Mohamad Taufek Abd Ghani |
- RM4.7 bilion kos PLKN boleh tampung 940,000 pelajar IPT
- Sarawak paling ramai miskin tegar
- Bila mahu tanam semula kelapa sawit?
- 'Apa... kami berhutang?'
RM4.7 bilion kos PLKN boleh tampung 940,000 pelajar IPT Posted: 20 Apr 2012 09:34 PM PDT Kerajaan telah membelanjakan RM4.7 bilion dalam program PLKN yang melahirkan 629,052 orang pelatih. RM 4.7 bilion boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 940,000 orang pelajar Diploma di IPT. KUALA LUMPUR, 12 Okt 2011 : Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. http://www.hmetro.com.my/articles/KerajaanbelanjaRM4_7bilionuntukPLKNsejak2004/Article "Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193 Sumber dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/docs/KADAR%20PEMBIAYAANPTPTN-020611.pdf |
Sarawak paling ramai miskin tegar Posted: 20 Apr 2012 08:24 PM PDT Utusan Malaysia 20 April 2012 - Sarawak mempunyai penduduk bandar miskin tegar paling ramai berbanding negeri-negeri lain.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, berdasarkan semakan data e-Kasih sehingga 9 April lalu, negeri Bumi Kenyalang itu mencatatkan jumlah penduduk bandar miskin tegar seramai 3,672 orang, diikuti Sabah sebanyak 2,766 orang.
Beliau berkata, di Semenanjung Malaysia, Kelantan mempunyai penduduk bandar miskin tegar tertinggi iaitu seramai 1,649 orang sementara Selangor pula seramai 999 orang.
"Negeri-negeri lain jumlahnya tidak begitu ketara. Wilayah Persekutuan Putrajaya pula paling rendah kerana mempunyai hanya seorang ketua isi rumah yang miskin tegar," katanya.
Sabah bukan lagi negeri miskin Berita Harian 18 Feb 2012 - Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan. http://www.bharian.com.my/articles/Sabahbukanlaginegerimiskin/Article/ |
Bila mahu tanam semula kelapa sawit? Posted: 20 Apr 2012 08:20 PM PDT JEMPOL 19 April 2012 - Sebahagian peneroka di Blok 3, 4, 6 dan 10 di Gugusan Raja Alias 1, dekat sini memohon keprihatinan pihak pengurusan Felda supaya menyegerakan projek penanaman semula kelapa sawit di kebun mereka.
Seorang peneroka, Daimun Ibrahim, 52, memberitahu, mereka telah menunggu terlalu lama untuk penanaman semula kelapa sawit itu selepas bersetuju menyertai program Felda kerana yakin dengan pengurusan agensi tersebut.
''Kami telah diberi pilihan, sama ada melakukan penanaman semula secara sendiri atau menyertai program dianjurkan oleh Felda," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, peneroka yang mahu menyertai program Felda itu dimaklumkan mereka akan diberikan wang sara hidup sebanyak RM840 sebulan dan perlu membayarnya semula apabila pokok sawit yang ditanam itu membuahkan hasil.
''Kini sudah hampir dua tahun, bayangkanlah jika wang diterima itu semakin meningkat, bermakna kami perlu membayar balik dengan jumlah yang besar kelak," ujarnya.
Jelasnya, pokok sawit yang sudah matang hanya boleh mengeluarkan hasil selepas berusia tiga tahun.
''Lihatlah kebun kami semakin semak, sampai bila kami harus menunggu," tegasnya.
Rakannya, Kamarudin Salleh, 55, juga melahirkan rasa sedih apabila memikirkan masa depan mereka dan mendakwa, pengurusan Felda telah melantik pihak koperasi untuk menjalankan kerja penanaman semula itu.
''Kalau mereka tidak boleh melakukan kerja itu, Felda kenalah ambil tindakan. Sedih saya apabila melihat benih pokok yang harus ditanam diletakkan begitu sahaja dalam kebun," katanya.
Sementara Abd. Aziz Yasin, 59, pula menjelaskan, ada rakannya yang tidak menyertai program Felda dan kini hanya menunggu hasil selepas melakukan tanaman semula secara sendiri.
''Saya yakin Felda sebuah agensi yang komited membantu peneroka, tetapi ia menjadi buruk apabila ada pihak yang diamanahkan tidak melaksanakan kerja dengan betul,'' ujarnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm |
Posted: 20 Apr 2012 08:16 PM PDT 'Apa... kami berhutang?' 20 April 2012 SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit. Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84. Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996. "Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan. "Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya. Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda. "Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka. "Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya. Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah. "Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan