Rabu, 10 Julai 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


PRK K.Besut: Undi Anak Tempatan N01 Azlan Yusof

Posted: 09 Jul 2013 06:25 PM PDT

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS.

Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. 



Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi.  

Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu.

Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.

Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi.

Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh".

Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu.


malaysiakini

PRK Kuala Besut, 16-16 Akan Berlaku

Posted: 09 Jul 2013 01:08 AM PDT


PRK KUALA BESUT PAS Besut mengajak rakyat khususnya para pengundi di N1 Kuala Besut agar bangkit menuntut hak mereka yang selama ini 'dicuri' untuk dikembalikan semula melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Julai nanti.
Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf berkata proses tersebut memerlukan keberanian bagi memilih PAS mewakili Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sekadar keberanian memprotes tetapi perlu diterjemahkan melalui peti undi yang dijamin selamat.

"Sudah ketikanya persekitaran kita (Besut) diubah. Fenomena dan lanskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik.

"Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan rakyat berada pada skala kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan untuk meraih sokongan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Che Long menegaskan PAS tidak bakhil untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas dasar keprihatinan membantu rakyat.

Namun, katanyag bantuan dan keprihatinan tersebut bukanlah hanya bermusim ketika menjelang pilihan raya sahaja seperti sekarang.

"Kalau pilihan raya kecil sebagai 'basic' untuk kerajaan turun bersimpuh di hadapan rakyat, maka wajar rakyat bergerak ke arah merealisasikan harapan, slogan dan formula 16:16 yang dilihat boleh melorongkan kepada suatu laluan ke arah Pilihan Raya Negeri semula bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kuat, padu dan berwibawa dibentuk untuk menerajui pemerintahan kerajaan negeri Terengganu," jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan 'mood' yang ada, kedudukan 16:16 tidak mustahil boleh dicapai kerana keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan kedudukan kerusi 15:17 membuktikan rakyat sedang bergerak ke arah perubahan.

- Harakahdaily

RM 800 Ribu Setahun Bagi Tujuan Penyelenggaraan & Naiktaraf Infra Sukan Seluruh Sselangor

Posted: 07 Jul 2013 06:11 PM PDT


SHAH ALAM 8 JULAI : Kerajaan Negeri memperuntukan RM 800,000 setahun bagi tujuan penyelenggaraan, membaikpulih dan naiktaraf infrastruktur sukan di seluruh Selangor.
Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, peruntukan itu termasuk bagi kerja membaiki dan menyelenggara gelanggang futsal.
"Jumlah penyelenggaraan serta naik taraf infrastruktur sukan untuk Selangor adalah RM 800,000 setahun.
"Dari jumlah itu, setiap RM 16,000 akan diagihkan kepada 56 Dun seluruh Selangor untuk kerja baikpulih atau naik taraf kemudahan sukan termasuk gelanggang futsal.
"Ia tidak begitu besar tetapi kita melihat keutamaan dengan kawasan tertentu dikenalpasti dengan kerosakan teruk akan kita baiki segera," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.
Beliau berkata begitu menjawab pertanyaan Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.
selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang