YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
NIK AZIZ: BELAJARLAH MENERIMA KEPUTUSAN RAKYAT Posted: 08 Mar 2011 06:13 AM PST Bukan sukar sebenarnya untuk menilai kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nikmat ketika mengulas kekalahan Pas pada PRK Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka beberapa hari lalu. Beliau antara lain dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak halal dengan kemenangan BN pada kedua-dua PRK tersebut kononnya BN telah menggunakan taktik kotor. Memanglah ia satu kenyataan yang sangat keterlaluan, namun apabila ia keluar dari mulut Nik Aziz, ia bukanlah sesuatu yang pelik. Demikian berbezanya UMNO/BN dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya. BN, ketika kalah di Kelantan 20 tahun lalu, kalah di Terengganu pada PRU 1999 serta beberapa PRK, kita tidak pernah pun melemparkan apa-apa pandangan yang menunjukkan rasa tidak puas hati selain akur dengan kehendak rakyat. BN menerima kekalahan sebagai sesuatu yang akhirnya boleh membantu parti menilai serta menyemak setiap usaha dan gerak kerja parti untuk rakyat. Lain pula dengan pemimpin Pas, setiap kali mereka kalah dalam PRU atau PRK, mereka akan menuduh BN dengan tuduhan yang bermacam-macam. Menipu, rasuah, penyelewengan, pilihan raya paling kotorlah dan apa sahaja yang tergamak mereka katakan sebagai tanda penerimaan mereka terhadap keputusan rakyat. Mereka akan menuduh, menfitnah BN apabila mereka kalah, tetapi di kerusi atau kawasan yang mereka menang, tiada pula kedengaran tuduhan sedemikian. Inilah tafsiran songsang pembangkang mengenai kalah dan menang dalam setiap pilihan raya. Seperti yang saya katakan semalam, kejayaan BN adalah petanda penerimaan rakyat terhadap parti itu yang selama ini telah bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara. Rakyat sudah bijak untuk menilai kenyataan Nik Aziz. Dam, saya percaya kenyataan retorik seperti itu akan hanya menyebabkan rakyat makin meluat dengan pembangkang. Hakikatnya, demokrasi di Malaysia masih segar tetapi ia dilihat buruk hanya semata-mata apabila pembangkang tidak boleh menerima kenyataan bahawa partinya telah kalah dalam pilihan raya. Jika pembangkang boleh menerima kekalahan dengan terbuka sebagaimana BN pernah menerimanya, keadaan akan menjadi bertambah baik. Apa yang pasti, demokrasi dikotorkan oleh tangan-tangan dan mulut-mulut yang taksub dan terlalu teruja untuk memperolehi kuasa sedangkan rakyat tidak menyukai mereka. Saya berdoa, rakyat kita akan terus kekal dengan pertimbangan yang bijak dalam menangani hal tersebut. Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan yang melucukan mengenai demokrasi. Demokrasi adalah hak rakyat.... jangan ada yang sengaja menfitnah demokrasi kerana rakyat akan membenci. Percayalah!. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan