Khamis, 18 Julai 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Sultan Selangor Titah Agar Library Naiktaraf

Posted: 18 Jul 2013 08:56 PM PDT

Sultan Lawat Perpustakaan

Norhayati Umor/selangorkini/admin

SHAH ALAM 18 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri

supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini.

Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan.

"Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu sahaja kerana seperti yang kita ketahui banyak aktiviti-aktiviti lain dalam penimbaan ilmu boleh dijalankan di perpustakaan.

"Beta juga difahamkan pembinaan untuk meletak kenderaan juga perlu dibina dengan segera kerana keadaan yang sesak apabila pengunjung-pengunjung datang ke perpustakaan Raja Tun Uda ini.

"Beta juga berkenan supaya landskap yang sedia ada disekeliling perpustakaan ini dinaik taraf dan ditambah dengan pokok-pokok hijau supaya menjadikan kawasan ini indah selain mendatangkan suasana bersih dan menyihatkan."

Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian sumbangan buku kepada perpustakaan itu, di Seksyen 13, di sini.

Baginda juga menyeru kepada setiap rakyat Selangor supaya bersama-sama menjaga dan memelihara perpustakaan termasuk buku-buku yang terdapat di dalamnya supaya menjadi mercu tanda gedung ilmu.

Selain itu, DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan buku daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 200,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Sumbangan buku-buku yang berjumlah 2,780 naskah itu menggunakan peruntukkan fisabilillah dan merangkumi pelbagai jenis termasuk agama Islam, kesenian dan fiksyen.

Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan berupa empat naskah Al-Quran braille kepada penerima terpilih bagi Persatuan Braille Malaysia.

Selain dari LZS, turut menyerahkan sumbangan kepada perpustakaan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan sumbangan sebanyak 50 buah netbook.

Manakala Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan buku yang bernilai RM 50,000 serta Yayasan Al Bukhary pula menyumbangkan sebanyak RM 13,000.

Mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohs Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Petisyen PRU 13 oleh Pakatan Rakyat

Posted: 18 Jul 2013 12:13 AM PDT

19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

 Pakatan Rakyat fail 25 petisyen PRU13   

Muhammad Faizal,/harakahdaily/admin    
10 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.


Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:


Difailkan oleh PKR

1.  P014 Merbok

2.  P018 Kulim Bandar Baru

3.  P026 Ketereh

4.  P029 Machang

5.  P053 Balik Pulau

6.  P072 Tapah

7.  P075 Bagan Datok

8.  P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)

9.  P092 Sabak Bernam

10.  P118 Setiawangsa

11.  P140 Segamat

12.  P144 Ledang

13.  P146 Muar

14.  P158 Tebrau

15.  P159 Pasir Gudang

16.  P168 Kota Marudu

17.  P177 Beaufort

18.  P182 Pensiangan

19.  P220 Baram





Difailkan oleh PAS

1.  P093 Sungai Besar

2.  P096 Kuala Selangor

3.  P119 Titiwangsa

4.  P161 Pulai



Difailkan oleh DAP

1.  P078 Cameron Highlands

2.  P142 Labis


Tiada ulasan:

Nuffnang