Khamis, 31 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Peruntukan Rasuah’, 4 MP KEADILAN Adu Kepada SPRM

Posted: 31 Mar 2011 02:18 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Empat Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbuatan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan peruntukan tertentu, sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar.

Ia adalah perbuatan rasuah dan menyalahi peruntukan undang-undang tetapi pimpinan BN melakukannya secara terang-terangan, malah dilapor dalam media arus perdana yang dikawal mereka.

Dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, seorang daripada empat pemimpin muda parti yang membuat laporan ke SPRM hari ini, berkata perbuatan itu bukan pertama kali dilakukan pimpinan BN.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Mac lalu mengumumkan peruntukan RM252.35 juta, kononnya untuk bekalan air dan elektrik di Sarawak.

Beliau berkata, ia jelas perbuatan rasuah kerana pengumuman itu dibuat pada hari sama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubar DUN negeri berkenaan.
"

Malah, Nurul Izzah berkata, Taib Mahmud pada 23 Mac lalu turut melakukan rasuah apabila mengumumkan peruntukan kira RM5.7 bilion untuk negeri itu, dua hari selepas DUN dibubar.

"Walhal Taib Mahmud sejak 21 Mac lalu hingga pilihan raya berakhir bukan Ketua Menteri kerana Sarawak semasa sepanjang tempoh itu ditadbir oleh polis," katanya.

Selain Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiga ahli parlimen yang turut membuat laporan ialah Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya).

Mendesak SPRM bertindak segera terhadap semua laporan berkenaan, Nurul Izzah berkata, tindakan Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM73.68 juta dal;am tempoh itu, kononnya untuk kepentingan tiga kategori sekolah di negeri itu, juga amalan rasuah.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu di Sarawak, Mei tahun lalu, Najib pada satu ceramah melakukan rasuah terang-terangan apabila menjanjikan RM5 juta kepada pengundi jika BN menang dan kenyataan itu yang termuat dalam laman Youtube, dikecam rakyat.

"Saya mahu membuat perjanjian dengan anda, perjanjiannya amat mudah. Anda tolong saya, saya tolong anda. Jika Robert Lau, calon BN menang pada Ahad ini, maka esoknya saya akan memberi anda RM5 juta," katanya, dipetik.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperlihat agensi itu sebagai bebas dalam menjalankan fungsinya meskipun autonomi mereka dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka," katanya pada 30 Mac lalu.

Mengikut Buku Jingga, SPR dan SPRM antara yang akan direformasi secara menyeluruh jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

New Politically Motivated Police Investigation On Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Mar 2011 11:24 PM PDT

Kenyataan Media

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato’ Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan ‘rule of law’ dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

===
PRESS RELEASE

New politically motivated police investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim

On 30 March 2011, police served a notice under section 111 of the Criminal Procedure Code on Opposition Leader Dato Seri Anwar Ibrahim. The notice summons him to appear at Ampang District police station to be interrogated by police regarding a ceramah he had given on the night of Friday 25th March 2001 at the Gombak Parliament service center. Police had unlawfully disrupted this ceramah just as Dato Seri Anwar Ibrahim was speaking, made several unlawful arrests and assaulted the Gombak MP and PKR Deputy President Sdr Azmin Ali. This new investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim is under s.4(1) of the Sedition Act 1948 and s.27(5) of the Police Act 1967. These are both draconian amd unconstitutional laws which are regularly used by the Barisan Nasional goverment to prevent freedom of speech and freedom of assembly.

We note that the BN continues in its immoral and unlawful quest to undermine the rule of law and turn this nation into a police state. It is clear that they are prepared to use every underhand and unlawful means to perpetuate their grip on the country and to stay in power indefinitely. In our parliamentary democracy, it is the constitutionally protected role of the Opposition Leader to scrutinize, check and criticize government policies and actions. Abusing and manipulating state powers to target, harass and intimidate the Opposition Leader is nothing short of an attack on our democratic system.

This new investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim is politically motivated, in bad faith and a blatant abuse of police powers. We ask that this baseless investigation be ended immediately and all those responsible for instituting it be brought to justice for abuse of power, no mattter how high or powerful they may be. We also ask that a Royal Commission be formed for the purpose of inquiring into the decades long abuse of police and prosecutorial powers by the Barisan Nasional in order to attack, discredit, criminalize and imprison the political opposition,civil society activists and others who have been critical of the government.

N SURENDRAN
VICE-PRESIDENT
KEADILAN

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mufti Nasihat Siasat Dahulu Berita Si Fasik

Posted: 30 Mar 2011 11:03 PM PDT

Dari Malaysiakini

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,” kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Kisah Disebalik Tirai Video Seks

Posted: 30 Mar 2011 07:34 PM PDT


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 30 Mar 2011 05:23 PM PDT

31 Mac 2011 (Khamis)

2 ptg – Ceramah – Selampit, DUN Lundu

4 ptg – Ceramah – Paon Rimu, DUN Kedup

5 Ptg – Ceramah – Riit Mawang, DUN Kedup

9 mlm – Ceramah – Kampong Rampangi Satu, DUN Pantai Damai

1o mlm – Ceramah – Demak Commercial Centre

YB Nurul Izzah And PKR MPs Will Be Lodging an MACC Report

Posted: 30 Mar 2011 09:18 AM PDT

YB Nurul Izzah along with YB Tian Chua, YB Azan Ismail,
and YB Yusmadi Yusoff will be lodging an MACC report today (31/3).
The report is regarding DPM Muhyiddin election pledges, which
according to Transparency International, amounts to bribery.

Date:31/3/2011

Time: 10.30 amVenue: MACC Putrajaya

Thank you.

Steven Tan
Press Secretary to YB Nurul Izzah

Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah

Posted: 30 Mar 2011 08:27 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan
Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.

Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara.

“Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan,” kata Anwar

Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan.

Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.

Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.

Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh.

"Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.

Akibat ganggunan polis, ceramah Anwar terpaksa dibuat dalam bilik gerakan di N7 Dun Semariang.

"Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan," kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir.

Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Tiada ulasan:

Nuffnang