. |
PTPTN perlu guna konsep Islam, kata Hadi Posted: 21 Apr 2012 02:07 AM PDT Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep Islam menyarankan golongan berada mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan miskin. "Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku," katanya. Kata beliau, teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti. "Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam. Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sekarang tidak mampu mengurus dengan baik dan ia dibuktikan banyak wang negara bocor akibat masalah rasuah dan penyelewengan. Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan. "Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN. "Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan," katanya. Mengulas mengenai perhimpunan sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka sejak seminggu lalu beliau menafikan dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) dalang di sebalik desakan supaya kerajaan memansuhkan PTPTN. Kata beliau, dakwaan bahawa pembangkang mempergunakan pelajar demi mencapai kepentingan sendiri adalah satu tuduhan tidak munasabah kerana golongan itu bukan mudah untuk ditipu. "Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah," katanya. Menurut Abdul Hadi, pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, akta tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai dan terpulang kepada kumpulan mahasiswa terbabit sama ada terus berkhemah atau menamatkannya, dengan syarat keamanan dan keselamatan terjaga. Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-perlu-guna-konsep-islam-kata-hadi-1.41757?localLinksEnabled=false |
Apa... kami berhutang?' - Peneroka Felda di Melaka Posted: 20 Apr 2012 06:10 PM PDT 20 April 2012 Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84. Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996. "Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan. "Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya. Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda. "Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka. "Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya. Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah. "Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya. Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561?localLinksEnabled=false |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan