Khamis, 31 Mac 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Lima penjenayah guna treler curi rompak wayar emas

Posted: 30 Mar 2011 06:46 PM PDT




Utusan Malaysia. SEREMBAN 30 Mac 2011 - Lima penjenayah bertindak nekad melarikan sejumlah wayar emas dari sebuah lori syarikat keselamatan, selepas kenderaan itu dirempuh menggunakan sebuah treler curi.


Kejadian berlaku di Lorong Senawang 2/3, Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Ketika kejadian, lori syarikat keselamatan itu yang dinaiki tiga pengawal keselamatan dalam perjalanan ke sebuah kilang syarikat semikonduktor di kawasan perindustrian itu.


Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, salah seorang daripada penjenayah yang memandu sebuah treler bertindak merempuh bahagian depan lori keselamatan berkenaan menyebabkan ia terhenti di lorong tersebut. "Empat lagi rakannya yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta muncul di belakang lori keselamatan itu sejurus selepas kejadian dan mengarahkan kesemua pengawal keselamatan tersebut menyerah diri.


"Mereka kemudian memecahkan pintu belakang lori keselamatan itu dan memindahkan wayar emas ke dalam kereta sebelum melarikan diri," katanya. Menurut Mohd. Yusoff, pengawal keselamatan yang memandu lori berkenaan cedera ringan akibat impak pelanggaran, manakala dua rakannya tidak mengalami kecederaan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm


Van Keselamatan Dilanggar Sebelum Peralatan Semikonduktor Dilarikan


SEREMBAN - Sebuah van sekuriti dilanggar oleh lori kontena sebelum sekumpulan lelaki melarikan peralatan semikonduktor bernilai lebih setengah juta dari van terbabit, di sini Rabu. Kejadian pada pukul 11.45 pagi itu berlaku di lorong Senawang 2/3, kawasan perindustrian Senawang, hanya beberapa meter dari kilang semikonduktor yang menjadi destinasi penghantaran van sekuriti itu.


"Pengawal keselamatan yang memandu van itu cedera ringan," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang. Beliau berkata perlanggaran berlaku secara berdepan sebelum sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di belakang van berkenaan. "Tiga lelaki bersenjatakan parang yang menaiki kereta itu kemudian menghampiri van berkenaan dan mengarahkan tiga pengawal keselamatan yang berada dalam van itu supaya jangan bertindak atau melawan," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata tiga lelaki terbabit bersama pemandu lori kontena itu kemudian memindahkan peralatan semikonduktor dalam kereta mereka sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan kereta itu. Lori kontena terbabit ditinggalkan di kawasan kemalangan itu, katanya. Mohd Yusoff berkata kumpulan pengawal keselamatan itu dilengkapkan dengan selaras senjata api. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=575021


Guard almost killed in faked accident


SEREMBAN: A security guard was almost killed when robbers used a container lorry to knock into the security van he was driving at Lorong Senawang 2/3, Senawang Industrial Park in a daring robbery at 11.45am. According to Seremban deputy police chief Supt. Mohd Yusoff Awang, the security guard who escaped with minor injuries however, could not prevent the robbers from carting away semiconductor items worth almost RM500,000 from the van.


"After knocking into the van, head-on, three men from a car that was trailing the van, rushed to the van with parang and forced the security guard to surrender," he told Bernama when contacted. The three robbers and the driver of the lorry later transferred the semi-conductor products to their car before escaping, leaving the lorry behind.


He added that though the security guard was armed with a gun, he could not use his weapon because the incident happened unexpectedly. Mohd Yusoff said the 'staged' accident and the robbery happened just meters away from the semiconductor factory where the van was heading. http://www.mmail.com.my/content/68065-guard-almost-killed-faked-accident


Perompak rempuh lori samun bahan RM1 juta


SEREMBAN: Sekumpulan perompak merempuh sebuah lori syarikat keselamatan yang membawa bahan semikonduktor bernilai lebih RM1 juta sebelum melarikannya di Lorong Senawang 2/3 Kawasan Perindustrian Senawang di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang perompak memandu sebuah treler curi dan melanggar bahagian depan lori terbabit menyebabkannya berhenti di tengah jalan.


"Pada masa sama, empat lagi rakannya bersenjatakan parang yang menaiki kereta datang dari belakang lori berkenaan sebelum mengarahkan tiga pengawal keselamatan menyerah diri.


"Mereka tidak bertopeng kemudian memecahkan pintu belakang lori berkenaan dan memindahkan barangan dibawa ke dalam kereta sebelum melarikan diri," katanya. Beliau berkata, pengawal keselamatan yang memandu lori cedera ringan akibat rempuhan dan dua lagi tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. http://www.bharian.com.my/articles/PerompakrempuhlorisamunbahanRM1juta/Article/

Tiada ulasan:

Nuffnang