Sabtu, 21 April 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Internet Access BLOCKED in MAS! by weechookeong

Posted: 21 Apr 2012 12:10 PM PDT

Pak Belalang

Good night to you too. The end is near!

Thank you
With kindest regards

wee choo keong

Comment on Internet Access BLOCKED in MAS! by Pak Belalang

Posted: 21 Apr 2012 12:03 PM PDT

The latest measures adopted by the Trio will not deter the employees’ determination to keep the Penyamun & Pengkhianat in check. Ada kemaahuan, ada Jalan. Will continue to feed Yb’s blog. Goodnite Sir

Comment on Dep MOF: MOF to investigate serious allegations about CCF & RA by Anti Khazanah and MASEU

Posted: 21 Apr 2012 11:40 AM PDT

dear cabin crew, just receive an info saying that MASEU Idiot monkey signed for CAP 371 which is crew require to fly back to KUL after 12 hours rest regardless station you flying to. imagine if you fly to LHR and after 12 hours you have to come back to mainstream, i bet you become zombies during flight. if this true info, it will jeopardize your health and safety in working environment. to passenger, please dont hope high expectation. f..k you MALEK! i swear to GOD you and your family going to have my curse forever!

Comment on “NOW EVERYONE CAN FLY MAS WITH LOW COST FARE” – PART 2 by Anonymous

Posted: 21 Apr 2012 08:25 AM PDT

to what i can see, there are 2 motive on the migration to KLIA

1. to sell Complex A and B to 3rd party
2. to reduce the staff without any compensation. for low salary staff, eventually they will resign as their salary not enough to cover transportation cost to KLIA.

can’t think other more logical reasons but mgmt still consider staff soooooo stupid and low productivity and still mentioned all stupid reason why we need to move to KLIA…..

Comment on Dep MOF: MOF to investigate serious allegations about CCF & RA by Anonymous

Posted: 21 Apr 2012 08:16 AM PDT

YB

some friends in MAS informed me that MAS will continue Shane’s contract after it expire end of this month. what the h*%l happening?? can’t MAS find a suitable candidate for ur commercial director or MAS staff “too low productivity” or “too naive” to replace shane which is crystal clear conflict of interest where his company PLAINCONsult is a CON to MAS and he’s the act commercial director. i believe this can only happen in MAS and Malaysia… Malaysia BOLEH…….

Comment on Dep MOF: MOF to investigate serious allegations about CCF & RA by Mohamed

Posted: 21 Apr 2012 06:08 AM PDT

YB, like ur spirit to fight for whatever the cause may be. e.g. the case of unplanned development in Puchong. Kudos to you n hope we will see u as a next MP soon.

Comment on Tek Ucapan Parlimen mengenai RAS/AirAsia X Sdn Bhd by Azizi Zillah

Posted: 21 Apr 2012 04:48 AM PDT

endless tyranny of a few, leeching out cold bloodedly from the most! we must say goodbye to MAS – maybe in a few years time according to TF incredible achievement! simple – MAS is dying already, better they suck it dry enough to the skin & bones!

while we, laymans on the streets wonder how a person starts up a RM2 company than bulldozed the way up to the sky – never thought there were homes & people living on the route he bulldozed out! yet the F*****G gomen swept everything under the carpet!

Comment on “NOW EVERYONE CAN FLY MAS WITH LOW COST FARE” – PART 2 by Azizi Zillah

Posted: 21 Apr 2012 04:29 AM PDT

it is high time to stop those buggers field day! UNITE!

Comment on Dep MOF: MOF to investigate serious allegations about CCF & RA by Shankarprasad

Posted: 21 Apr 2012 01:07 AM PDT

Dear Anon,

Tak faham ka… Kroni dan tutup mulut la apa lagi. Biasa lah BN depa ada Phd in cover up. Until then Gomen will only commence investigation way way after PRU13 and case tangguh2 until next 10 years then acquitted . Normal SOP

Comment on Dep MOF: MOF to investigate serious allegations about CCF & RA by Anonymous

Posted: 21 Apr 2012 12:46 AM PDT

Right on.. Capt Ooi TS, like many others in MAS, is already a pro and subject matter expert. He does not need an old Brit to watch over or advise him. It’s a sinful waste of money indeed …

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pandan di PTP 21 April 2012.

Posted: 20 Apr 2012 07:25 PM PDT

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


New Policy to restrict foreigners to purchase property in Penang

Posted: 21 Apr 2012 09:40 AM PDT


As reported in Guangmin.

新政策為保障永久居民

檳州城市及鄉村規劃、房屋和藝術委員會主席黃漢偉說,州政府落實"外國人購買房產最低價"政策是為照顧永久居民利益,沒有限制外國人在檳置產之意。他說,在檳置產的外國人主要來自5個國家,包括新加坡、印尼、中國、澳洲和英國,他們未必都在第二家園計劃下定居檳城。他說,英國的貨幣匯率強勁,就算州政府設定最低價,對他們來說還是負擔得起。

他說,對於那些沒有在第二家園計劃下定居檳城的外國人,因不需要根據規定必須在銀行存有一定數額的款項,他們可利用這些錢購買或租房屋。他說,據報告,外國人在檳城置業的巴仙率每年低過3%,州政府還是鼓勵外國人來檳城居住,只是必須購買高檔房屋。

 有效控制外國人買老屋

 對於限制外國人購買老房子改建為古蹟酒店,黃漢偉說,新政策下外國人在檳城要購買有地房屋最低價為200萬令吉,這有效控制外國人購買老房子。他說,據大馬產業服務及估價局報告,古蹟區內的房屋交易價格維持在100萬令吉至200萬令吉之間,落實新政策後,外國人只可購買200萬令吉以上的房屋,

低過有關價格的老房子將不得再購買,可控制外國人購買老房子。他說,落實有關政策,也可讓發展商在興建房屋時有新考量,以免興建過高價格的房屋後沒有買家。

檳保持亞洲第8適住城市 林民利憂外國人置產限制影響排名

檳城21日訊)由發展及人力資源分配方案供應商(ECA International),針對外籍人士居住條件而進行的全球最適合居住城市排名,公佈今年度亞洲最適合居住城市的排行榜,檳城喬治市和2011年的排名相同,維持在第8位,吉隆坡則從第9位下滑至第10位。

儘管檳城喬治市在"2012年亞洲最適合居住城市"排行榜中維持在亞洲排名第8;但馬來西亞第二家園計劃授權代理拿督林民利認為,州政府落實"外國人購買房產最低價"政策,或將使有意定居檳城的外國人放棄檳城,恐影響日後的排名。該供應商是依據氣候、醫療服務、房屋與相關設施、隔離程度、社交網絡、休閒設備、基礎建設、個人安全、政治氣氛及空氣品質等因素得出有關排名。

有關結果是為協助全球各企業人力資源部門制訂駐外員工的薪金制度。喬治市被評選為亞洲最適合居住城市第8名,林民利週六告訴《光明日報》,據外籍人士的回饋,他們來馬來西亞定居主要選擇3個州屬,包括檳城、馬六甲和沙巴。老外最愛檳甲沙他說,外國人尤其喜歡檳城,因為檳城仍屬半開發城市,而且消費低廉、人民熱情、沒有語言障礙和方便出入。不過,州政府日前宣佈7月將落實"外國人購買房產最低價",會影響外國人到檳城定居。

他說,州政府要鼓勵外國人來檳居住,不應該制定太多限制,以免他們被逼選擇到其他州屬居住。他認為,與其設定外國人購買房屋最低價,不如限制外國人購買古蹟區老房子後改建為古蹟酒店,因這些酒店都屬非法經營。檳州首席部長林冠英日前宣佈,外國人在檳城購買公寓最低價將從50萬令吉將調升至100萬令吉,在檳島購買有地房產則最低200萬令吉,至於馬來西亞第二家園計劃下的外國人,必須購買最低50萬令吉房屋,房屋只限購買2個單位。

.

.


PTPTN perlu guna konsep Islam, kata Hadi

Posted: 21 Apr 2012 02:07 AM PDT

hadi awang
KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu sahaja tetapi perlu melalui proses tertentu yang adil dan tidak membebankan sesiapa, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep Islam menyarankan golongan berada mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan miskin.

"Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku," katanya.

Kata beliau, teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.

"Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sekarang tidak mampu mengurus dengan baik dan ia dibuktikan banyak wang negara bocor akibat masalah rasuah dan penyelewengan.

Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

"Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

"Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan," katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka sejak seminggu lalu beliau menafikan dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) dalang di sebalik desakan supaya kerajaan memansuhkan PTPTN.

Kata beliau, dakwaan bahawa pembangkang mempergunakan pelajar demi mencapai kepentingan sendiri adalah satu tuduhan tidak munasabah kerana golongan itu bukan mudah untuk ditipu.

"Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah," katanya.

Menurut Abdul Hadi, pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, akta tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai dan terpulang kepada kumpulan mahasiswa terbabit sama ada terus berkhemah atau menamatkannya, dengan syarat keamanan dan keselamatan terjaga.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-perlu-guna-konsep-islam-kata-hadi-1.41757?localLinksEnabled=false

Apa... kami berhutang?' - Peneroka Felda di Melaka

Posted: 20 Apr 2012 06:10 PM PDT

20 April 2012
peneroka
SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit.

Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84.

Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996.

"Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan.

"Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya.

Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda.

"Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka.

"Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya.

Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah.

"Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561?localLinksEnabled=false

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Suu Kyi rancang pulau sidang Parlimen

Posted: 20 Apr 2012 10:14 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Aung San Suu Kyi (tengah) bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat NLD di hadapan ibu pejabat NLD di Yangon, semalam. - REUTERS

YANGON 20 April - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dan beberapa anggota parti pimpinannya yang baru dipilih ke Parlimen merancang memulaukan sidang Parlimen pada minggu depan kerana membantah satu perkataan dalam ikrar angkat sumpah.

Boikot itu menandakan perbalahan serius pertama antara parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) dengan kerajaan propembaharuan sejak berlangsungnya pilihan raya kecil di negara ini pada 1 April lalu yang menyaksikan pejuang prodemokrasi itu buat pertama kali dipilih ke Parlimen.

NLD mengumumkan pemulauan itu, hari ini selepas pihak berkuasa menolak rayuannya supaya meminda satu perkataan dalam ikrar angkat sumpah daripada 'melindungi' kepada 'menghormati' Perlembagaan yang digubal oleh bekas junta tentera negara ini.

Jurucakap NLD, Nyan Win berkata, partinya akan menulis surat kepada pejabat Presiden bagi meminta pihak berkuasa menimbangkan semula keputusan tersebut, tetapi penyelesaian pertikaian itu tidak mungkin dicapai sebelum Parlimen mula bersidang pada Isnin ini.

"Hari ini 20 April, kerana itu saya tidak melihat kemungkinan perkara ini sempat diselesaikan," katanya.

Presiden Thein Sein buat masa ini dalam lawatan ke Jepun.

Suu Kyi dan anggota Parlimen lain daripada NLD telah dijemput untuk mengambil kerusi masing-masing di dewan rendah pada Isnin depan berikutan kemenangan besar partinya dalam pilihan raya kecil itu, dengan memenangi 43 daripada 44 kerusi yang dipertandingkan.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu telah berkata, antara agenda utama beliau di Parlimen ialah menggesa supaya Perlembagaan 2008 dipinda kerana di bawah Perlembagaan itu, 25 peratus kerusi dewan dikhaskan untuk pegawai tentera yang tidak dipilih.

Ahli Parlimen baru NLD melihat ikrar angkat sumpah itu dalam bentuknya sekarang sebagai halangan dalam agenda untuk meminda Perlembagaan dan memainkan peranan berkesan di Parlimen yang dikuasai oleh tentera dan sekutunya. - AFP

12,500 pelarian Syria berlindung di Jordan - PBB

Posted: 20 Apr 2012 10:00 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

AMMAN 20 April - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan jumlah pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan kini hampir 12,500 orang pada bulan ini.

Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat.

"Kerajaan Jordan dan UNHCR percaya masih terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat Syria yang terdedah kepada bahaya di negara bergolak itu," katanya.

- AFP

Britain dedah fail zaman penjajahan

Posted: 20 Apr 2012 09:58 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LONDON 19 April - Britain semalam mula menyiarkan beribu-ribu fail sulit dari zaman penjajahannya, termasuk sebuah fail yang menyatakan nama bapa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan sebuah lagi yang memberi amaran mengenai pelajar 'antikulit putih' Kenya di AS.

Fail-fail tersebut, yang kewujudannya baru didedahkan tahun lepas, meliputi pelbagai tempoh kontroversi dalam sejarah selepas kejatuhan empayar Britain termasuk pemberontakan puak Mau Mau di Kenya dan zaman darurat di Tanah Melayu pada 1950-an dan 1960-an.

Pihak berkuasa Britain membawa dokumen itu balik ke London pada waktu kemerdekaan negara-negara berkenaan kerana kandungannya sensitif, malah mereka pernah merancang untuk membakar sesetengah fail sulit itu.

Jabatan Luar hanya mengaku menyimpan dokumen tersebut pada Januari 2011 apabila empat warga emas Kenya memfailkan saman terhadap kerajaan Britain berhubung penderaan yang didakwa mereka alami di kem tahanan Britain.

Sejumlah 8,800 fail itu disiarkan dalam enam peringkat mulai semalam oleh Arkib Negara Britain dan berakhir pada November 2013.

Bapa Obama dinyatakan sebagai 'OBAMA, Barrack H' dalam senarai pelajar Kenya di AS yang disediakan oleh pegawai Britain, lapor media Britain.

Beliau mendaftar sebagai pelajar di Universiti Hawaii pada 1959 dan berkahwin dengan Anne Dunham pada 1961, dan anak mereka lahir pada akhir tahun itu.

Satu memo yang dihantar oleh seorang diplomat Britain di Washington ke London pada 1959 melahirkan kebimbangan mengenai pelajar Kenya di AS, yang dikatakan mempunyai reputasi buruk di AS kerana terjebak dengan pengaruh negatif dan kerana bersikap anti-Amerika dan antikulit putih, lapor Daily Mail.

Dokumen lain mengandungi keterangan mengenai dasar penjajah Britain merampas ternakan penduduk yang disyaki membantu pemberontak Mau Mau di Kenya pada 1950-1962, dalam konflik yang meragut lebih 10,000 nyawa.

Pegawai arkib berkata, dokumen yang dipercayai hilang termasuk fail mengenai pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali, Tanah Melayu pada 1948 apabila 24 pekerja ladang getah yang tidak bersenjata ditembak mati oleh askar Britain dalam satu operasi membanteras komunis. - AFP

Wanita Jepun mati dibaham beruang terlepas kurungan

Posted: 20 Apr 2012 09:55 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TOKYO 21 April - Sekurang-kurangnya dua wanita terbunuh selepas seekor beruang terlepas dari kurungan di sebuah taman di utara jepun hari ini, lapor media tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja wanita yang berusia 70 tahun meninggal dunia selepas dibaham binatang buas tersebut, manakala rakannya pula yang berumur 60 tahun ditemui mati selepas beberapa jam hilang.

Taman yang terletak di wilayah Akita itu membela kira-kira 38 ekor beruang, lima yang dilaporkan terlepas dari kandang manakala enam lagi ditembak oleh pemburu di kawasan tersebut. - dpa

110 mayat nahas pesawat Boeing 737 ditemui

Posted: 20 Apr 2012 09:51 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

HUSSAIN ABAD, Pakistan 21 April - Sebanyak 110 mayat mangsa sebuah pesawat Boeing 737 yang terhempas dalam cuaca buruk sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad ditemui, lewat malam tadi.

Brigedier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas tersebut berkata, kebanyakannya sukar dikenal pasti berikutan keadaan pesawat yang hangus.

"Sisa pesawat bertaburan sehingga dua kilometer radius dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi," katanya.

Pesawat milik The Bhoja Air itu melakukan penerbangan dari Karachi, dengan membawa penumpang berjumlah 127, termasuk enam anak kapal, yang kesemuanya dikhuatiri terbunuh. - AFP

Gempa bumi kuat gegar Sumatera Utara

Posted: 20 Apr 2012 09:38 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 7.14 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini melaporkan pusat gempa itu terletak di 296 kilometer barat daya Simeulue, Indonesia dan 790 kilometer di barat daya Kampar, Perak.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Langkawi, Perlis dan Selangor susulan kejadian gempa itu. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Jurucakap bomba negeri terbabit ketika dihubungi pula berkata, mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada penduduk. - BERNAMA

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


BERSIH 3.0 [2012 TRAILER]

Posted: 20 Apr 2012 11:52 PM PDT

Ambiga: Pembaharuan ‘Terburu-buru’ Perundangan Sia-sia Tanpa Pilihan raya Yang Bersih

Posted: 20 Apr 2012 11:33 PM PDT

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 21 April — Pembaharuan "terburu-buru" perundangan negara menyaksikan rakyat kecewa dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran pilihan raya ke-13 semakin hampir, kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Datuk Seri Najib Razak dan pasukannya mungkin memperoleh mata tambahan apabila melaksanakan pindaan terhadap kebebasan umum, saat bersejarah buat politik Malaysia, namun beliau gagal melaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya, katanya.

Pemimpin itu menambah walaupun peruntukan penting dalam perundangan telah dimansuhkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, mereka melaksanakannya dalam keadaan terburu-buru, dan menimbulkan keraguan terhadap niat pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan.

"Bagi saya, pindaan dan pemansuhan akta yang seakan dipaksa di Parlimen, tanpa perbincangan sama sekali dengan pembangkang menimbulkan keraguan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Ini jelas membuktikan pilihan raya semakin hampir.

"Kita berada dalam keadaan terburu-buru, jelas, dengan pindaan yang diluluskan secara tergesa-gesa.

"Sesetengah pihak mungkin bersetuju … tapi ramai yang melihat kerajaan melakukannya semata-mata pilihan raya.

"Ini jelas menunjukkan sifat tidak ikhlas kerajaan," katanya.

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan: Pilihan raya semakin hampir. — Foto fail
Selepas tempoh dua penggal sidang Dewan Rakyat dan kira-kira enam bulan, kerajaan telah pun melaksanakan sejumlah besar pindaan terhadap undang-undang yang sekian lama dianggap undang-undang drakonian oleh pembangkang dan kumpulan organisasi masyarakat.
Antara kunci utama adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang mana menerima kritikan banyak pihak ekoran dakwaan kerajaan menyalahgunakan akta tersebut untuk mengancam pembangkang.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 adalah pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa dibicarakan selama tempoh dua tahun.

November lalu, sidang Dewan Parlimen meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011, akta baru yang dibentuk kerajaan bagi membenarkan orang ramai berhimpun selepas pihak berkuamenahan lebih 1,600 penunjuk perasaan dan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Pada sidang terakhir penggal Dewan Rakyat Khamis lepas, kerajaan turut memansuhkan peruntukan melarang mahasiswa terlibat dengan politik selepas meluluskan pindaan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Auku).

Dengan kesatuan yang julung kali dilihat antara BN dan Pakatan Rakyat (PR), kedua-dua para pemimpin bersetuju untuk memberikan kebebasan akademik dengan membenarkan penglibatan mahasiswa dalam kancah politik tanah air dan juga kampus.

Dewan Rakyat turut bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan permit kepada institusi media, dan meluluskannya pada 2.15 pagi semalam dengan melakukan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Walaupun akta itu mendapat persetujuan, pindaan itu melupuskan kuasa Putrajaya mengemukakan permit percetakan dan memansuhkan permit tahunan.

Antara pembaharuan lain adalah pindaan terhadap Akta Polis, rayuan terhadap Akta Buang Daerah 1959, dan Akta Kediaman Terhad 1933, pemansuhan tiga Deklarasi Darurat, dan pembentangan Rang undang-undang Ikatan Rawan Malaysia (RELA) 2012 yang menghadkan kuasa mereka terhadap penggunaan senjata api dan kuasa untuk menahan.

Namun begitu, pembaharuan perundangan ini jelas Ambiga, hanyalah "mainan psikologi" untuk rakyat bagi meletakkan kepercayaan dan menyokong Najib.

Menurut beliau, sesetengah pihak mungkin menyambut baik usaha itu, namun selebihnya akan sedar bahawa kunci utama untuk negara demokrasi adalah pilihan raya yang adil dan bersih.

Ini jelasnya, adalah kegagalan Najib yang terbesar dengan pembahruan terburu-burunya itu.

"Bagi saya, ada markah tambahan untuk pindaan-pindaan tersebut. Tapi … banyak lagi rungutan.

"Masih lagi berlaku ketiak puasan hati berhubung proses pilihan raya … adakah akan ada pilihan raya yang bersih dan adil selepas ini? Kita berasa sangsi. Kerana, pada pandangan saya, belum lagi dilaksanakan," katanya.

Antara langkah pembaharuan Najib adalah pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC), bagi penambahbaikan pilihan raya yang diwujudkan Oktober lalu bagi melaksanakan tuntutan Bersih dan pembangkang untuk membersihkan proses pilihan raya.

Namun begitu, apabila tamat tempoh enam bulan, panel dwipartisan itu membentangkan hasil laporan pada 2 April itu, yang mana Ambiga dan wakil pembangkang melihatnya sebagai satu kegagalan dalam pembaharuan sebenar yang tidak didedahkan panel.

"Lebih teruk lagi laporan itu dilulus tanpa perbahasan," katanya. "Lebih banyak lagi perkara akan dikeluarkan.

"Yang paling jelas adalah laporan itu tidak menyatakan dengan jelas tarikh pembaharuan tersebut. Sekiranya ada komitmen untuk melaksanakan 22 syor PSC sebelum pilihan raya ke-13, semuanya akan selesai."

Tambah Ambiga, BN telah melepaskan banyak peluang keemasan untuk meraih undi.

"Saya telah terangkan sebelum ini dan sehingga ke hari ini — sekiranya ada keinginan untuk pembaharuan sistem pilihan raya, populariti mereka akan meningkat," katanya. "Tapi pembaharuan mereka telah dilakukan untuk banyak perkara, tapi perihal pilihan raya, mereka gagal.

"Dan sekarang mereka kembali tersepit."

Bersih 3.0 telah menerima sokongan PR, termauk PAS, PKR, dan DAP akan turut mengerahkan anggota mereka berada di Dataran Merdeka pada jam 2 petang Sabtu depan.

Kerajaan telah memberikan lampu hijau kepada perhimpunan tersebut, atas semangat Akta Perhimpunan Aman, namun DBKL telah menolak permohonan mereka untuk menggunakan dataran bersejarah itu semalam untuk demonstrasi "Duduk Bantah" mereka.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


BN could suffer for attack on students

Posted: 21 Apr 2012 04:48 AM PDT

Kee Thuan Chye Free Malaysia Today April 21, 2012 Perception is what counts in politics. And the perception that has already set in among the discerning public, not only discerning students, is that Umno hired the thugs. COMMENT Barisan Nasional has probably just lost the votes of university students who are bright, perceptive and can [...]

Ambiga: ‘Whirlwind’ of law reforms pointless without clean polls

Posted: 21 Apr 2012 02:31 AM PDT

By Clara Chooi The Malaysian Insider Apr 21, 2012 KUALA LUMPUR, April 21 — The sudden “whirlwind” of legislative reforms to the country’s restrictive laws has left Malaysians both elated and disappointed in the ruling Barisan Nasional (BN) government ahead of the 13th general election, Bersih co-chair Datuk Ambiga Sreenavasan has said. Datuk Seri Najib [...]

Bersih 3 to herald Bersih Spring to bring about vital changes for an united progressive and prosperous Malaysia

Posted: 21 Apr 2012 02:11 AM PDT

by Dr. Chen Man Hin DAP life advisor BERSIH 3 will herald the Bersih Spring which will sweep throughout the country and bring about the changes to create a free, just and democratic multiracial, multilingual and multireligious society. The people have long hungered for a new society where all Malaysians are equal, and have equal [...]

Beyond bare minimum — From a Reformasi Mum to her Boy Named Justice

Posted: 21 Apr 2012 12:36 AM PDT

The Malaysian Insider Apr 21, 2012 APRIL 17—My dearest son: We all know that when taking care of a healthy child, the bare minimum required is proper food and shelter. And of course, where possible, lots of love and care. When the child is sick, the bar of bare minimum is raised to include proper [...]

Is the Security Offences Bill constitutional?

Posted: 21 Apr 2012 12:06 AM PDT

— Tommy Thomas The Malaysian Insider Apr 21, 2012 APRIL 21— Congratulations to Prime Minister Najib Razak who has single-handedly taken the necessary action to repeal the dreaded Internal Security Act, 1960 ("ISA") : Clause 32 (1) of the Security Offences (Special Measures) Bill 2012 expressly says so. It is fitting that 52 years after [...]

I am joining BERSIH 3.0 because I want my vote to count

Posted: 20 Apr 2012 11:43 PM PDT

by Mok Chuang Lian The Malaysian Insider Apr 21, 2012 APRIL 21 – I do not have confidence in the Malaysian electoral system. I am not confident that my vote will count, and that my voice will be heard. In a genuine, open democracy, each vote has equal value – every vote counts. There are [...]

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


JPS

Posted: 20 Apr 2012 05:00 PM PDT

BN

Posted: 20 Apr 2012 08:35 AM PDT

Pertanian

Posted: 20 Apr 2012 04:50 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


RM4.7 bilion kos PLKN boleh tampung 940,000 pelajar IPT

Posted: 20 Apr 2012 09:34 PM PDT

Kerajaan telah membelanjakan RM4.7 bilion dalam program PLKN yang melahirkan 629,052 orang pelatih. RM 4.7 bilion boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 940,000 orang pelajar Diploma di IPT.

KUALA LUMPUR, 12 Okt 2011 : Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

http://www.hmetro.com.my/articles/KerajaanbelanjaRM4_7bilionuntukPLKNsejak2004/Article

"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi)

http://malaysiakini.com/news/194193

Sumber dari laman web PTPTN

http://www.ptptn.gov.my/docs/KADAR%20PEMBIAYAANPTPTN-020611.pdf


Sarawak paling ramai miskin tegar

Posted: 20 Apr 2012 08:24 PM PDT

Utusan Malaysia

20 April 2012 - Sarawak mempunyai penduduk bandar miskin tegar paling ramai berbanding negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, berdasarkan semakan data e-Kasih sehingga 9 April lalu, negeri Bumi Kenyalang itu mencatatkan jumlah penduduk bandar miskin tegar seramai 3,672 orang, diikuti Sabah sebanyak 2,766 orang.

Beliau berkata, di Semenanjung Malaysia, Kelantan mempunyai penduduk bandar miskin tegar tertinggi iaitu seramai 1,649 orang sementara Selangor pula seramai 999 orang.

"Negeri-negeri lain jumlahnya tidak begitu ketara. Wilayah Persekutuan Putrajaya pula paling rendah kerana mempunyai hanya seorang ketua isi rumah yang miskin tegar," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Sabah bukan lagi negeri miskin

Berita Harian

18 Feb 2012 - Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan.

http://www.bharian.com.my/articles/Sabahbukanlaginegerimiskin/Article/

Bila mahu tanam semula kelapa sawit?

Posted: 20 Apr 2012 08:20 PM PDT


JEMPOL 19 April 2012 - Sebahagian peneroka di Blok 3, 4, 6 dan 10 di Gugusan Raja Alias 1, dekat sini memohon keprihatinan pihak pengurusan Felda supaya menyegerakan projek penanaman semula kelapa sawit di kebun mereka.

Seorang peneroka, Daimun Ibrahim, 52, memberitahu, mereka telah menunggu terlalu lama untuk penanaman semula kelapa sawit itu selepas bersetuju menyertai program Felda kerana yakin dengan pengurusan agensi tersebut.

''Kami telah diberi pilihan, sama ada melakukan penanaman semula secara sendiri atau menyertai program dianjurkan oleh Felda," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peneroka yang mahu menyertai program Felda itu dimaklumkan mereka akan diberikan wang sara hidup sebanyak RM840 sebulan dan perlu membayarnya semula apabila pokok sawit yang ditanam itu membuahkan hasil.

''Kini sudah hampir dua tahun, bayangkanlah jika wang diterima itu semakin meningkat, bermakna kami perlu membayar balik dengan jumlah yang besar kelak," ujarnya.

Jelasnya, pokok sawit yang sudah matang hanya boleh mengeluarkan hasil selepas berusia tiga tahun.

''Lihatlah kebun kami semakin semak, sampai bila kami harus menunggu," tegasnya.

Rakannya, Kamarudin Salleh, 55, juga melahirkan rasa sedih apabila memikirkan masa depan mereka dan mendakwa, pengurusan Felda telah melantik pihak koperasi untuk menjalankan kerja penanaman semula itu.

''Kalau mereka tidak boleh melakukan kerja itu, Felda kenalah ambil tindakan. Sedih saya apabila melihat benih pokok yang harus ditanam diletakkan begitu sahaja dalam kebun," katanya.

Sementara Abd. Aziz Yasin, 59, pula menjelaskan, ada rakannya yang tidak menyertai program Felda dan kini hanya menunggu hasil selepas melakukan tanaman semula secara sendiri.

''Saya yakin Felda sebuah agensi yang komited membantu peneroka, tetapi ia menjadi buruk apabila ada pihak yang diamanahkan tidak melaksanakan kerja dengan betul,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

'Apa... kami berhutang?'

Posted: 20 Apr 2012 08:16 PM PDT


'Apa... kami berhutang?'

20 April 2012

SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit.

Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84.

Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996.

"Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan.

"Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya.

Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda.

"Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka.

"Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya.

Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah.

"Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561

Nuffnang