Hamidah Osman |
Terima Kasih Pengundi Kerdau dan Merlimau Posted: 06 Mar 2011 04:31 PM PST Tahniah dan Terima Kasih Kak Midah selaku Ketua Penerangan Wanita UMNO ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan PRK Kerdau dan Merlimau atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil pada 6 Mac 2011 yang lalu. • Kak Midah bersama-sama seluruh pimpinan dan ahli-ahli Wanita UMNO negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pengundi Kerdau dan Merlimau serta seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional serta pengundi Kerdau dan Merlimau yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi Pahang dan Melaka sangat bijak dan tidak termakan hasutan dakyah dan fitnah oleh pembangkang. • Diharapkan dengan kemenangan di Kerdau dan Merlimau ini, akan menjadi isyarat bahawa UMNO bersama dengan Barisan Nasional dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama. • Bagi pihak Ketua Penerangan Wanita UMNO Kak Midah mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang. • Kak Midah juga mengucapkan jutaan terima kasih, kepada jentera Jalinan Rakyat Wanita serta semua petugas-petugas pilihanraya daripada Wanita UMNO di semua peringkat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen. • Semoga usaha mulia berterusan dan menciptakan kemengan yang lebih gemilang. Hamidah Osman Ketua Penerangan Wanita UMNO |
Siapa Kita, Adalah Cara kita Berfikir Posted: 03 Mar 2011 04:36 PM PST Syukur nikmat, bukan riak TERDAPAT sebuah anekdot menarik bagaimana dua pihak saling berbeza pandangan mengenai sebuah gelas yang berisikan hanya separuh air. Bagi mereka yang berfikiran positif, perspektif yang dilihatnya ialah separuh berisi dan berusaha untuk mengisi separuh lagi airnya penuh. Bagi pihak satu lagi, ia berfikir berasaskan ruang yang kosong, maka kekosongan terus dipersalahkan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun, pihak kedua tidak mengambil peluang untuk berfikir bagi memenuhi kekosongan tersebut. Mereka hanya berusaha untuk mengurangkan air yang berada dalam gelas sehingga semuanya menjadi kosong. Anekdot tersebut amat relevan apabila kita menilai kembali apa yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat, terutamanya apabila berhadapan dengan perebutan kuasa politik. Sejak manusia mencipta ruang politik sebagai kaedah mendapatkan kuasa secara sah dan mencuba kaedah demokrasi sebagai perantaranya menjadikan persekitaran semakin bertaburan dengan riak. Pihak yang memandang gelas separuh kosong sentiasa mempersoalkan orang yang telah memenuhkan air separuh gelas. Dalam pandangan itu tersasul pula pelbagai teori. Pihak yang mengisi air hingga ke separuh gelas tidak akan memenuhkan gelas tersebut, kerana air akan digunakan untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni. Tapi, apa yang lebih ketara ialah mereka membuat teori itulah sebenarnya lebih banyak menggunakan air yang berada dalam separuh gelas itu untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni. Ragam berebut air yang separuh gelas itu oleh pihak yang memandang gelas separuh kosong adalah simbol kepada sikap melampau. Tindakan tersebut dianggap melampau ialah kerana tidak menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain yang bertungkus lumus mengisi air sehingga mampu sampai ke separuh gelas. Orang tidak menghargai jasa dan keringat orang lain itulah sebenarnya adalah termasuk dalam golongan yang tidak tahu dan mahu bersyukur. Mereka adalah golongan yang riak dan takbur. Sikap riak dan takbur merupakan perilaku yang amat dibenci oleh Allah SWT. Salah satu prinsip asas Islam ialah mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya. Nikmat itu memang banyak, dengan menyedari akan kekurangan diri manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kekurangan. Dalam percubaan mendapatkan keselesaan, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah ada. Dari keadaan itulah maka kita akan berfikir secara positif sebagaimana difikirkan oleh mereka yang telah cuba mengisi air ke dalam gelas tersebut. Atas kesyukuran itulah maka seseorang akan memperoleh ganjaran psikologi dan ketenteraman hati. Mereka akan dapat menjalani kehidupan yang aman, sejahtera dan tidak diselubungi dengan rasa takut akan kehilangan sesuatu kerana dia yakin bahawa Allah SWT sentiasa bermurah hati memberikan pertolongan. Mereka yang tidak bersyukur akan terus menghadapi suasana resah dan bimbang. Ia akan bimbang dengan air separuh penuh tidak akan dinikmatinya maka dari situlah mereka memulakan propaganda dengan pelbagai fitnah. Air yang diisi dituduh tidak bersih. Air yang separuh itu bukan datangnya dari sumber yang sah dan halal. Maka di situlah bermulanya polimik, sedangkan yang membuat tuduhan itu tidak pernah mampu menghasilkan sesuatu yang memberikan faedah dan ketenangan kepada orang lain. Sebagai seorang yang beriman dan menyedari tanggungjawab membantu manusia lain, apa yang dapat dilakukan dalam pemenuhan tanggungjawab itu adalah sesuatu yang amat besar ertinya. Hasil yang diperoleh, walaupun sedikit akan menjadi sesuatu yang membanggakan kerana mereka sedar dan insaf, masih ada jalan untuk melakukan kebaikan untuk manusia yang lain. Ini tidak berlaku kepada mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak banyak melaksanakan tindakan yang boleh menghasilkan impak kepada orang lain. Mereka hanyalah sekadar fasih berkata-kata, bijak mengatur slogan dan membina retorik pemikiran yang jauh dari realiti. Mereka sebenarnya telah mereka-rekakan sesuatu sehingga membawa kepada kefasikan, pembohongan dan kesombongan diri, semakin menjauhkan diri dari mendapat keredaan Allah SWT. Menyelusuri sejarah kesungguhan kerajaan membangunkan infrastruktur, menyusun kaedah pendidikan, merangka rencana menghasilkan lebih banyak sumber kekayaan melalui potensi sumber asli, mengeluarkan hasil bumi dan menggerakkan rangkaian jual-beli adalah satu tanggungjawab yang besar. |
You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan