:: cina islam | 2011 :: |
- Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi
- Kereta api tergelincir di Sabah
- CAP: Siar nama pemilik premis kotor dalam media
- Mapim: Krisis Mesir platform Israel serang Gaza
- PRK Kuala Besut penentu hayat BN Terengganu
- Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh keretapi laju di Perancis tergelincir
- AS gesa tentera Mesir bebaskan Morsi ?
- Ucapan anak Mursi: Teruskan langkahmu wahai ayahandaku!
- Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk Kuala Besut
Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi Posted: 13 Jul 2013 02:02 AM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - MESIR: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah. Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan.Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum. Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi. Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu; 1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara. 2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan. 3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. 4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan." "Sedia berhari raya di sini" Dalam pada itu, tokoh Ikhwanul Muslimin Dr.Sofwat Hijazi turut menyampaikan pidatonya di pentas Raba'ah. "Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu? "Kita menjawab, kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati. "Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran. "Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh. "Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai," katanya. Sementara itu, Jutaan para penyokong Dr.Mursi yang berkumpul di dataran Raba'ah malam tadi telah mengadakan perarakan ke Istana Ittihadiyah dan Kementerian Pertahanan. Kemaraan mereka ke Istana Ittihadiyah bagaimanapun dihalang oleh sekatan tentera yang menghalang jalan dengan kawat berduri dan meletakkan kenderaan perisai di jalanraya. Pentas Raba'ah semalam juga turut mengumumkan jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah, Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia. | ||
Kereta api tergelincir di Sabah Posted: 13 Jul 2013 01:57 AM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - PAPAR: Kira-kira 80 penumpang sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar terpaksa meneruskan perjalanan mereka dengan bas selepas satu roda kereta api itu terkeluar daripada landasan dalam kejadian hari ini. Pegawai Operasi Keretapi Sabah, Awang Zainudin Awang Matusin berkata, kejadian jam 8 pagi di kawasan Kampung Kawang di sini itu bagaimanapun, tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang. "Kejadian itu berlaku akibat masalah pada landasan, bukan kerana tidak diselenggara cuma di bahagian ini memang ada sedikit masalah dan pemandu sentiasa dinasihatkan berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Katanya, Jabatan Keretapi Sabah sedang berusaha menangani masalah itu. Sementara itu, pemandu kereta api, Amir Amit berkata, kereta api berkenaan bertolak dari Stesen Tanjung Aru pada 7.45 pagi dan apabila tiba di kawasan tersebut beliau memperlahankan kelajuan. "Bahagian kanan depan keretapi terasa goyang sedikit, seperti tersasar dari trek landasan. Saya terus berhentikan kereta api dan keluar untuk tengok. Saya nampak satu tayar terkeluar daripada landasan," katanya. Difahamkan kereta api itu kemudian dialih daripada landasan dan perkhidmatan tren Sabah tidak terjejas. Kejadian itu adalah yang kedua tahun ini selepas insiden pada 19 Jun lalu yang meragut nyawa seorang pelancong Hong Kong selepas sebuah kereta sewa dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - BERNAMA | ||
CAP: Siar nama pemilik premis kotor dalam media Posted: 12 Jul 2013 09:39 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan pihak berkuasa supaya menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, setiap tahun, beribu kesalahan telah direkodkan berhubung perkara ini.Langkah ini dilihat sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil dan mengulangi kesalahan sama. "Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. "Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, sebagai langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun. Selain itu katanya, talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor wajar diwujudkan. Sinar/- | ||
Mapim: Krisis Mesir platform Israel serang Gaza Posted: 12 Jul 2013 09:36 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Rampasan kuasa di Mesir dilihat akan memberi ruang kepada Israel untuk melancarkan serangan ke atas Gaza memandangkan tanda-tandanya jelas kelihatan. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tanda-tanda itu termasuk persiapan tentera Israel di sempadan dan operasi tinjauan udara. "Selain itu, baru-baru ini laporan media Israel secara terbuka mengatakan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajar mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak banyak lagi nyawa tidak berdosa menjadi korban akibat daripada penutupan sempadan Rafah ini. Sempadan Rafah ditutup 3 Julai lalu oleh tentera Mesir ekoran krisis yang melanda negara itu. Mengulas perkara sama, Mapim turut mengecam tindakan Mesir menutup sempadan Rafah kerana ia akan mengancam kelangsungan hidup penduduk Gaza. Mohd Azmi menambah, sejak pintu sempadan Rafah telah ditutup hampir seminggu lalu, ia telah menyukarkan hidup penduduk Gaza. "Sempadan Rafah merupakan sumber pembekalan asas seharian yang masih sukar diperolehi seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan, peralatan rawatan dan minyak. "Penutupan pintu Rafah sejak 3 Julai lalu adalah atas arahan tentera Mesir telah menghalang keluar masuk barang dan manusia dari Mesir ke Gaza. "Tindakan ini telah mendedahkan penduduk Rafah kepada keperitan dan penderitaan yang lebih teruk," katanya. Justeru itu, Mohd Azmi mengesa agensi antarabangsa agar mendesak pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah untuk mengelak Gaza sekali lagi menjadi medan penjara terbuka. "Kepada seluruh komuniti antarabangsa, penutupan Rafah sebagai satu-satunya jalan keluar masuk Gaza ke dunia luar. "Penutupan ini adalah proses pemangsaan ke atas Gaza dan juga membuktikan kolaborasi antara Mesir dan Israel," katanya. Dalam pada itu beliau turut meluahkan kekecewaan apabila puak Fatah telah mengguna kesempatan sempadan Rafah yang ditutup dengan propaganda untuk menghasut penduduk Gaza menolak kerajaan Hamas. " Ini adalah sangat memalukan orang Palestin dan satu penghinaan yang berniat jahat untuk mengambil alih Gaza,"katanya. Sinar/- | ||
PRK Kuala Besut penentu hayat BN Terengganu Posted: 12 Jul 2013 09:26 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BESUT: Sekiranya momentum Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 mampu dikembalikan, tidak mustahil Dun Kuala Besut dikembalikan ke pangkuan PAS. Namun, PAS dan Pakatan Rakyat perlu bertapak kukuh di peti undi Kampung Baru, Seberang Barat, Kampung Nail dan Tok Saboh. Peti undi terbabit 'lebih berkiblat' kepada Umno. Usaha bersungguh-sungguh juga perlu dilakukan di peti undi Seberang Barat Luar, bersempadan dengan Semerak di laluan tepi pantai. Pada pilihan raya umum lalu BN menang dengan majoriti 756 undi. PAS juga perlu memperkemaskan benteng di peti undi Bukit Puteri, Kampung Baru dan Bukit Nangka. Sekiranya momentum itu dapat dipulih, tidak mustahil fenomena 16:16 benar- benar menjadi kenyataan pada 24 Julai ini. Di Kampung Baru terletak Markas Besar PAS Dun Kuala Besut. PAS pernah menang dengan majoriti besar di peti undi tersebut pada PRU 1999 iaitu sebanyak 232 undi. Bagaimanapun andaian tersebut cuba dinafikan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau dengan megah menggambarkan BN boleh menang dengan majoriti 4,000 undi. Idris mungkin tersilap kira, kehadiran Ramadan melahirkan suasana berbeza. "Bulan Ramadhan, segala syaitan yang merosakkan manusia diikat Allah Taala. Jadi orang Islam tidak mudah dipengaruhi dengan umpan kebendaan," kata seorang pak cik di Kampung Baru. Namun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini. Katanya, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut. "Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang. "Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan datang memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya di sini. Selain itu menurutnya, jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus kepada peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar. Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU13. Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgit dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi. BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan "majoriti mudah" dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Beliau sebelum ini bertugas sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus mengetepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf. Sebelum ini nama mereka dikatakan berada pada carta teratas sebagai calon BN. Zaihan memikul tanggung jawab besar bagi mempertahankan kerajaan BN di Wisma Darul Iman. Pengumuman nama calon BN itu dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Besut, 9 Julai lalu. Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, isu calon seakan-akan memberi kesan kelabu kepada BN. Biar pun pernah bertugas di Besut, namun namanya dikaitkan dengan Idris dan bukan pilihan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datukí Seri Ahmad Said. "Sekarang harapan seluruh rakyat Malaysia dipikul pengundi di Besut. "Undi mereka mampu mengembalikan maruah rakyat Terengganu. Sentimen penolakan BN yang berlaku pada 8 Mei lalu, dan hari ini disambung pengundi di Kuala Besut," ujarnya. Apa yang pasti lebih 15,000 pengundi Kuala Besut bakal menentukan masa hadapan kerajaan Terengganu. Fenomena 16:16 tidak mampu dielak. Harakahdaily/- | ||
Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh keretapi laju di Perancis tergelincir Posted: 12 Jul 2013 08:47 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BRETIGNY-SUR-ORGE (Perancis): Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan ramai yang lain cedera apabila keretapi laju yang beroperasi di sebuah stesen di selatan pedalaman Paris terputus dua dan tergelincir. Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls, berkata maklumat awal yang diperolehi menunjuk jumlah mangsa yang terbunuh dan cedera bertambah di mana kelihatan gerabak keretapi itu bergelimpang di sebelah mereka. - AFP | ||
AS gesa tentera Mesir bebaskan Morsi ? Posted: 12 Jul 2013 08:45 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - WASHINGTON:Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menggesa pemimpin tentera dan kerajaan interim Mesir supaya membebaskan Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi untuk kali pertama sejak beliau ditahan lebih seminggu yang lalu. Jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata AS bersetuju dengan rayuan Jerman sebelum ini agar Morsi dilepaskan dan mereka membuat permintaan secara "terbuka" yang sama. Morsi telah ditahan di sebuah "tempat selamat," menurut pemimpin interim dan tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak digulingkan pada 3 Julai. Beberapa hari lepas, ketika mengutuk penangkapan sewenang-wenangnya itu, Psaki enggan mengatakan sama ada pentadbiran AS percaya sama ada Morsi perlu dibebaskan atau sebaliknya. Psaki berkata beliau "pada hari ini" membuat panggilan untuk melepaskan Morsi "secara umum", tetapi enggan untuk mengatakan apa yang telah menyebabkan AS mengubah pendirian. "Kami telah menyatakan kebimbangan dari awal ...tentang penangkapannya, mengenai penangkapan ahli-ahli Ikhwanul Muslimin bermotifkan politik sewenang-wenangnya," katanya. Pegawai AS juga sering berhubungan dengan semua sektor masyarakat di Mesir, tegasnya. Penyokong Ikhwanul Muslimin dan mereka yang menentang penggulingan presiden Morsi telah mengadakan perhimpunan berasingan di Kaherah pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumpahan darah di negara Arab yang paling ramai penduduk itu. "Kami terus menggesa agar memberi layanan yang baik kepada mereka yang ditahan," Psaki memberitahu pemberita. "Kita masih terus melihat tangkapan ini sebagai bermotifkan politik, dan masih terus percaya bahawa mereka perlu dibebaskan." Duta AS ke Mesir Anne Patterson juga telah bertemu dengan Presiden Interim Mesir Adly Mansour, katanya. Psaki berkata pemimpin interim telah membentangkan pelan...tetapi bergerak ke hadapan melalui proses inklusif adalah apa yang kita ingin lihat, katanya. "Walaupun kita mengakui bahawa Presiden Morsi telah dipilih secara demokratik...ia lebih daripada apa yang berlaku di peti undi. Kebanyakan peralihan demokratik mengambil masa yang lama untuk sampai ke akar umbi dan stabil, terutama berikutan pemerintahan autokratik berdekad lamanya "- AFP | ||
Ucapan anak Mursi: Teruskan langkahmu wahai ayahandaku! Posted: 12 Jul 2013 07:39 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
[VIDEO] Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wahai Ayahandaku!Memakai t-shirt Polo berwarna ungu dan kaca mata hitam Ray Ban, Osama Mursi berjalan menuju ke ruang temu bual dengan tenang dan yakin. "Apa yang saya nampak pada hari mendatang? Revolusi ini akan berjaya dan pemimpin yang sah bakal kembali. "Rakyat Mesir tidak akan sesekali takut lagi dengan ancaman penahanan ini," katanya dipetik CNN. Lebih seminggu lalu, ayah Osama, Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah diguling oleh pihak tentera Mesir. "Ini adalah satu rampasan kuasa revolusi, rampasan terhadap demokrasi, rampasan kuasa Perlembagaan dan kehendak rakyat. Sementara itu, Menteri Pertahanan pada dasarnya mengatakan kepada jutaan rakyat yang mengundi dalam pemilihan Presiden dan referendum Perlembagaan "anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Saya tahu apa yang terbaik untuk anda'," katanya. Menurut agensi berita Al-Ahram, kerajaan baru sedang dibentuk dan Presiden sementara, Hazem El-Beblawi berkata, 70 peratus pemilihan jawatan di kementerian telah selesai. Pembentukan kerajaan baru dijangka diumumkan Isnin ini. Jutaan rakyat Mesir memenuhi jalanan pada 30 Jun lalu dan melaungkan 'pergi' terhadap Mursi, . Menurut Osama, perkataan 'rampasan kuasa' merupakan penghinaan dan istilah kotor yang merendahkan kepercayaan rakyat selama ini. Ketika diminta mengulas mengenai Revolusi Redux Osama bagaimanapun tidak bersetuju jika menyamakan ia dengan krisis di Mesir. "30 Jun bukan revolusi! Sejarah tidak akan pernah merekodkan itu sebagai revolusi. "....tidak ada sesiapa pun, sama ada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) atau sesiapa saja yang boleh memanggilnya revolusi. "Kenapa? Kerana tidak ada revolusi di dunia ini yang membawa pemerintahan ketenteraan. Tidak ada revolusi di dunia ini yang membatalkan peti undi," tegasnya. Sebelum ini, pihak tentera telah memberikan Mursi tempoh 48 jam untuk menyelesaikan krisis. Dalam pada itu, ulas Osama, bapanya sempat bercakap dengannya untuk kali terakhir sebelum berucap dalam sebuah program televisyen pada 2 Julai lalu. "Saya beritahu kepada ayah sebagai anaknya untuk dia kekal ingkar dan maju ke depan dan tidak menyerah dengan pihak ketenteraan. "Mohamed Mursi yang saya kenal ada lambang kebanggaan. Sebagai anak, sekiranya Mohamed Mursi itu berundur atau melarikan diri ia akan sangat memalukan kepada saya, walaupun dia kekal sebagai Presiden," katanya. Sementara itu, menurut jurucakap tentera Mesir, Kolonel Ahmed Ali, Mursi sedang ditahan di satu lokasi yang dirahsiakan atas alasan 'keselamatan peribadi' tapi untuk seorang anak yang kehilangan ayahnya, Osama menganggap jaminan itu seolah-olah tidak bermakna. "Jangan risaukan keselamatan peribadinya. Tak ada sesiapa, bukan menteri pertahanan atau menteri dalam negeri patut risau tentang keselamatannya," kata Osama dengan sinis. Tambahnya, "jika situasi penahanan yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang, Mursi mesti dibebaskan. "...dan jika ia berdasarkan penahanan yang sah di sisi undang-undang, saya mengalu-alukannya dan mari kita ikut undang-undang. Ketika ditanya sama ada dia ada menghubungi ayahnya yang di dalam tahanan, Osama berkata, "saya sebahagian daripada revolusi dan saya cukup kuat dari seorang tentera, benarkan saya bercakap dengan ayah saya. "Tidak. Kita dalam revolusi. Angin baru bagi revolusi 25 Januari...laluan demokrasi kita, kami tidak akan melepaskannya," katanya. Revolusi pada 25 Januari 2011 menyebabkan kejatuhan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Ratusan penyokong Muslim Brotherhood kekal di dalam tahanan dan pendakwa raya telah mengeluarkan banyak waran tangkap untuk pimpinan atasan tapi Mursi muda ini memilih untuk bertemu di siang hari, di salah sebuah masjid terkenal di Kaherah. "Revolusi ini akan berjaya. Revolusi yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan Mubarak akan kekal kuat. "Ini adalah revolusi keamanan melawan rampasan kuasa tapi revolusi ini akan menjadi lebih penting daripada 25 Januari kerana ia akan turut menghentam akar umbi." Sebelum mengakhiri temu bual, Osama memandang ke kamera dan menyampaikan mesej ini buat ayahnya. "Ayah adalah pemimpin yang sah, ayah adalah pemimpin dan Presiden yang terpilih. Kami sokong sebarang keputusan yang ayah buat walaupun ayah memilih untuk meninggalkan pejabat. "Keluarga ayah, kami semua bangga dengan ayah. Tuhan merahmati ayah." Video | ||
Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk Kuala Besut Posted: 12 Jul 2013 07:34 PM PDT 4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut. BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan. Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin. "Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini," ujarnya kepada pemberita, semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN. Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun. "Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN). "Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, insya Allah," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan. Menurutnya, dalam keadaan pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno BN terus berjanji setiap kali pilihan raya. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan