Selasa, 8 Mac 2011

.

.


KABINET BARU SEMENTARA MESIR

Posted: 07 Mar 2011 05:03 PM PST

[kolejislam] kabinet baru sementara Mesir
...
From:
"hasbri@um.edu.my"
...
Add to Contacts
To:ALKIS
Cc:Nazari

Salam,

Sekadar berkongsi sedikit lagi maklumat dgn sahabat2 ALKIS perkara di atas. Ptg tadi, barisan baru kabinet Mesir diketuai oleh Dr IR Isam Sharaf sbg PM baru sementara Mesir.

Semua menteri2 adalah muka2 baru. Ana amat kagum dgn kehebatan PM baru yg dpt membentuk kabinet baru dlm tempoh yg begitu singkat. Ini menunjukkan kebolehan beliau selain dari sudut lain pula menunjukkan Mesir TIDAK kekurangan tokoh2 pemimpin.

Melihat kpd barisan baru tersebut, majority memiliki ijazah tertinggi spt Phd atau IR (Jurutera) dan hampir semuanya berumur melebihi 50 tahun. Rektor Al-Azhar, Prof Dr Abdullah Husaini menjadi Menteri Waqaf. Kebanyakan yg dilantik itu adalah dari kalangan mereka yang memegang jawatan tinggi dlm bidang masing2.

Perlu disebutkan di sini demonstrasi menggulingkan regim Mubarak mulai 25 Jan lalu benar2 memberikan kesan kpd perubahan utk kebaikan di Mesir skrg. PM yang baru dilantik contohnya mengambil Syariyyah jawatannya di Medan Tahrir, tempat di mana revolusi bermula. Skrg ini demo masih berjalan di banyak tempat termasuk di Univ. Cairo Univ tidak dpt memulakan lagi pengajian kerana pelajar2 pula berdemo. Mlm ini puak Qibtiy pula berdemo kerana gereja mereka di kws bernama Atfih diribohkan oleh gengster sehingga memaksa PM baru turun ke kws berdemo dan berjanji utk membawa mereka yang bertenggungjawab ke muka pengadilan. Dlm masa terdekat juga dikatakan tahanan2 politik yang meringkuk di penjara, sebhgnya sejak tahun 90an akan dibebaskan setelah pendemo berjaya 'ambush' pejabat2 polis rahsia Mesir (Amn Daulah).

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Mesir melalui tempoh yang amat getir ini untuk menuju semula menjadi negara Islam agung sesuai dengan gelarannya sebagai Manba' Ilmu (sumber ilmu), dan ardh Anbiya' (bumi para Anbiya').

Sesungguhnya cabaran yang bakal dihadapi Mesir begitu mencabar. Revolusi ini menjanjikan Israel akan hancur dan lebur (menurut pandangan ramai) dengan syarat pemimpin Mesir menjunjung keadilan dan membenteras kezaliman kerana kata mereka Israel tidak kenal keadilan dan keamanan. Bila keadilan tertegak di Mesir dan selepas ini I Allah, Libya, Jordan, Morocco, termasuk di negara Arab Teluk, maka Israel akan lari bertempiaran spt larinya mereka di zaman Rasulullah SAW dari Medinah... Allahu Akbar.

Wallahu a'lam.


Assoc Professor Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Director
Department of Malaysian Studies
University of Malaya
@Cairo University
002 02 3569 4120 (tel/fax)
002 010 395 4493 (mobile)

Tiada ulasan:

Nuffnang