Rabu, 19 Jun 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


PR gesa tubuh PSC pantau secara khusus

Posted: 18 Jun 2013 11:47 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Jun 2013

SHAH ALAM – PR menyuarakan kekecewaan berikutan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) tidak tertakluk pengawasan Parlimen.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu diketahui PR semasa mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) baru-baru ini.

"Walaupun kami menghargai rundingan yang dianjurkan oleh Miti, tetapi kami masih tidak berpuas hati bahawa pada hakikatnya TPP itu tidak tertakluk kepada pengawasan Parlimen.

"Rangka kerja undang-undang TPP yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan bersama yang turut melibatkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan mewakili Institut Rakyat, Azrul Azwar.

Nurul Izzah berkata, PR mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pantau perkara itu secara khusus.

"Kami tetap komited memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi dalam semua aspek TPP. Kami juga mahu sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen dwi-partisan mengenai TPP ditubuhkan dengan segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pr-gesa-tubuh-psc-pantau-secara-khusus-1.173186

Tiada ulasan:

Nuffnang