ti Lian Ker tindakan MPKB menyerbu dua buah kedai buku yang menjual loteri kebajikan itu pada minggu lepas adalah satu penindasan malahan ia menunjukkan ketidakwajaran pembangkang dalam layanan kepada bukan Islam.

Baginya aktiviti loteri itu telah berjalan sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru MPKB bertindak merampas loteri itu.

yang kedua ialah, jika benar Pas ini tidak prejudis atau double standard kepada bukan Islam kenapa mereka tidak kuatkuasakan undang-undang yang serupa di negeri-negeri pembangkang yang lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Beginikah pemimpin Islam yang dibawa Pas, nampaknya Pas acuan Nik Aziz ini memburukkan lagi Islam dan menyempitkan pemikiran penganutnya. Adakah kita mahu tergolong di dalam kumpulan yang memburukkan Hukum Allah dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad?

Bayangkan jika Hudud dilaksanakan oleh Pas, iaitu pemerintah yang begitu prejudis dan menindas rakyatnya sendiri, adakah kita ini akan selamat sama ada anda Islam atau tidak? adakah sistem kehakiman Hudud yang dibawa Pas akan memberi keadilan kepada rakyat?

--KELATEKITO.NET

MCA protes premis loteri diserbu

Posted: 05 Mar 2011 06:27 AM PST

MCA protes premis loteri diserbu

KOTA BHARU - MCA semalam menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyerbu tiga premis loteri di bandar ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, tindakan PBT itu menimbulkan ketakutan di kalangan pemilik premis berkenaan sedangkan ia sudah beroperasi sejak sekian lama melalui lesen dan kuasa yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.

"Tindakan pihak terbabit yang menyerbu premis berkenaan dengan sepasukan penguat kuasa menggunakan kekerasan tidak kena caranya, kerana premis terbabit tidak pernah mengalami masalah dan diganggu urusan penjualannya sejak ia mula beroperasi beberapa tahun lalu.

"Mengikut perlembagaan undang-undang Malaysia, akta penjualan loteri termaktub dalam (Akta Loteri 1952) di bawah Kementerian Kewangan yang diselia oleh Majlis Perbendaharaan," katanya demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Dewan Perniagaan Cina, di sini semalam.

Menurutnya, kenyataan protes ini bukanlah untuk melawan atau mencabar kerajaan mahupun menggunakan agenda politik, ini hanyalah untuk membela nasib golongan penjual loteri ini daripada diperlakukan sedemikian.

"Mereka beroperasi secara sah dan mendapat kelulusan yang juga mengikut perlembagaan undang-undang negara, jadi apa yang dilakukan oleh pihak terbabit ternyata satu perkara yang tidak munasabah.

"Mengapa baru sekarang mereka bertindak sedemikian dan tidak membenarkan operasi premis terbabit dijalankan lagipun mereka tidak melakukan kesalahan kerana mengikut undang-undang.

"Penjualan loteri di seluruh negara tidak menjadi masalah, namun kenapa tiba-tiba di Kelantan kini ia menjadi satu masalah pula," katanya.

Katanya, apa yang diharapkan agar pihak PBT menjalankan tindakan mereka mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

"Setakat ini kita telah mendapatkan nasihat dan khidmat guaman untuk mendapatkan ketetapan daripada mahkamah mengenai undang-undang yang melibatkan isu ini," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang