Isnin, 7 Mac 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PERHATIAN PELAJAR MESIR SELANGOR: tarikh penerbangan

Posted: 07 Mar 2011 08:31 AM PST

8.3.11
PEJABAT EXCO PENDIDIKAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR
Shah Alam

Kepada semua pelajar dan ibubapa

Maklumat mutakhir
1. Disebabkan kapalterbang EGYPT AIR yang di 'charterkan'oleh kerajaan Selangor akan hanya mendapat 'landing rights'(hak mendarat) pada 13.3.11 maka penerbangan akan bermula awal pagi 24.3.11

Justeru, pelajar dikehendaki berkumpul di MASJID NEGERI pada malam 23.3.11 bagi memudahkan pemunggahan barang-barang(40kg seorang) dan urusan pasport.
2. Oleh kerana ramai yang mempunyai masalah visa yang masih tidak selesai, pelajar yang selesai urusan visa akan didahulukan.Senarai akan dibekalkan esok insyaallah.
3. Penerbangan seterusnya 14,15,16.3 insyaallah.

Sekian harap maklum

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN TINGGI

Modal insan perlu dilahir melalui formula mujarab

Posted: 07 Mar 2011 05:10 AM PST


Adalah sangat tidak wajar sekiranya masa depan pelajar digadaikan demi kepentingan dan kelangsungan politik.Guru tidak perlu dibebankan dengan pergelutan antara parti politik kerana mereka akan didesak untuk melakukan sesuatu yang bukanlah terbaik bahkan menghabiskan masa,tenaga dan menghilangkan tumpuan guru dan pelajar kerana sang menteri mahu berpolitik atau orang politik mahu tunjuk taring.Mengugutkan guru yang tidak mahu menyebelah parti politik politikus adalah cara yang paling lemah dan tidak bertamadun kerana menggunakan kuasa dengan taktik menakut-bakutkan.
   Para guru harus bangkit sebulat suara supaya tidak mudah untuk diperkotak katikkan kerana  para guru harus dihormati dan diberi kebebasan memilih mana-mana parti politik yang dia mahu.
Barulah namanya keadilan dan bertamadun. Tidak perlu guna taktik lapuk mengugut atau terus ambil tindakan 24jam hantar guru jauh daripada tempat asal kerana menongkah arus politik.

Tiada ulasan:

Nuffnang