Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:15 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Tahniah Selangor Dinobat Juara SUKMA

Posted: 09 Jul 2013 03:27 AM PDT




'Kali Inilah' Selangor Kembali Juarai Sukma XVI

Nazli Ibrahim/Selangorku/Admin


SHAH ALAM 8 JULAI: Selepas enam tahun, Selangor kembali menguasai pentas sukan negara apabila dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI) yang berlangsung dari 28 Julai hingga semalam.

Kejuaraan tersebut diraih selepas kontinjen Sukma XVI Selangor berjaya menggondol 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa dalam temasya sukan yang berlangsung di Kuala Lumpur itu.

Sementara Terengganu yang meraih 19 pingat emas, 13 perak dan 13 gangsa pula bergelar naib juara, sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yang disandang selama empat kejohanan Sukma berturut-turut.

Manakala Selangor yang menjuarai kejohanan Sukma buat kali ke lapan kali ini, muncul sebagai negeri paling banyak bergelar juara dalam sejarah Sukma.

SUKMA XVI 02Kontinjen Selangor dengan slogannya, "Kali Inilah Selangor Juara" pertama kali bergelar juara pada 1988, diikuti enam kali berturut-turut dari 1996 hingga 2006.

"Tahniah kepada 'chief de mission', Dr Ahmad Yunus, Timbalan, Amiruddin Shari, Majlis Sukan Negeri Selangor dan para atlit yang berkerja keras," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus ketika ditemui sejurus selesai perasmian penutupan Sukma XVI di Stadium Mini Bukit Jalil malam tadi berharap kemenangan ini akan menjadi pencetus semangat baru kepada semua pihak untuk membangunkan mutu sukan di Selangor.

"Selain daripada meraih kemenangan, saya harap atlit-atlit yang dibentuk dalam pembangunan itu nanti bukan sahaja menuju kepada kejuaraan diperingkat Sukan Malaysia, tetapi cemerlang di peringkat kebangsaan dan akan melahirkan atlit sukan peringkat antarabangsa," kata Dr Ahmad Yunus.

Dr Ahmad Yunus juga menyifatkan kejayaan ini dicapai dari hasil usaha semua pihak terlibat dan keprihatinan DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Dr Ahmad Yunus berharap agar peruntukan sukan di Selangor dapat dipertingkatkan bagi pembangunan sukan dan sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan Sukma yang bakal diadakan di Perlis tahun depan.

"Walaupun peruntukan kita cuma RM 5 juta berbanding negeri lain kira-kira RM 10 juta, natijahnya dengan semangat atlit, kita mampu menjadi juara.

"Sungguh pun begitu, untuk lebih maju lagi, kita perlukan satu peruntukkan sukan lebih besar lagi untuk majukan sukan Negeri Selangor," katanya lagi.

Timbalan Ketua Kontinjen, Amiruddin Shari berkata beliau sudah pun membawa perkara ini dalam Dewan Negeri Selangor dengan menggesa agar peruntukan pembangunan sukan di Selangor ditambah sekurang-kurangnya ke hampir RM 10 juta setahun.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP