DUN BUKIT PAYONG |
MUFTI PERAK TIDAK BERDIAM DIRI, MEDIA YANG TIDAK SIAR Posted: 30 Mar 2011 11:11 PM PDT Kekecewaan terhadap kawalan media di negara kita masih berterusan, terbaru media arus perdana sengaja tidak menyiarkan pendapat mufti-mufti dalam serangan kes qazaf terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ummat Islam di Malaysia sangat memerlukan bimbingan dan pencerahan daripada para Ashabu as-Samahah Mufti-Mufti tentang perkara tersebut mengikut hukum syara' ekoran liputan media perdana secara besar-besaran tentang perkara tersebut. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan beliau tidak bersuara, bahkan melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap media arus perdana yang tidak mengeluarkan kenyataan penuh beliau sehingga menyebabkan masyarakat tertanya-tanya tentang pendirian beliau dalam mempertahankan hukum syara'. Petikan The Malaysian Insider. KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan." "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu. Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali. Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar. Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina. "Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. "Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video. "Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya. Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. "Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada |
MUFTI WAJAR NYATA PENDIRIAN, KATA DR ASRI Posted: 30 Mar 2011 09:10 AM PDT Petikan daripada Malaysiakini Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenaipolitik idea untuk membela rakyat. "Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. "Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan