Nurul Izzah Anwar |
10 Jul 2013: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENDIDIKAN] Posted: 10 Jul 2013 02:54 AM PDT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN [ Lembah Pantai ] TARIKH : 10 Jul 2013 (Rabu) (a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan (b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah. JAWAPAN (a) dan (b) Tuan Yang di-Pertua, Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM. Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013. Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh Kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara Kementerian dan graduan yang terlibat. |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan