YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
TAHNIAH BN ATAS KEMENANGAN DI KERDAU DAN MERLIMAU Posted: 06 Mar 2011 08:41 PM PST Tahniah saya ucapkan kepada YB Roslan Ahmad yang telah memenangi PRK Merlimau, Melaka semalam dan juga YB Syed Ibrahim Syed Ahmad yang turut menang pada PRK Kerdau, Pahang. Kejayaan mereka yang mewakili BN ternyata telah memberikan sesuatau yang baharu kepada politik negara ini, apatah lagi BN dihadapkan dengan pelbagai isu-isu oleh pembangkang (walaupun isu berkenaan remah dan sengaja diada-adakan). Bagi saya, kejayaan dengan majoriti besar oleh BN itu juga adalah petanda betapa rakyat kini, terutama pengundi muda kembali yakin kepada BN. Jauh daripada itu, rakyat memahami apa yang sedang kerajaan tanggung walaupun itu dilihat dari perpektif isu oleh pembangkang. Rakyat sedar betapa semua yang berlaku adalah satu proses yang akan menguntungkan mereka biarpun pembangkang melihatnya sebagai satu beban. Rakyat juga melihat bahawa kerajaan BN telah sedaya upaya berusaha untuk meringankan apa jua beban rakyat melalui pelbagai pendekatan yang jujur dan ikhlas. Berbeza dengan pembangkang yang mengamalkan politik menggula-gualakan rakyat tetapi ternyata mereka gagal dalam misi mereka. Tidak dapat tidak, PRK Merlimau dan Kerdau telah memberi suntikan baharu kepada BN untuk terus bergerak dan berusaha bagi memenangi hati rakyat. Saya percaya, pucuk kepimpinan BN sentiasa mempelajari sesuatu di sebalik setiap PRK yang diadakan. Untuk itu, saya ucapkan tahniah kepada pengundi di kedua-dua DUN berkenaan kerana telah membuat pilihan tepat dengan mengundi BN pada PRK itu semalam. Saya berharap, rakyat di seluruh negara juga dapat melihat keadaan tersebut secara positif bahawa politik yang diamalkan pembangkang banyak merugikan negara. Berbeza dengan BN yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan, kesejahteraan dan kejayaan hidup rakyat. Sebenarnya, kejujuran BN adalah kunci kepada kejayaan tersebut. BN tidak berjuang dengan bermodalkan air liur semata-mata seperti pembangkang. Apa yang pemimpin BN cakap, itulah yang pemimpin BN buat demi rakyat dan negara. Ternyata juga, usaha mempolitikkan agama oleh pembangkang telah ditolak oleh rakyat di Kerdau dan Merlimau. Pengundi di dua kawasan berkenaan telah berjaya membezakan antara Islam sebenar dengan Islam Pas yang terlalu banyak kepentingan politik. Saya berdoa, penduduk di Kerdau dan Merlimau akan meperolehi lebih banyak pembelaan selepas ini. Percayalah, hanya BN yang mampu membela nasib rakyat di negara ini. Muktamad. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan