:: cina islam | 2011 :: |
- Ramadhan bulan jihad
- Video Pemasangan Tawaf Bertingkat (Mataf)
- Pemuda pas gesa tarik balik pelantikan Azeez
- Calon Kuala Besut: Perlukan PAS Harus Turunkan Nama Besar ?
- Hotel runtuh, 11 terkorban
- 3,000 Polis Termasuk 200 Pegawai Kawal PRK Kuala Besut
- NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta
- Cara solat terawih sendirian
- Jurutera JPS Putrajaya calon BN PRK DUN Kuala Besut
- Harga ayam cekik darah pengguna
- PAS tawar pembangunan komprehensif di Kuala Besut
- Pelajar disamun
- Pemuda PAS kesal TV3 label Morsi diktator
- PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir
- Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding
- Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan - Guan Eng
- Krisis Mesir Terkini :Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak
- Selamat datang Ramadhan...
- Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan
- Siapa calon PAS dan BN ?
- Pilihanraya Parlimen Mesir diadakan pada 2014
- Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera
- Indonesia puasa esok, Muhammadiyah hari ini
- Tahniah : Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan.
- Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam
Posted: 09 Jul 2013 04:04 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ramadhan bulan jihad. Jihad melawan hawa nafsu serta jihad memenangkan perjuangan Islam. Kini Ramadhan datang kembali dalam keadaan saudara kita di Syria masih dicengkam kezaliman Regim Bashar Asad dan kuncu-kuncunya. Saudara kita di Mesir pula sedang dirompak kemenangan rakyat oleh regim tentera yang di dalangi oleh Israel dan AS. Pada waktu yang sama saudara kita di Palestine, Burma terus dibuli. Ramadhan kali ini juga kita berhadapan dengan PRK Kuala Besut yang hangat diperkatakan oleh orang ramai bagi mencatat sejarah 16 - 16 Terengganu Baru. Suaatu rekod yang akan menjadi catatan sejarah politik negara seandainya pengundi memberi mandat kepada PAS. 16-16 bukan sahaja pengundi di Kuala Besut yang ingin melihat keadaan tersebut, bahkan seluruh negara, kerana ini adalah sejarah tersendiri. Dalam suasana ini, Ramadhan datang kembali membawa seribu rahmat. PAS mengucapkan selamat datang ya Ramadan. Semoga keberkatan, rahmat dan keampunan akan kita peroleh. Marilah kita bersama menyumbang tenaga, wang ringgit dan doa agar kita berjaya mencapai kemenangan yang sangat penting ini. Kepada para petugas yang telah berkorban meninggalkan keluarga dan tugas harian turun ke Kuala Besut bagi membantu jentera parti, kita ucapkan siru ala barakatillah. Semoga kita memperoleh ganjaran besar berjihad pada bulan Ramadhan. Suatu nikmat yang jarang kita peroleh. Manakala yang tidak berkesempatan untuk hadir, biarlah wang ringgit, munajat doa agar kita berjaya. Setiap orang daripada kalangan ahli parti mesti menyumbang sesuatu agar ia menjadi saksi depan Allah di hari akhirat nanti. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Senyum. | ||
Video Pemasangan Tawaf Bertingkat (Mataf) Posted: 09 Jul 2013 03:18 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - http://ini-kalilah.blogspot.com Assalamualaikum... terbaru gambar-gambar yang diambik dari sahabat admin yang bekerja di Makkah Al Mukaramah. Kerja-kerja pemasangan tawaf bertingkat (Mataf) sedang rancak dijalankan. Saksikan video simulator cara pemasangan tawaf bertingkat (Mataf) oleh syarikat terkemuka BinLaden Group.. | ||
Pemuda pas gesa tarik balik pelantikan Azeez Posted: 09 Jul 2013 03:00 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan menarik balik pelantikan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ekoran memiliki rekod yang buruk dalam pentadbiran syarikat. Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata Tabung Haji sebelum ini telah menghentikan pelantikan pengerusinya daripada ahli politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Menurutnya, Abdul Azeez juga mempunyai rekod yang tidak baik apabila projek perladangan Tabung Haji mempunyai masalah sekali gus menimbulkan kebimbangan dengan kredibilitinya untuk menguruskan dana. "Beliau dilihat tak layak dan memegang amanah tersebut di mana yang pertama beliau adalah ahli politik. Ia memerlukan integriti dan ketelusan untuk menguruskan dana. "Tabung Haji melibatkan dana umat Islam dan dana orang miskin yang mencarum hampir jumlah 60 bilion. Kerajaan perlu pandang serius perkara ini jangan hanya melantik sesiapa sahaja. "Lagipun beliau mempunya 'track rekod' yang tidak menunjukkan yang beliau benar-benar berkelayakan," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini. sinarharian.com.my | ||
Calon Kuala Besut: Perlukan PAS Harus Turunkan Nama Besar ? Posted: 09 Jul 2013 02:52 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: PAS harus berfikir di luar kotak dan menurunkan nama-nama besar yang tewas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata untuk menang di kubu kuat Umno, calon PAS haruslah seseorang yang terkenal di peringkat kebangsaan berbanding hanya dikenali di peringkat akar umbi sahaja. "Kedua-dua cara itu boleh digunakan. Pendekatan berprofil tinggi mungkin berkesan, ia menunjukkan parti itu melihat para pengundi dan pilihan raya itu dengan amat serius. "Namun mereka juga boleh mendapat faedah dengan menurunkan calon yang dikenali penduduk di kawasan itu. Saingan pasti sengit kerana ia kubu kuat Barisan Nasional. Siapa yang mereka pilih, PAS perlu memberikan tentangan sengit ," katanya kepada The Star Online. Penganalisis Politik, Khoo Kay Peng berkata ia mungkin memberi manfaat untuk menurunkan nama-nama besar seperti Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (yang tewas di kerusi DUN Nusajaya) atau Timbalan Presiden Mohamad Sabu (tewas di kerusi Parlimen Pendang). "Ia ada pro dan kontra - ia akan kelihatan menarik. Namun jika nama-nama besar itu tewas, ia amat teruk untuk karier politik mereka. Di sebalik momentum kerana DAP di Johor, Salahuddin masih gagal menangi kerusi ditandinginya. Jika dia tewas buat kali kedua, ia akan kelihatan amat teruk," katanya. Khoo berkata, seseorang yang rapat dengan penduduk di kawasan itu mempunyai peluang cerah memandangkan Kuala Besut merupakan kawasan luar bandar di mana penekanan lebih diberikan terhadap masyarakat di sana. Perkara itu turut dipersetujui Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad yang berkata calon ideal harus menjadi penduduk kelahiran Kuala Besut. "Kita tidak memerlukan calon berprofil tinggi, kita perlukan seseorang yang popular di peringkat akar umbi, seseorang pengundi yang tahu dia boleh berkhidmat kepada masyarakat di sana." Mat Sabu turut bersetuju dengan berkata adalah lebih baik menurunkan calon penduduk setempat untuk bertanding pada PRK. PAS akan mengumumkan calonnya di Kuala Besut yang mempunyai kira-kira 17,683 pengundi pada malam Selasa. Mstar/- | ||
Posted: 09 Jul 2013 02:49 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - MUMBAI - INDIA. Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 14 cedera apabila hotel dua tingkat runtuh di Secunderabad, selatan India, semalam. Pegawai polis tempatan, B Surender berkata, runtuhan membabitkan Hotel City Light berusia 80 tahun itu dipercayai berpunca daripada struktur bangunan yang sudah terlalu lama. "Kami menjangkakan lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Premis berhampiran juga mengalami kerosakan teruk akibat daripada gegeran runtuhan," katanya. Kira-kira 10 jentera dan lebih 50 anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat termasuk anak pemilik bangunan berkenaan. Saksi berkata, sebelum kejadian, petugas melihat kesan retakan dan merasai gegaran. "Mereka bertindak melarikan diri. Namun, bangunan itu ranap sekelip mata," katanya dipetik Al- Jazeera Sementara itu, Pesuruhjaya Perbandaran Hyderabad, Krishna Babu berkata, sebilangan besar bangunan di wilayah selatan negara itu diklasifikasikan sebagai berusia dan pemilik bangunan telah diberi notis mengenai risiko runtuhan. April lalu, seramai 74 orang maut dalam insiden sama tengah Mumbai. sinar/- | ||
3,000 Polis Termasuk 200 Pegawai Kawal PRK Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 02:47 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA BESUT: Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu. "Sepanjang tempoh kempen bermula 12 Julai hingga 24 Julai hari mengundi polis akan mewujudkan 25 pos kawalan di setiap lokasi yang kita anggap adalah kawasan panas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kuala Besut di sini Selasa. Beliau berkata langkah keselamatan yang diambil adalah untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu. Menurutnya polis menjangkakan jumlah kenderaan dan orang luar yang datang ke Kuala Besut sama ada jentera parti politik yang bertanding atau pemerhati akan bertambah dalam beberapa hari lagi. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 km persegi.Sementara itu beliau mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika berkempen. Jamshah berkata setakat ini polis belum lagi menerima sebarang permohonan dan permit untuk kempen PRK di Kuala Besut. "Kita akan mengadakan perjumpaan dengan parti-parti yang bertanding dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan peraturan yang perlu mereka patuhi, " katanya. - BERNAMA | ||
NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta Posted: 09 Jul 2013 02:38 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dalam keadaan sekarang, dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi oleh kerajaan. Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. "Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Kenyataan penuh seperti di bawah. Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC. Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini. Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini. Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas. Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas). Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan. Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya. Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta. Ini adalah kerana sebab-sebab berikut: 1. NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis. 2. Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset. 3. Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat. Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi. harakahdaily/- | ||
Posted: 09 Jul 2013 02:27 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Soalan; 1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian? 2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat. Jawapan; 1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. 2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu "Solat Terawih". Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain. http://fiqh-am.blogspot.com/ | ||
Jurutera JPS Putrajaya calon BN PRK DUN Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 02:17 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA BESUT: Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon profesional iaitu Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya, Tengku Zaihan Che Abdul Rahman sebagai calon BN pada 24 Julai ini. Tengku Zaihan yang berusia 37 tahun adalah ahli UMNO biasa bagi cawangan Kuala Besut. Timbalan Presiden BN mengumumkan perkara ketika berucap di Dataran Besut sebentar tadi. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. | ||
Harga ayam cekik darah pengguna Posted: 09 Jul 2013 01:33 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - DUNGUN - Peniaga yang menjual ayam pada harga terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna akan berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, banyak rungutan ditimbulkan pengguna berikutan harga barang kawalan itu yang dikatakan naik secara mendadak di sesetengah tempat menjelang Ramadan. Roslee berkata, sekiranya peniaga tetap berdegil mengekalkan harga yang mahal, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas. "Orang ramai juga perlu peka dengan keadaan ini, jika peniaga tetap berdegil, pengguna seharusnya mencari alternatif lain untuk membeli barang yang lebih murah di pasaran. "Jika semua pengguna boikot barang mahal, peniaga akan rugi dan akhirnya mereka menurunkan harga mengikut kadar yang berpatutan," katanya yang juga Adun Bukit Besi. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 238 warga pendidik di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, petang semalam. Sementara itu, pengguna, Kasmah Ibrahim, 47, mendakwa, dia membeli ayam di sebuah kedai di pekan Besut kelmarin, dengan harga RM9.50 sekilogram, selain di Ajil dengan harga RM10 sekilogram. Katanya, harga itu terlalu mahal berbanding sebelumnya iaitu RM8.80 sekilogram. "Nak beli ikan, harga lagi mahal. Jika anak ramai lagi tak cukup. Jadi, peniaga yang naikkan harga ayam ini memang tak patut," kata Kasmah yang bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau Kerteh. Sementara itu, tinjauan di beberapa lokasi termasuk pasar dan pasar raya di bandar Dungun mendapati harga ayam masih dijual dengan harga RM8.80 sekilogram. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) Dungun Ahmad Mahmood berkata, beberapa pegawai KPDNKK kini ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam di pasaran terutama sepanjang Ramadan. "Jika berlaku kenaikan, kita harap orang ramai dapat melaporkan pada kita untuk tindakan segera," katanya. sinar/- | ||
PAS tawar pembangunan komprehensif di Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 01:17 AM PDT
Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri itu masih miskin dan keadaan ini juga sama seperti di Kuala Besut. "Dengan kekayaan Terengganu itu wakil rakyat mewah tetapi rakyat masih berada di tahap yang sama. Rakyat bekerja kuat tetapi kemudahan mereka sebagai rakyat tidak diberikan secara berkesan," katanya ketika ditemui Harakahdaily. Bahkan katanya, oleh kerana ruang pekerjaan yang tidak ada maka anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap di samping pendapatan yang rendah sedangkan kos yang ditanggung membebankan mereka. Husam juga mengingatkan para pengundi Kuala Besut agar bijak memilih pemimpin kerana ia bakal menentukan masa depan mereka. "Kalau rakyat Kuala Besut terima wang semasa PRK, bila habis PRK maka habislah... tetapi kalau mereka pilih calon kita yang memperjuangkan tuntutan kekayaan yang menyeluruh serta berpanjangan yang akan dikongsi bersama-sama," katanya. Justeru katanya, jika masa pilihan raya mereka mendapat duit daripada BN, maka lepas pilihan raya mereka akan dapat faedah berpanjangan jika mereka memilih PAS. "jadi cadangan kita mana-mana bantuan daripada Umno yang masuk dalam PRK, rakyat boleh ambil supaya mereka boleh dapat faedah lagi untuk jangka panjang, tetapi mereka pilih PAS. Semua faedah mereka dapat," katanya. PRK Kuala Besut dijadualkan akan berlangsung pada bulan puasa di mana penamaan calon pada 12 Julai manakala hari mengundi pada 24 Julai iaitu hari Rabu. harakah/- | ||
Posted: 09 Jul 2013 01:06 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki. Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini. Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka. MOHAMAD menunjukkan kecederaan di muka dan badannya. "Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad. metro/- | ||
Pemuda PAS kesal TV3 label Morsi diktator Posted: 09 Jul 2013 12:23 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan pemberitaan TV3 yang menggelar Presiden Mesir Dr. Mohammad Morsi sebagai seorang diktator. Amat mendukacitakan bagi TV3 sebagai salah satu saluran media perdana negara untuk membuat kenyataan sebegitu yang bunyinya senada dengan kenyataan media Zionis Israel yang rata-ratanya meraikan kudeta tentera Mesir. Pemberitaan TV3 ini sebenarnya semakin menyerlahkan kebingungan media arus perdana negara menanggapi isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya. Pemerintahan Hosni Mubarak ala kuku besi dengan dokongan tentera selama lebih tiga puluh tahun di Mesir tidak dihukum sebagai zalim. Tetapi pentadbiran Dr. Mohammad Morsi yang cuma berusia setahun jagung, ditegakkan pula secara sah melalui pilihanraya bebas kini dilabel diktator oleh TV3? Dr. Mohammad Morsi bukan sahaja seorang teknokrat yang pernah menimba pengalaman di dunia Barat, beliau juga seorang mursyid yang tekun mendampingi ulama' dan masjid. Malah beliau dan keluarga adalah dari golongan huffaz. Apakah ini ciri seorang pemimpin diktator? Sepanjang tempoh memimpin Mesir, beliau menolak khidmat kawalan sekuriti peribadi agar rakyat mudah mendekati beliau. Kehidupan beliau amat sederhana, tinggal di rumah sendiri dan mengunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi. Apakah ini juga sikap seorang pemimpin diktator? Dikala rejim Mubarak menyekat laluan keluar masuk rakyat Palestin malah bersekongkol dengan Zionis ketika Gaza diserang, kerajaan Mesir di bawah Dr. Mohammad Morsi membuka pintu sempadan bagi membolehkan penduduk Palestin mendapatkan bekalan. Kini rejim baru haram Mesir dilaporkan telah mengetatkan semula laluan keluar-masuk penduduk Palestin dan tindakan ini pastinya menggembirakan rejim Zionis Israel. Di dalam tempoh 48 jam selepas penggulingan, rejim baru haram Mesir juga telah membubarkan Dewan Senat, menggantung perlembagaan dan menutup stesen media. Malah berpuluh-puluh penyokong Dr. Mohammad Morsi terkorban ditembak oleh tentera. Bukankah ini tindakan diktator dan suatu pengkhianatan kepada pendemokrasian Mesir? Kenapa pihak media seperti TV3 tidak mengecam perkembangan ini? Dewan Pemuda PAS oleh itu akan menghantar memorandum kepada Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada hari Rabu ini sebagai bantahan kepada pemberitaan TV3 mengenai perkembangan di Mesir. Kami menggesa pihak media di negara ini untuk melaporkan perspektif yang adil dan bukannya terus menjadi penyambung lidah musuh-musuh Islam yang giat mencalar maruah pendokong-pendokongnya. Kamaruzaman Mohamad Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir Posted: 09 Jul 2013 12:21 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - harakahdaily.net KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya. Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini. Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat Khalid Samad. Wakil NGO terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) serta Gabungan Mansuhkan ISA (GMI). Sementara itu, pihak kedutaan menghalang wakil PAS Dr Syed Azman untuk turut serta bersama NGO masuk menyerahkan memorandum. Difahamkan alasan penolakan tersebut kerana menganggap PAS adalah Ikwan Muslimin di Malaysia. | ||
Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding Posted: 09 Jul 2013 12:17 AM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ketua jentera PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Datuk Husam Musa berkata Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh bersikap angkuh kerana meminta agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut. "Itu kenyataan yang sangat angkuh," kata Husam dalam satu sidang media hari ini. Husam berkata PAS tetap berpeluang untuk menang walaupun Idris mendakwa majoriti BN akan meningkat dalam pilihan raya ini. | ||
Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan - Guan Eng Posted: 08 Jul 2013 11:01 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - GEORGE TOWN: Atlet wanita dari Pulau Pinang mungkin tidak akan dibenarkan mengambil bahagian pada Sukan Malaysia (Sukma) pada masa hadapan sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa. Beliau berkata, siasatan bebas harus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku ketika temasya sukan itu. "Ini untuk memastikan insiden memalukan itu tidak berulang lagi atau Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanitanya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Lim berkata, kerajaan negeri mahu satu jaminan keselamatan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan tindakan yang akan diambil ke atas mereka cuai dalam menitikberatkan aspek keselamatan di Universiti Putra Malaysia. "Jika Khairy gagal memberikan jaminan sedemikian, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanita pada sukan tersebut," katanya. Lim berkata terdapat beberapa aduan mengenai aspek keselamatan yang longgar di tempat penginapan atlet wanita walaupun pegawai kementerian dan penganjur Sukma memberi jaminan aspek keselamatan amat dititikberatkan. "Jelas sekali aspek keselamatan diabaikan dan oleh itu insiden rogol yang memalukan itu boleh berlaku. Jenayah seperti itu bukan saja menjejaskan imej Sukan Sukma tetapi reputasi sukan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya. Mstar/- | ||
Krisis Mesir Terkini :Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak Posted: 08 Jul 2013 10:57 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
(Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir) MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir. Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik. Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera. Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi. Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi. Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan. Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi. "Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi. Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden. Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi. Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera. Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut. Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun. Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir. Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah. Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat. Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya. Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam. Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour. | ||
Posted: 08 Jul 2013 10:30 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - Sempena dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini dan umat Islam di Malaysia akan menunaikan Ibadah Puasa pada esok hari, demgan ini saya dengan seluruh warga blog Cina Islam dengan ini mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan . Tidak ada harapan yang lain melainkan marilah kita sama-sama berdoa semuga Ramadhan kali ini menjadi madrasah yang terbaik untuk mendidik dan membentuk jiwa raga kita menjadi insan yang bertaqwa. Semuga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sekian banyak Ramadhan yang telah kita lalui. Kuatkan tekad untuk sama-sama kita menyempurnakan segala amalan yang terdapat di bulan yang mulia ini, semuga Allah mengiizinkan kita mencapai tingkatan taqwa sebagaimana firma Nya : " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183). Beruntuglah mereka yang berjaya mencapainya dan tersangat rugilah jika segala kesempatan Ramadhan ini kita biarkan berlalu begitu sahaja. Khalil Idham Lim, Parit Buntar Perak. | ||
Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan Posted: 08 Jul 2013 10:17 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - harakahdaily.net MESIR:Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir. Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini." Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu. Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau. Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera. Minta sejadah dan al-Quran Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah. Menurutnya, seorang jeneral tentera yang mengawal Morsi bernama Shubhi enam kali datang memujuk Morsi agar menerima rampasan kuasa ini. "Tapi setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: 'Bunuhlah aku, karena itu sangatlah ringan bagiku berbanding terpaksa bersaksi dusta',". | ||
Posted: 08 Jul 2013 09:29 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - sinarharian.com.my SIAPA calon yang bakal diumumkan untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar sehingga petang semalam, masih menjadi teka-teki. Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail, antara calon BN yang menjadi sebutan bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini. Sementara itu, Pas juga tidak kurang hebatnya apabila Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan Endut@Yusof dikatakan berada dalam carta tertinggi parti itu untuk dipilih menentang calon BN. Ahli korporat dari Kampung Baharu, Kuala Besut yang lebih dikenali sebagai Che Long ini dikatakan antara calon yang disenarai pendek oleh parti. Semuanya masih ternanti-nanti dan menunggu dengan penuh debaran pengumuman calon hari ini. BN bakal mengumumkan calonnya di Dataran Kuala Besut petang ini, manakala Pas juga akan berbuat demikian pada sebelah malam di Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari lokasi BN. Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan pengundi yang ditemui menyatakan sukar untuk meramalkan siapa yang bakal terpilih sebagai calon pada PRK ini kerana setiap nama yang disebut-sebut sebelum ini mempunyai kelebihan masing-masing. Penduduk di kawasan Kuala Besut, rata-rata melahirkan rasa gembira sekiranya Nik Zuhaiza dipilih sebagai calon kerana beliau mempunyai latar belakang agama yang tinggi dan senang didekati, selain beliau sendiri ialah anak tempatan. Peniaga kedai makan di pekan Kuala Besut, Habsah Mohamad, 51, turut mengakui nama yang sering meniti di bibir penduduk di situ ialah Nik Zuhaiza. "Namun sekiranya beliau tidak terpilih, saya tetap akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan," katanya. Selain Nik Zuhaiza, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf juga antara nama yang berada dalam carta teratas sebagai calon. Beliau dari Kampung Pangkalan Sentul dan menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, kini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun. Populariti beliau jelas dapat dirasai di kawasan Mukim Bukit Puteri. Nik Zuhaiza dan Zahanapi, berada dalam kedudukan teratas carta walaupun segalanya boleh berubah, namun beberapa nama lain juga tidak boleh dijangka, antaranya bekas Jurutera Jabatan Pengairan Saliran Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, Muhamad Ab Kadir. Desas desus terbaru juga turut menyebut nama Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim dalam perhatian kerana beliau juga anak jati Kampung Dengir, Kuala Besut Sementara calon Pas pula, selain Azlan, nama lain yang diramalkan menjadi calon ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh dari Kampung Tok Has, Kuala Besut. Seorang lagi yang disebut-sebut ialah Ya Yusof dari Kampung Nail dekat pekan Kuala Besut, yang juga ahli perniagaan dan pengusaha bot nelayan di Kuala Besut. Seorang penyokong Pas yang ditemui, Mohd Zaidi Said, 34, dari Kampung Beris Pak Abu berkata, dia menyokong sekiranya Pas meletakkan calon muka baru di Dun Kuala Besut terutama Che Long kerana beliau dikenali ramai. | ||
Pilihanraya Parlimen Mesir diadakan pada 2014 Posted: 08 Jul 2013 09:21 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH 9 Julai - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berikrar mengadakan pilihan raya Parlimen baharu menjelang awal tahun depan, selepas 51 orang yang kebanyakannya penyokong Mohammed Mursi, dibunuh di luar ibu pejabat tentera di sini semalam. Adly mengeluarkan satu dekri menetapkan jadual untuk mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan Perlembagaan dan kemudian pilihan raya umum itu akan diadakan. Menurut dekri tersebut, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan Perlembagaan yang digantung selepas Mursi digulingkan dan menetapkan pungutan suara tersebut diadakan dalam tempoh lima bulan. Pilihan raya Parlimen pula akan diadakan tiga bulan selepas Perlembagaan baharu itu diluluskan. - AFP | ||
Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera Posted: 08 Jul 2013 09:09 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ketua kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran masa segera untuk sebuah pilihan raya umum bagi menarik keluar negara Arab terbesar di dunia itu keluar daripada krisis, selepas bantahan berdarah ekoran penggulingan presidennya Mohamed Mursi. Perintah yang dikeluarkan Adli Mansour itu menuju ke arah pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan sebelum diikuti pilihan raya presiden, lapor Reuters. Keperluan ke arah tindakan politik yang berjaya dilihat amat mendesak di negara itu buat masa ini. Sekurang-kurangnya 51 terkorban pada Ahad apabila tentera melepas tembakan kepada penyokong Mursi di luar berek tentera Pengawal Republik di Kaherah, tempat tokoh Ikhwanul Muslimin itu dipercayai ditahan. Pihak tentera menjelaskan, tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka diserang secara bersenjata. Pada Jumaat, berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi menyebabkan 35 terkorban. Pergerakan Ikhwanul Muslimin pada Selasa masih mendorong supaya lebih banyak tunjuk perasaan diadakan, sekali gus meningkatkan risiko lebih banyak keganasan berlaku. Kumpulan penaung anti-Mursi bagaimanapun berkata mereka tidak akan mengambil langkah sama. Pertumpahan darah itu ternyata mengejutkan warga Mesir yang rata-rata letih dengan pergolakan yang bermula sejam dua tahun setengah lalu untuk menggulingkan Hosni Mubarak. Ia juga sekali gus memberi amaran kepada penderma utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah serta Israel yang mempunyai perjanjian pendamaian yang disokong AS pada 1979. Jutaan orang turun ke jalan raya pada 30 Jun bagi menuntut pengunduran Mursi kerana bimbang beliau berusaha ke arah pengambilalihan kumpulan Islamis Ikhwanul Muslimin - dakwaan yang dinafikan keras. malaysiakini.com | ||
Indonesia puasa esok, Muhammadiyah hari ini Posted: 08 Jul 2013 09:05 PM PDT Kerajaan Indonesia menetapkan bahawa 1 Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan, jatuh pada Rabu, 10 Julai. Menteri Agama Indonesia Surya Dharma Ali membuat pengumuman itu malam ini di sidang isbat dengan sejumlah pertubuhan Islam yang mewakili pelbagai kumpulan masyarakat di seluruh negara. Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen. Bagaimanapun, anggota pertubuhan Islam Muhammadiyah, sebuah daripada pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, akan mula berpuasa pada Selasa (9 Julai) kerana telah membuat penetapan berdasarkan kaedah kiraan pegangan mereka selama ini. Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin pada Khamis lepas mengumumkan bahawa tarikh 1 Ramadan yang harus diikuti anggotanya ialah 9 Julai. Muhammadiyah, katanya, menentukan awal Ramadan menggunakan pendekatan hisab hakiki peredaran bulan, bumi dan matahari. Setiap tahun, beberapa kumpulan masyarakat Islam di Indonesia memulakan ibadat puasa pada tarikh berbeza, contohnya sebahagian umat Islam di Gorontalo, yang mula berpuasa lebih awal, iaitu pada Isnin (8 Julai). Kumpulan dari jamaah Al-Qadiriyah di Desa Milango, daerah kecil Dambalo, Gorontalo Utara, itu menetapkan awal puasa berdasarkan ramalan bulan dan keyakinan hati. Bagaimanapun, kumpulan itu tidak memaksa anggotanya memulakan puasa hari ini. - Bernama | ||
Tahniah : Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan. Posted: 08 Jul 2013 08:57 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming (gambar) berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari. Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. "Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. "Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan. "Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya. Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen. "Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam. "Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya. Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini. DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno. Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. - themalaysianinsider.com | ||
Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam Posted: 08 Jul 2013 08:52 PM PDT 30 Syaaban 1434 H. [MOD] - (Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi) MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya. Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker. Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter. Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun. Satu nota dalam Bahasa Arab turut ditinggalkan bertulis "Laman web ini telah dipintas oleh Qassam Hacker. Assalamualaikum, Bersama ini kami mengumumkan kepada semua khalayak, dengan izin Allah Dr. Muhammad Morsi akan segera kembali. Wahai para pengkhianat, para tentera dan sisa-sisa rejim penguasa, Nyahkan kakimu dan jangan kalian ganggu Muhammad Morsi". Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran kepada pasukan tentera elit Hamas, Palestin dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, yang amat digeruni oleh rejim Zionis. Namun perkaitan dengan revolusi terbaru Mesir ini tidak dapat disahkan. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan