Khamis, 11 Julai 2013

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Official Launching of UBAH inflatable bird (Water Ubah) at 10am, 13 July, at IJM Promenade.

Posted: 11 Jul 2013 02:18 AM PDT


Facts about UBAH inflatable bird (Water Ubah)
Burung kenyalang or the hornbill is a native bird from Sarawak and one of the most recognisable local animals. DAP had adopted this bird as a symbol of change both for its unique characteristics, hardiness and representation of the integration of both East Malaysia and Peninsular Malaysia into a Malaysian nation. Designed by Ooi Leng Hang for the general elections, Ubah has moved beyond the political realm and became a very well-loved for all Malaysians.

The UBAH bird is inflatable is made of high quality PVC and weighs about 250kg. It's body thickness is 0.35mm while the life buoy is 0.7mm thick. This 25ft high and 36ft wide UBAH bird and was conceptualised by DAP supporters and sponsors after the success of the world famous yellow rubber duck in Hong Kong. This is a small contribution towards Penang and hopefully will be well-received by both tourists and locals.

From its inception to the final unveiling of the UBAH bird on 13 July 2013, it was not an easy task to complete this project in 2 months. Those involved in both the creative design and its construction should be proud of their efforts. Their wish is not just in the sheer joy of creating this unique attraction but to share it with everyone – it is also something very unique to be called our own.

With an estimated cost of RM 60,000, this UBAH bird will be temporarily docked at IJM Promenade until 31 August 2013.

Fakta Mengenai Burung UBAH Terapung (Ubah di Air)

Burung Kenyalang atau Enggang adalah burung yang berasal dari Sarawak dan adalah diantara haiwan tempatan yang paling dikenali. DAP telah memperkenalkan burung ini sebagai simbol harapan perubahan kerana sifatnya yang unik, ketabahan dan merupakan lambang perpaduan Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia. Direka oleh Ooi Leng Hang untuk pilihan raya umum, kini UBAH telah melangkaui ranah politik dan menjadi kesayangan rakyat Malaysia.

Burung UBAH terapung ini dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. Burung UBAH setinggi 25 kaki dan 36 kaki lebar ini diilhamkan oleh penyokong DAP dan para penaja berdasarkan itik getah berwarna kuning yang mahsyur di Hong Kong. Usaha ini adalah sumbangan kecil kepada Pulau Pinang dan diharapkan akan diterima dengan baik oleh para pelancong dan penduduk tempatan.

Sejak permulaan sehingga tarikh pelancarannya pada 13 Julai 2013, ia bukan satu tugas yang mudah untuk menyiapkan projek ini dalam masa 2 bulan. Mereka yang terlibat dalam reka bentuk kreatif dan pembinaannya harus berbangga dengan usaha mereka. Hasrat mereka bukan hanya untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata malah ia juga unik dan boleh dikongsi bersama.

Dengan anggaran kos bernilai RM60,000, burung UBAH akan berlabuh sementara di dermaga IJM Promenade sehingga 31 Ogos 2013.

有关《我的乌巴》– 乌巴充气鸟的资料
犀鸟是一种来自砂拉越的本土鸟类,也是当地最容易让人辨识的动物之一。民主行动党将犀鸟纳为改变的象征,出自于它的独特特性、坚韧及代表着东西马整合成马来西亚这个国家的象征。由黄隆汉设计、作为大选用途的犀鸟,乌巴已经超越了政治,成为了深受马来西亚人喜爱的代号。
这只《我的乌巴》充气鸟,是以高素质的PVC制造,重量约250公斤。乌巴充气鸟的厚度为0.35毫米,而救生圈的厚度则是0.7毫米。这个身高25尺、宽36尺的乌巴鸟概念,是继闻名世界的香港大黄鸭成功后,由行动党支持者及赞助商想出的概念。这项努力是给予槟城的小小贡献,并希望能够获得本地人及游客的欢迎。

从设立之初到在2013年7月13日正式揭幕,《我的乌巴》充气鸟只用了短短的两个月时间完成,确是一项不简单的任务。 那些参与创意设计及建造过程的人士,肯定为他们本身的努力感到骄傲。他们的愿意不只是在于创造这个独特的吸引力,而是要跟大家一起分享– 这是非常独特的。
《我的乌巴》估计制作成本为6万令吉,将会暂时停靠在新新关仔角(IJM Promenade)直至2013年8月31日为止。

Perdana Menteri Tidak Harus Sekali Lagi Memungkiri Janji Pilihanraya Kepada Rakyat Pulau Pinang (bm/cn)

Posted: 11 Jul 2013 02:11 AM PDT

Kenyataan Akhbar Daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 11.7.2013.

Perdana Menteri Tidak Harus Sekali Lagi Memungkiri Janji Pilihanraya Kepada Rakyat Pulau Pinang Sepertimana Yang Berlaku Atas Janji Memansuhkan Akta Hasutan Dengan Menggantikannya Dengan Akta Harmoni Negara Yang Baru Yang Merupakan Janji Tidak Ditepati.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus sekali lagi memungkiri janji pilihanraya kepada rakyat Pulau Pinang sepertimana yang dilakukan atas janji memansuhkan Akta Hasutan dengan menggantikannya dengan Akta HarmoniNegara baru yang merupakan janji tidak ditepati. Hari ini merupakan ulangtahun pertama pengumuman bersejarah oleh Datuk Seri Najib Razak pada 11 Julai 2012 dalam satu jamuan makan malam Jabatan Peguam Negara tentang Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan.

Saya masih ingat ucapan Perdana Menteri setahun lepas bahawa Akta Harmoni Negara akan memperkukuhkan hubungan erat peringkat kebangsaan dan membela perpaduan negara serta memupuk harmoni agama. Malangnya janji memansuhkan akta yang berusia 64 tahun ini tidak ditepati sehingga hari ini dan beberapa Menteri, termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telahpun menentang ia dimansuhkan dan menyatakan ia akan dikekalkan.

Adakah janji-janji pilihanraya beliau kepada rakyat Pulau Pinang untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik, sistem monorel dan membekalkan 200 bas tambahan Rapid Penang juga akan tinggal janji kosong dan menghampakan rakyat Pulau Pinang? Jawapan kepada soalan Parlimen saya adalah dibawah:-

NO. SOALAN: 22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : Y.B. TUAN LIM GUAN ENG
(BAGAN)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 08.07.2013

Y.B. TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menunaikan janji membina 20,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang, sistem monorel yang dijanjikan pada 2006 serta bas tambahan Rapid Penang (dijanji sejak 2010) untuk mengatasi kesesakan trafik. Apakah kos perbelanjaan serta nyatakan program infrastruktur jalan yang dicadangkan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan janji-janji yang dibuat ditepati dan dilaksanakan untuk manfaat keseluruhannya. Manfaat yang diberikan adalah tidak terhad kepada negeri-negeri tertentu sahaja, malahan segala aspek perancangan dan pembangunan mengambil kira kesejahteraan rakyat di semua negeri di mana tiada rakyat yang akan terpinggir dari menikmati arus pembangunan Negara.

Sebagai Kerajaan yang sentiasa menepati janji dan mendahulukan rakyat, Kerajaan akan melaksanakan pembinaan perumahan mampu milik di Pulau Pinang sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Bagi peringkat awal, Kerajaan komited untuk membina 9,999 buah rumah mampu milik dan kos rendah di mana antara lokasi yang dikenal pasti adalah; Air Itam, Air Putih dan Paya Terubong. Dalam pada itu, pembinaan rumah mampu milik dan kos rendah tambahan juga sedang dalam pertimbangan dan akan diumumkan setelah dimuktamadkan.

Kerajaan sedia maklum akan keperluan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam di semua negeri di mana secara dasarnya segala perancangan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedang diselaraskan dan di dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui satu pelan perancangan strategik yang komprehensif iaitu Rangka Kerja Nasional Pengangkutan Awam Darat. Oleh hal yang demikian, Negeri Pulau Pinang turut diberikan perhatian dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negeri tersebut melalui penyediaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat khusus untuk Negeri Pulau Pinang. Penyediaan rancangan berkenaan adalah penting dan bertujuan untuk menampung permintaan pengangkutan awam dalam tempoh 20 tahun akan datang di Negeri Pulau Pinang selaras dengan kehendak Seksyen 3(3)(b), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Sehubungan dengan ini, cadangan pelaksanaan sistem monorel di Negeri Pulau Pinang dan integrasinya dengan sistem-sistem pengangkutam awam yang lain akan diteliti oleh SPAD semasa penyediaan rancangan berkenaan.

Selain itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa rakyat Negeri Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan pengangkutan awam bas baru yang lebih cekap dan selesa di mana Kerajaan melalui RapidBus Sdn Bhd (subsidiari Syarikat Prasarana Negara Bhd sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) yang mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang akan membekalkan 200 buah bas secara berperingkat. Sebanyak 80 buah bas dijangka akan memulakan perkhidmatan pada suku tahun keempat 2013 dan baki 120 buah bas lagi dijangka akan memulakan perkhidmatan pada tahun 2014.

Mengenai kos perbelanjaan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, anggaran kos bagi pembinaan rumah mampu milik masih belum ditentukan kerana pada masa ini ia masih di peringkat awal perancangan. Manakala kos perbelanjaan untuk sistem monorel dijangka akan ditentukan semasa SPAD membuat Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negeri Pulau Pinang. Bagi pembekalan 200 buah bas baru RapidPenang, kos perbelanjaan terlibat adalah dianggarkan berjumlah RM134 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan pelan strategik Highway Network Development Plan (HNDP), dalam Rolling Plan ke-3 (2013-2014), Kerajaan akan melaksanakan tiga projek infrastruktur jalan raya di Negeri Pulau Pinang iaitu:

i) Menaiktaraf jalan Negeri (P10) dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah;
ii) Menaiktaraf Bayan Lepas Expressway dari Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang; dan
iii) Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

Tambahan lagi, Kerajaan juga telah mengenal pasti empat projek infrastruktur jalan raya untuk dicadangkan dilaksanakan dalam Rolling Plan ke 4 (2013-2015). Projek-projek berkenaan adalah seperti berikut:

i) Menaik taraf Laluan FT001 dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman (Sek.757) ke Jambatan Merdeka (Sek.782), Seberang Perai Utara, Pulau Pinang;
ii) Menaik taraf Laluan FT3111 dari Jejambat Bukit Tengah ke Persimpangan Lebuh Raya Butterworttj-Kulim, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang;
iii) Membina Jalan dari Laluan FT001 di Jawi ke Persimpangan Bertingkat Jambatan Kedua Pulau Pinang, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang; dan
iv) Membina Jalan Pintasan Sg Dua, dari Jalan Negeri P198 ke Jalan Negeri P203, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

============================================

槟城首席部长暨峇眼国会议员林冠英于7月11日在乔治市光大发表的文告。

首相不应该对大选时向槟城人民所作出的承诺食言,就像他没有兑现要废除煽动法令并以和谐法取代的承诺。

首相不应该对大选时向槟城人所作出的承诺食言,就像他没有兑现要废除煽动法令并以国家和谐法取代的承诺。今天,刚好是2012年7月11日,首相在国家总检察署晚宴宣布废除1948年煽动法令并以国家和谐法取代一周年。

我仍然记得首相一年前的演词,表示国家和谐法将会巩固国内关系,促进团结及宗教和谐。但不幸的是,承诺要取消已经64年的煽动法,至今仍然无法兑现,连数名部长,包括内政部长拿督斯里阿末扎希竟然也反对废除煽动法而主张继续保留。

有鉴于此,首相在大选期间向槟城人许下的兴建2万间可负担房屋、单轨列车及槟城快捷通额外增加200辆巴士的承诺是否也将成为空头承诺,让槟城人空欢喜一场?以下是我的国会答案:

峇眼国会议员林冠英于7月8日在国会下议院询问财政部长的口头问答:

峇眼国会议员林冠英于7月8日在国会下议院要求财政部长证实联邦政府是否将兑现于槟城建立2万间可负担房屋的承诺、同时也兑现2006年的单轨列车承诺及2010年增加200辆巴士给槟城快捷通以解决交通问题的承诺。请问上述费用是多少?同时请列出计划中要建的道路措施。

答案:联邦政府一直以来都会确保兑现承诺,并将全面性惠及各方,而不只是惠及给特定的一些州属而已。

所有的计划及发展将以各州人民的利益为考量,让所有人民不至于在国家发展中被边缘化。

作为时常兑现承诺并以人民为先的政府,联邦政府将会在槟城建立可负担房屋。初期阶段,政府承诺建立9千999间可负担方屋及廉价屋,确切地点是在亚依淡、阿逸布爹及垄尾。至于额外建立的可负担房屋及廉价屋则正在考量当中,将会在确定之后再作宣布。

联邦政府将随时跟进各州的公共交通需求及提升公共交通的服务素质。这些提升公共交通服务素质的计划,透过全国陆路公共交通工作纲领之下,全由陆路公共交通委员会(SPAD)的政策所推行。 因此,槟城公共交通服务之提升,将会在槟城陆路公共交通个别专案计划中受到关注。在依据2010年陆路公共交通法第3(3)(b)条文之下,准备该计划的目的是为了迎合槟城州内未来20年对公共交通的需求量。因此,在槟城兴建单轨列车及其与其他公共交通整合的计划,将由陆路公共交通委员会在准备是项计划的时候,再详细研究。

此外,联邦政府透过财政部属下国家基建公司所拥有的快捷通,将阶段性分派200辆巴士予槟城快捷通,让槟城人民享有具效率及舒适的公共巴士服务。首80辆巴士预料将在2013年第四季投入服务,余下的120辆巴士则将在2014年开始服务。

至于您所提到的费用问题,可负担房屋计划的费用目前尚未知,因为仍属计划初期阶段,而单轨列车则由陆路公共交通委员会在拟定槟城陆路公共交通个别计划中决定。另外,200辆提供槟城快捷通的巴士的费用估计是1亿3千400万令吉。

至道路措施方面,根据高速公路网计划(HNDP)的2013至2014年第3期逐年延展计划(Rolling Plan)中,联邦政府将在槟城进行3项道路工程如下:

i) 提升州际道路(P10) – 峇都茅至苏丹阿兹兰沙路。
ii) 提升峇六拜高速公路 – 峇都茅至槟城大桥路段。
iii) 提升联邦道路(FT006) – 公芭至峇六拜槟城国际机场。

联邦政府另外也已经确认4项道路基础设施工程将会计划在2013至2015年的第4期逐年延展计划中进行。这些工程计划包括:
i) 提升(FT001)路段 – 威北的端姑阿都拉曼桥至默迪卡桥。
ii) 提升(FT3111)路段 – 威中的武吉登雅高架桥至北海居林高速公路交界。
iii) 在FT001路段增建道路 – 威南的爪夷至峇都交湾槟城二桥的引桥交界。
iv) 建立双溪赖快捷道 – 威北的P198州际公路至P203州际公路。

Tiada ulasan:

Nuffnang