N50 Dun Sri Muda |
- Harga Ayam , Konflik Orang Tengah ?
- 34 Syarikat Diberi Lesen Import Ayam
- TPPA :Banyak Bidang Yang Belum Dipersetujui
Harga Ayam , Konflik Orang Tengah ? Posted: 15 Jul 2013 08:44 PM PDT SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat. Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, ada orang mengawal pengeluaran ayam menjelang musim perayaan. "Bukan peruncit sengaja menaikkan harga, tetapi apabila pengedar meletakkan harga tinggi maka mereka terpaksa menjualnya dengan harga yang tinggi juga. "Bagaimanapun, ada hubung kait di antara pengeluar, orang tengah (pengedar) dan peruncit yang boleh menjadi penentu kepada kenaikan harga ayam," katanya. Katanya, pengguna berkuasa menghalang kenaikan harga barang. Undang-undang sahaja tidak mampu menyekat secara keseluruhan. "Kita tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan sahaja. Pengguna perlu boikot atau kurangkan pembelian agar penjual dan pengedar lebih bersikap adil kepada pembelinya," katanya. Tindakan seumpama itu, katanya, mampu memberi kesan jangka panjang. "Semua perlu bersatu bertindak pada pasaran bagi memastikan harga itu mampu dikawal di tangan pengguna sendiri. "Orang kaya walaupun mampu beli ayam dengan harga RM10 sekilogram, juga perlu boikot sama sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada orang miskin," katanya. Tambah beliau, kerajaan juga perlu menyokong pendekatan ini dan memberi penerangan yang lebih meluas agar situasi sama tidak berulang apabila menjelang musim perayaan. sinarharian |
34 Syarikat Diberi Lesen Import Ayam Posted: 15 Jul 2013 07:47 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) sepatutnya membantu menyelesaikan krisis kenaikan harga ayam, bukan mencadangkan rakyat bertukar selera ke sumber protein lain seperti disaran menterinya, Datuk Hasan Malek. Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, fungsi asas kewujudan KPDNKK untuk memastikan harga-harga barang terkawal mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan. "Hasan patut sedar fungsi KPDNKK, sama ada rakyat perlu bertukar selera atau tidak bukan dia yang tentukan. "Bila berlaku kenaikan harga, tanggungjawab menteri memantau dan menghukum peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, "Bukan melepaskan tanggungjawab dengan saranan dangkal," kata Johari kepada Keadilandaily. Semalam, Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. Johari menambah, KPDNKK sewajarnya meningkatkan kepekaan dan tanggungjawab untuk membantu rakyat agar boleh membeli barang keperluan pada harga berpatutan. "Tingkatkan kualiti penyeliaan dan pemantauan. Babitkan lebih banyak pihak di setiap peringkat, dari kementerian hingga pengguna. "Penghulu, ketua kampung, pegawai terlibat dan pengguna mesti digesa menjadi mata dan telinga kerajaan agar sebarang penyelewengan harga boleh dibanteras segera," katanya. keadilandaily |
TPPA :Banyak Bidang Yang Belum Dipersetujui Posted: 15 Jul 2013 07:31 PM PDT Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang membabitkan 12 negara, tidak akan ditandatangani pada Oktober ini seperti yang dijangkakan pada mulanya kerana ada banyak bidang yang belum dipersetujui. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata rundingan TPPA itu adalah rundingan antara pihak yang setara tetapi jika satu pihak tidak bersetuju, rundingan perjanjian itu tidak akan selesai. "Perkara yang paling penting ialah kita tidak akan bertolak ansur dari segi kedaulatan Malaysia dan kita akan berpegang kepada dasar kita. "Kita menggunakan kemahiran berunding untuk mengetepikan perkara yang menyentuh kedaulatan," katanya di forum dan dialog Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia mengenai TPPA di Kuala Lumpur, semalam. Pada Oktober 2010, Malaysia mengambil bahagian sebagai satu pihak dalam rundingan TPPA itu. Sta Maria berkata, Malaysia memilih untuk mengambil bahagian dalam rundingan TPPA lebih awal untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam proses rundingan itu dan supaya dapat mempengaruhi keputusan. Mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau berkata isu berkaitan dengan PKS termasuk dalam rundingan TPPA itu. – Bernama, |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan