Direct Free Kick |
SOALAN NO. 4 DI DEWAN NEGERI SELANGOR HARI INI. Posted: 01 Jul 2013 01:38 AM PDT PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B TUAN BUDIMAN BIN MOHD ZOHDI ( SUNGAI PANJANG ) YANG DIJAWAB OLEH YB ISKANDAR ABDUL SAMAD ( EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANDAR DAN PENEROKA BANDAR ) TAJUK : MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI Manifesto Pkatan di PRU-12 meliputi antaranya membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar a) Nyatakan bilangan rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2013? b) Nyatakan skim-skim perumahan untuk membantu mereka? JAWAPAN : a) Untuk makluman Yang Berhormat secara keseluruhannya, seramai 15,105 orang pemohon telah ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh tahun 2008 hingga 2013. Manakala seramai 1,568 orang pemohon telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik semenjak ia mula diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013. Pecahan tawaran mengikut jenis rumah adalah seperti jadual di bawah: i) Pemohon yang berjaya ditawarkan RKR dari tahun 2008 sehingga 30 Mei 2013.
Beberapa penambahbaikan telah dilakukan kepada proses penawaran RKR pada sessi lepas iaitu, a.) Pemilihan nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan dilakukan oleh satu jawatankuasa berpusat kendalian Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk memastikan pengagihan yang adil dan bebas dari campurtangan politik. b.) Mempamerkan nama-nama pemohon yang berjaya bagi projek-projek baru pada laman web LPHS selama 2 minggu untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk melakukan bantahan. ii) Pemohon yang berjaya ditawarkan Rumah Mampu Milik dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.
b) Di antara skim-skim untuk membantu rakyat memilik rumah sendiri yang telah laksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut, i) Rumah Kos Rendah - Meneruskan polisi mewajibkan para pemaju membina RKR dengan harga jualan di bawah RM42,000 seunit untuk projek-projek melebihi lebih dari 10 ekar.. - RKR adalah untuk golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan. ii) Rumah Mampu Milik Selangor - Melancarkan program RMM Selangor dengan harga jualan buat masa ini di antara RM85,000.00 sehingga RM120,000 seunit untuk mereka yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM6,000 sebulan. iii) Bantuan Mendapatkan Pinjaman Perumahan. - Kerajaan Negeri pada peringkat akhir rundingan dengan sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli RKR di Rimba Jaya ( Shah Alam ) dan Sg Sering ( Hulu Kelang ) dan peneroka bandar di Pandan Jaya ( Ampang ). SOALAN TAMBAHAN-TAMBAHAN 1.) Yang Berhormat Sg Panjang - Memang tidak ada penawaran RKR dan RMM di daerah Sabak Bernam. - Untuk penggal yang akan datang usaha-usaha untuk menyediakan kediaman di daerah Sabak Bernam akan dilakukan bersama potfolio yang baru dibentuk iaitu Pembangunan Desa di bawah Yang Berhormat Sabak. - Walau bagaimanapun pada penggal lepas satu projek RMM oleh Pebadanan Negeri Selangor Berhad telah dilancarkan di Ladang Air Manis, Sabak Bernam. 2.) Yang Berhormat Taman Medan - Bantuan kepada pembeli-pembeli untuk mendapatkan pinjaman itu adalah berbeza dari skim pinjaman Kerajaan Negeri yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk Pilihanraya Umum ke 13. - Walau bagaimanapun ia boleh menjadi perintis kepada program tersebut. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan