Isnin, 1 Julai 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Nurul Izzah: Pastikan negara dapat seperti dijanjikan TPPA

Posted: 01 Jul 2013 07:03 AM PDT

Alfian ZM Tahir | July 1, 2013
Tubuhkan sistem yang lebih berstruktur dan wujudkan kumpulan khas bagi memastikan perjanjian TPPA ditepati.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menekankan struktur yang lebih kukuh seperti yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat yang menubuhkan Kesatuan Dagangan untuk dilaksanakan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Naib Presiden PKR mencadangkan supaya mewujudkan satu kumpulan khas untuk meneliti perjanjian TPPA dan memastikan negara mendapat apa yang dijanjikan daripada perjanjian tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri satu forum anjuran Blindspot pada malam khamis lepas. Forum tersebut dihadiri oleh beberapa ahli politik dan dari badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Adun Hulu Klang Saari Sungib dan bekas Pengerusi MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyoal adakah Malaysia mampu melakukan perkara yang sama. Ini kerana analisa kos faedah (CBA) yang dijanjikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih belum diterima.

Seorang panelis lain, Dr Rosli Yaacob menerangkan bahawa perjanjian TPPA adalah kerangka konsep dari NAFTA (FTA antara AS, Kanada dan Mexico).
Oleh itu, kesan kesan negatif daripada konsep NAFTA tersebut bakal dirasai oleh Malaysia sendiri.

"Maka kita boleh menjangkakan kesan-kesan negatif yang boleh berlaku di bawah perjanjian TPPA ini berdasarkan beberapa pertikaian dan litigasi yang telah berlaku dalam perjanjian NAFTA tersebut" ujar Dr Rosli.

TPPA adalah penjajahan Amerika

Manakala, Prof Nazari Ismail yang juga pensyarah di Universiti Malaya berkata, suasana perniagaan di saat ini sedang merudum akibat dua ciri utama – syarikat yang besar dan hutang yang banyak.

Beliau juga menyanggah pandangan bahawa TPPA ini adalah penjajahan Amerika kerana rakyat Amerika sendiri sedang merana akibat polisi TPPA.

"Punca utama masalah ialah sistem yang salah yang bertunjangkan industri kewangan. Apa yang perlu ialah perubahan kepada sistem yang menjadi konteks perniagaan sekarang," kata Nazari.

Wakil ketua perunding Malaysia J.Jayasiri yang dijemput untuk sesi soal jawab pula berkata beliau akan memastikan perjanjian ini bakal membawa manfaat kepada Malaysia.

Beliau menambah, adalah penting untuk semua memahami isu 'paten' untuk harta intelek.

Forum tersebut bertujuan untuk memastikan bahawa perjanjian TPPA akan mengutamakan kepentingan kedaulatan negara dan kebajikan rakyat lebih dari apa apa manfaat perdagangan.

Turut dibincangkan adalah perjanjian TPPA harus melalui penelitian daripada parlimen atau jawatankuasa khas parlimen dan bukannya dibuat oleh kabinet.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/01/nurul-izzah-pastikan-negara-dapat-seperti-dijanjikan-tppa/

Tiada ulasan:

Nuffnang