Rabu, 19 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pelajar Tingkatan Lima Maut Selepas Dijangkiti Kencing Tikus

Posted: 19 Jun 2013 06:17 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BARU: Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka di sini meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang.
Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.


Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum cutipertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya di Paka,Terengganu.
"Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada dalam keadaan lemah," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Nur Ilyana berkata, guru tersebut kemudiannya membawa Mohd Alif ke HUSM Kubang Kerian untuk menerima rawatan dan pihak hospital mengesyaki beliau terkena demam denggi, namun pemeriksaan susulan mendapati terkena jangkitan virus kencing tikus.
"Mohd Alif meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi semalam dan dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu pada hari sama," katanya.
Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian, Datuk Dr Zaidon Kamari dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama pada Rabu mengesahkan mengenai kematian pelajar tersebut akibat virus jangkitan kencing tikus.
Beliau juga mengesahkan bahawa pesakit itu, sebelum ini, dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian. - BERNAMA

Kami Akan Hadir Angkat Sumpah Parlimen - Anwar

Posted: 19 Jun 2013 06:16 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum k-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.
Ketua Pembangkang itu berkata bahawa terdapat salah faham berhubung perkara itu, kerana mereka hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.
Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.
Sebelum ini, pada majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat, hanya seorang ahli Parlimen Pakatyan Rakyat yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.

Kerajaan Selangor Buat Keputusan Ganti Kenderaan Rasmi

Posted: 19 Jun 2013 06:12 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor meneruskan amalan perbelanjaan berhemah apabila mengarahkan ahli Exco membeli semula kenderaan rasmi yang telah digunakan sejak lima tahun lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibahim berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan keputusan itu dan turut mencadangkan supaya Toyota Camry itu ditawarkan kepada bekas Exco penggal lalu.
Abdul Khalid berkata, hasil jualan kenderaan terbabit akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sebelum pengisytiharan harta dibentangkan oleh setiap Exco dalam masa terdekat.
"Kita sudah maklumkan kepada Exco supaya membeli kenderaan terbabit," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di
sini hari ini.
Laporan sebelum ini menyebut Putrajaya juga turut mempertimbangkan untuk menukar kenderaaan rasmi Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan kepada Honda Accord 2.6 liter.
Manakala kerajaan Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat, selepas
Terengganu menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes-Benz E200 Kompressor sejak tahun 2008, Perak (Toyota Camry)  dan Sabah (Volvo S80s).
Sementara itu, ditanya mengenai pelantikan Pegawai Perhubungan Politik, Abdul Khalid berkata pihaknya akan mengumumkan perincian skop tugas dan proses lantikan selewat-lewatnya sebelum perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini.
Pakatan Rakyat meletakkan tiga pemimpinnya, iaitu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok dan Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjaga perhubungan hal ehwal politik di Pejabat Menteri Besar.. FMT/-

Mahkamah tangguh 17 Julai dengar laporan mental amah `lambung' bayi

Posted: 19 Jun 2013 06:04 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 17 Julai depan untuk mendengar keputusan laporan pemeriksaan mental seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mendera bayi majikannya, Februari lalu. 

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam T. Vijayandran, yang mewakili Yuliana, 23, agar kes itu disebut semula pada tarikh lain bagi membolehkan beliau membincangkan laporan itu dengan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Vijayandran mempersoal kesahihan laporan itu yang disediakan Pegawai Perunding Forensik Psikiatrik Hospital Permai, Johor, Dr Badia'h Yahya, bukannya pengarahnya. 

"Seksyen 343 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa apa-apa laporan itu mesti dibuat oleh Pengarah hospital. Saya menghubungi pihak hospital dan dimaklumkan pengarahnya adalah Dr Abdul Kadir Abu Bakar," katanya. 

Terdahulu, Mariana membacakan laporan Dr Badia'h di mahkamah yang menyatakan ketika kejadian tertuduh tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit mental yang serius. 

"Pada pendapat saya semasa kejadian itu, dia berfikiran waras dan mampu memahami bahawa tindakan beliau adalah menyalahi undang-undang. 

"Dia patut dibicarakan dan layak membuat pembelaan di mahkamah bagi mempertahankan dirinya," katanya. 

Yuliana dari Acheh, Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Feb lepas. 

Pada 12 Mac lalu, Mariana memerintahkan wanita terbabit ditahan sementara di Hospital Permai selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah wanita terbabit memohon menggantung pelaksanaan hukuman yang dihadapinya. - BERNAMA 

100 rumah kayu terbakar, 500 mangsa terlibat

Posted: 19 Jun 2013 06:02 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KEPULAN asap tebal menjulang diudara akibat kebakaran yang melibatkan lebih 100 buah rumah kayu di Kampung Datu, Sibu, Sarawak hari ini. - UTUSAN/FIRDAUS HASSAN

SIBU 19 Jun - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah kayu milik mereka petang ini.

Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain dengan cepat.


Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.

Katanya, lima minit kemudian apabila bomba tiba di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah yang lain.

"Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.

"Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar sedang mengawal keadaan daripada merebak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang ini anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. - UTUSAN ONLINE




'Konspirasi' tukar tempat larian olimpik

Posted: 19 Jun 2013 04:18 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak.


  • NONE
    Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat.

    Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar.

    "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

    "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

    Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka.
Malaysiakini/-

Budak 13 tahun didakwa sebabkan kematian adik meniru aksi gusti

Posted: 19 Jun 2013 03:35 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


NEW ORLEANS: Seorang budak berusia 13 tahun dari pinggir bandar New Orleans menghadapi tuduhan membunuh adik perempuannya berusia lima tahun selepas memberitahu penyiasat ia kerap melakukan kekasaran meniru aksi gusti melalui televisyen. 

"Budak 13 tahun itu memberitahu dia mula meniru aksi 'WWE' dengan melakukannya kepada adiknya itu," kata Kol. John Fortunato di pejabat Sheriff Jefferson Parish dalam satu kenyataan hari ini. 

Aksi itu termasuk sering menghempas adiknya di atas katil, menumbuknya di perut, melompat dan mengiku adiknya. 

Siasatan koroner menunjukkan, kanak-kanak perempuan itu mati disebabkan beberapa kecederaan, termasuk patah tulang rusuk, pecah hati dan pendarahan dalaman. 

Dalam satu kenyataan hari ini, WWE merakam takziah kepada keluarga mangsa dan amat prihatin kes kematian seumpama itu boleh menjejaskan industri berkenaan. 

"Pihak berkuasa sudah mendakwa tertuduh atas tuduhan membunuh kelas kedua dan mengenal pasti ia bukan kematian mengejut disebabkan aksi gusti," katanya. - AP 

Pasangan suami isteri dipenjara 15 tahun dera pembantu rumah

Posted: 19 Jun 2013 03:27 AM PDT


10 Syaaban 1434 H. [MOD] -



JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia mereka, tahun lalu. 

Mohd Shukur Suradi, 29, seorang ahli perniagaan, dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali manakala isterinya, Daeng Norulasyikin Bachok, 28, seorang guru, turut dikenakan penjara 15 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini, 22. 
Mereka turut dipenjara masing-masing 10 tahun atas pertuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa. 



Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan. 

Dalam penghakimannya, beliau berkata perbuatan kedua-dua tertuduh adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan serta tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain. 

Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan kes di Mahkamah Tinggi. 

Atas pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini dengan menggunakan pisau, kayu golf, tali pinggang, minyak panas, penyangkut baju, senduk dan sudu panas. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di nombor 7, Jalan Utama 5, Taman D Utama Perling, di sini, antara Julai dan 23 Sept tahun lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua pasangan itu didakwa memperdagangkan Marsini bagi maksud eksploitasi dengan cara bekerja sebagai pembantu rumah di alamat yang sama kira-kira jam 12 tengah hari, 23 September lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir. - BERNAMA

Penerbangan terus Kota Bharu ke Bangkok, Hanoi

Posted: 19 Jun 2013 03:21 AM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Firefly kini pada peringkat akhir kajian mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok, Thailand dan Hanoi, Vietnam.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, pihaknya sedang dalam peringkat akhir kajian menjadikan Kelantan sebagai hub penerbangan jarak dekat di negara ini.
Katanya, matlamat syarikat itu memudahkan semua pihak menggunakan penerbangan untuk ke seluruh destinasi jarak dekat di rantau ini.

"Kami berharap kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat tersebut.

"Ini secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pelancong datang ke Kelantan bagi meningkatkan perkembangan ekonomi," katanya pada pertemuan dengan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

Firefly sebelum ini mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura sebanyak empat kali seminggu bermula Ramadan tahun lepas.

Ignatius juga berkata, kadar permintaan penumpang di Kelantan begitu tinggi sehingga menyebabkan Firefly menyediakan lapan penerbangan sehari.

Ia meliputi Kota Bharu-Pulau Pinang, Kota Bharu–Subang dan Kota Bharu-Senai, Johor. Firefly milik penuh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Sementara itu Md Anizam berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana syarikat penerbangan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan.

"Dengan adanya kemudahan pengangkutan yang lebih baik, ia akan dapat membantu meningkatkan perkembangan sektor pelancongan.

"Adalah dijangka dengan adanya penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok dan Hanoi dan sebaliknya, akan dapat meningkatkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.


Beliau juga berharap kerajaan pusat memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang berminat mengadakan penerbangan ke destinasi antarabangsa dari Kelantan.

Harakahdaily/-

9 pelajar sedang menduduki peperiksaan maut diserang individu bersenjata

Posted: 18 Jun 2013 08:44 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


MAIDUGURI (Nigeria): Individu bersenjata menembak mati sembilan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan dalam satu serangan ke atas sebuah sekolah swasta di Maiduguri, timur laut Nigeria, hari ini. 

Serangan itu, berlaku di wilayah kubu kuat pemberontak Boko Haram, di pinggir bandar Jajeri, kata penduduk tempatan. 

Saudara salah seorang pelajar yang ditembak mati, Mohammed Saleh, berkata serangan itu berlaku sejurus peperiksaan akhir tahun bermula. 

"Sembilan pelajar meninggal dunia serta-merta," katanya, sambil mendakwa serangan itu didalangi ahli Boko Haram. - AFP

SPR paksa rakyat demo depan pejabatnya

Posted: 18 Jun 2013 08:38 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Keengganan kepimpinan SPR meletak jawatan seolah-olah memaksa rakyat berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Setelah mengakui dakwat yang mereka dakwa kekal sebenarnya tidak kekal, sikap keras kepala kepimpinan SPR yang enggan meletak jawatan seolah-olah bersungguh-sungguh memaksa majoriti rakyat yang marah dan tidak percaya lagi kepada mereka berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu," kata beliau.
Salahuddin berkata, amat tidak wajar SPR bertindak sedemikian ketika Pakatan Rakyat sendiri memilih mengadakan perhimpunan aman Black 505 memprotes penipuan dalam pilihan raya di Padang Merbok.

Beliau meminta kepimpinan SPR menghentikan pembohongan bersiri bagi mengelakkan diri meletak jawatan secara bermaruah.

"Bertentangan dengan dakwaan (Timbalan Pengerusi SPR, Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kononnya SPR telah berjaya mencapai objektif dan tidak perlu meletak jawatan, SPR terbukti gagal mengadakan pilihan raya yang bersih berikutan pengakuan (Pengerusi SPR, Tan Sri) Abdul Aziz (Yusuf) bahawa dakwat yang sebelum itu didakwa kekal sebenarnya tidak kekal," kata Salahuddin.

Dalam pengakuannya bahawa dakwat yang sebelum itu mereka dakwa kekal itu sebenarnya tidak kekal, Pengerusi SPR berkata: "Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?"

Salahuddin bersetuju dengan pandangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR gagal mencapai matlamat mengadakan pilihan raya bersih apabila terbukti dakwat itu tidak kekal sedangkan tujuan penggunaan dakwat kekal ialah untuk memastikan pilihan raya yang bersih.

"Bukan setakat gagal mengadakan pilihan raya bersih malah SPR berbohong kerana sebelum ini Wan Ahmad sendiri menafikan dakwat kekal cuma tahan tiga hari," kata Salahuddin.

Dalam kenyataannya sebelum itu, Timbalan Pengerusi SPR itu mendakwa, pihaknya sudah melakukan ujian terhadap dakwat itu dan terbukti ia mampu bertahan dalam tempoh tujuh hari.

"Setelah berbohong, beliau marah pula kepada rakyat yang membuktikan dakwat kekal itu tidak kekal," kata Salahuddin lagi.

Wan Ahmad dilaporkan menyelar rakyat yang membasuh dakwat yang didakwa kekal itu dan seterusnya memuat naik di laman sosial.

Beliau menyifatkan perbuatan itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Air: MB Selangor jumpa kementerian minggu depan

Posted: 18 Jun 2013 08:36 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perbincangan awal mengenai penstrukturan semula industri air dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dijangka akan diadakan minggu depan.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan satu temujanji sudah diatur oleh pejabatnya dengan pihak kementerian.

Katanya, pertemuan antara pihak kementerian itu akan dihadiri oleh beliau sendiri.


"Seperti yang kita tahu, Menteri Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan persediaan untuk bertemu saya bagi membincangkan perkara ini.

"Oleh itu, saya akan bertemu dengan pihak Kementerian minggu depan," katanya dipetik Selangorku.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Cheque daripada penaja-penaja Kejohanan Golf Worlwide Holdings di Kelab Seri Selangor, di Damansara, semalam.

Abdul Khalid menambah temujanji itu akan diadakan sebagai permulaan awal sebelum perbincangan terperinci mengenai isu itu.

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.


Kerajaan negeri telah menawarkan RM9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini mereka telah memberi respons positif terhadap tawaran itu.

Harakahdaily/-

Tujuh tempat catat bacaan IPU tidak sihat

Posted: 18 Jun 2013 08:29 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kualiti udara terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, sehingga jam 7 pagi ini berbanding hanya tiga kawasan pada petang semalam. 


Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, negeri yang paling teruk terjejas ialah Johor yang merekodkan empat kawasan tidak sihat iaitu Kota Tinggi (137), Larkin Lama (122), Muar (133) dan Pasir Gudang (148). 


Sementara itu, di Melaka mencatatkan dua kawasan tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka (148) dan Bukit Rambai (114) manakala di Banting, Selangor mencatatkan bacaan 115. 



Sementara itu, sebanyak 39 kawasan mencatatkan IPU sederhana manakala lima kawasan berada pada tahap baik. 



Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Australia iringi Jepun ke Brazil

Posted: 18 Jun 2013 08:26 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SYDNEY - Australia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil apabila jaringan Josh Kennedy pada babak akhir perlawanan memberikan mereka kemenangan 1-0 ke atas Iraq di sini, semalam.


Ia bukanlah kemenangan yang menyakinkan di hadapan 80,000 penyokong mereka, namun ia sudah memadai buat skuad Socceroos layak buat kali ketiga ke Piala Dunia.

Australia menyertai Jepun yang telah mengesahkan kelayakan ke Brazil dari Kumpulan B zon Asia.

Kemenangan semalam meletakan Australia dengan 13 mata, tidak lagi dapat dipintas oleh Oman dan Jordan.
Australia mempersia-siakan peluang gol yang tidak terkira dalam perlawanan di padang yang basah sebelum jurulatih Holger Osieck menggantikan Tim Cahill dengan Kennedy pada minit ke-77.

Kennedy, yang beraksi dengan kelab Nagoya Grampus tidak mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan jurulatih apabila melakukan tandukan untuk memberikan gol kemenangan buat Australia pada minit ke-83.
"Saya bangga dengan aksi pemain. Kempen kelayakan ini amat sukar namun kami membuktikan kekuatan mental.

"Saya minta maaf kerana ia bukan keputusan yang menyakinkan namun kami mengalahkan Iraq.

"Kami melihat secara positif keputusan ini, kami akan ke Brazil," kata ketua pasukan, Lucas Neill.

Osieck yakin terhadap pasukannya selepas membenam Jordan 4-0 dalam aksi kelayakan di Melbourne minggu lalu dan pemain membalas kepercayaan tersebut walaupun ia bukanlah prestasi membanggakan seperti mana yang dijangkakan.

"Ia kempen kelayakan yang sukar namun kami mula menjadikan ia sebagai harapan dalam tiga perlawanan terakhir.

"Saya amat gembira terhadap pemain dan penyokong. Ia perlawanan yang sukar, pasukan memberikan saingan," kata Osieck. - AFP



Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014

Posted: 18 Jun 2013 08:23 PM PDT


10 Syaaban 1434 H. [MOD] -



ULSAN, Korea Selatan, 19 Jun - Iran menewaskan Korea Selatan 1-0 untuk layak ke pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014, namun tuan rumah turut mara selepas memiliki kelebihan gol ke atas pencabar terdekat, Uzbekistan. 

Uzbekistan menewaskan Qatar 5-1 dalam satu lagi perlawanan di Tashkent, tetapi pasukan tuan rumah memerlukan kemenangan dengan kelebihan tujuh gol malangnya gagal menyekat kemaraan Korea Selatan yang meraih tempat kedua kelayakan secara automatik dalam Kumpulan A.

Uzbekistan masih berpeluang untuk layak ke Piala Dunia menerusi perlawanan playoff. - Agensi




7 tempat berkumpul demo ‘Black 505'

Posted: 18 Jun 2013 08:19 PM PDT


10 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Pakatan Rakyat dan pemimpin NGO akan berkumpul di tujuh tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan 'Black 505'.

Tempat-tempat itu:

Brickfields - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah

Masjid Negara - dipimpin oleh anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali

Jalan Pudu - dipimpin oleh Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, setiausaha organisasi parti Anthony Loke dan pemimpin kumpulan anti-Lynas leader Wong Tack

Jalan Raja Laut (pejabat PAS) - dipimpin oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalab presiden Mohamad Sabu

Jalan Raja Laut (Sogo) - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Tian Chua dan NGO bekas-bekas pesara tentera

Universiti Malaya - dipimpin oleh aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan

Pekeliling - dipimpin oleh Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK

S'pura catat PSI jerebu tertinggi dalam 16 tahun

Posted: 18 Jun 2013 08:13 PM PDT

Bandar raya Singapura diselubungi jerebu akibat pencemaran daripada kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia. - AFP
10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Undang-undang Singapura K Shanmugam kelmarin menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa untuk menyuarakan kebimbangan Singapura berkaitan keadaan jerebu yang semakin buruk.


Menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Luar, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air republik berkenaan Dr Vivian Balakrishnan turut menghubungi Menteri Alam Sekitar Indonesia Prof Dr Balthasar Kambuaya untuk merakamkan kebimbangan mereka.


Kedua-dua menteri Singapura itu menegaskan bahawa Indeks Tahap Pencemaran Singapura (PSI) telah mengatasi paras 150 hari sebelumnya, dan kini memasuki zon tidak sihat.



Laporan pada Isnin menyebut bacaan PSI mencecah 155 pada 10 malam, iaitu catatan tertinggi Singapura bagi tempoh 16 tahun dan memberi penekanan kepada keadaan yang mendesak itu.



Pada masa sama, mereka menegaskan semula komitmen Singapura untuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran di Sumatera.



Kenyataan itu menyebut Balakrishnan memohon agar Indonesia berkongsi maklumat yang berkaitan untuk meningkatkan pemantauan titik panas dan aktiviti pemugaran tanah.



Menurut kenyataan itu persetujuan mengenai perkara itu dicapai antara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand pada Oktober 2012.

Shanmugam dan Balakrishnan merujuk kepada dakwaan seorang pegawai Kementerian Perhutanan Indonesia dalam media bahawa syarikat perladangan sawit Malaysia dan Singapura yang melabur di Indonesia mungkin bertanggungjawab dalam memulakan kebakaran di Riau.

- Bernama

Kerosakan Jalan Dan Keselamatan Pekerja Perindustrian Perlu Perhatian

Posted: 18 Jun 2013 08:08 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Bandar Bintulu yang terkenal dengan pengeluaran gas asli semakin pesat membangun. Banyak projek baru di kawasan Bintulu MLNG Train 9, Kidurong Gateway Industrial Park,Sungai Plan Industrial Park telah mula beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut.


Sebelum pilihanraya umum lalu, mereka menampal jalan lama untuk memudahkan para pekerja masuk ke kawasan perindustrian tersebut. Masalahnya sekarang ini jalan tidak rata dan  persimpangan jalan yang tidak mempunyai tanda jalan dari arah Sungai Plan, kilang SPOB dan Kidurong Light Industrial Area masih belum dibaiki sepenuhnya. Ianya sangat merbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati memandu atau menunggang motosikal terutama sekali waktu malam.



Bandar Bintulu yang terkenal dengan pengeluaran gas asli semakin pesat membangun. Banyak projek baru di kawasan Bintulu MLNG Train 9, Kidurong Gateway Industrial Park,Sungai Plan Industrial Park telah mula beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut.



Sebelum pilihanraya umum lalu, mereka menampal jalan lama untuk memudahkan para pekerja masuk ke kawasan perindustrian tersebut. Masalahnya sekarang ini jalan tidak rata dan  persimpangan jalan yang tidak mempunyai tanda jalan dari arah Sungai Plan, kilang SPOB dan Kidurong Light Industrial Area masih belum dibaiki sepenuhnya. Ianya sangat merbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati memandu atau menunggang motosikal terutama sekali waktu malam.



Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi pihak JKR mendakwa yang jalan Kidurong adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat dan pihak HCM merupakan konsesi yang telah dipertanggungjawabkan penyelenggaraan rutin tersebut.



Menurut pihak yang berkenaan, pihak mereka masih belum mendapat peruntukan untuk membaikpulih jalan tersebut.  Untuk makluman, kerosakan jalan yang berlaku pada jalan tersebut tidak dapat dibaiki dibawah pembaikan rutin tetapi memerlukan peruntukan khas dibawah penyelenggaraan berkala. Inilah satu-satunya akses jalan tanpa ada jalan alternatif untuk menuju ke arah kawasan pelbagai Plant (MLNG,SMDS,ABF,Bintulu Port dan Samalaju). Sekiranya sesuatu kecemasan berlaku seperti letupan gas dan sebagainya, sukar bagi para pekerja dalam kawasan tersebut untuk keluar melarikan diri ke tempat yang lebih selamat kerana itulah saja jalan keluar untuk membawa para
pekerja yang memerlukan rawatan kecemasan dan sebagainya.



Kita menerima aduan ini dari para pekerja yang perihatin akan masalah yang dihadapi oleh para pekerja dalam kawasan industrian tersebut dan mereka mengesa agar pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera membaiki serta membina jalan alternatif untuk jalan keluar sekiranya berlaku kecemasan.



Kita mengesa pihak kerajaan dan HCM yang dipertanggungjawab dalam pembinaan jalan ini segera membaiki jalan tersebut demi keselamatan para pekerja dalam kawasan perindustrian tersebut. Keselamatan pekerja dalam kawasan perindustrian adalah keutamaan disamping jalanraya, kerajaan perlu membina kawasan perlindungan untuk pekerja berlindung dari sebarang bencana alam, pencemaran udara dan sebagainya sebab kawasan perindustrian perlu perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan agar mereka bekerja dalam keadaan selamat dan selesa.



Persekitaran kerja industri amat berbahaya sekiranya pekerja cuai dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Menurut Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), setiap tahun terdapat pekerja yang mengalami kecederaan  yang menyebabkan amputasi dan luka kerana amalan kerja yang tidak selamat. Lindungilah tapak kerja perindustrian untuk memastikan pekerja selamat.



Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Apa yang tersirat disebalik konflik di Syria

Posted: 18 Jun 2013 04:40 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat.

Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.

Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.

Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.

Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya.

Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel.Semua ini menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.

Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam.

Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka. Ia diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.

Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan.

Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel.

Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel. Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya.

Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.

PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat.

Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya.

Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).

Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.

Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.

Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya.

Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain.

Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel.

Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.

Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.

Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu.

Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.

Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut.

Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.

Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman.

Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.

Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan.

Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya'irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah.

Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.

Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.

Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.

Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan.

Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang. Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam.

Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad. Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar.

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan.

Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak. Langkah penubuhan Majma' Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam.

Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. Malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.


Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.

Perisai dari Neraka

Posted: 18 Jun 2013 04:26 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Islam memberikan apresiasi yang tinggi kepada sosok ibu, hal ini terbaca dari perintah berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tua di mana salah satunya adalah ibu dan ibu lebih dikedepankan dalam kebaikan kepada kedua orang tua, terbukti Rasulullah saw mengulang jawaban kepada laki-laki yang bertanya, siapa yang paling berhak mendapatkan perlakuan baiknya? "Ibumu" sebanyak tiga kali, baru pada kali keempat beliau menjawab, "Bapakmu"

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudri berkata, para wanita datang kepada Nabi saw, mereka berkata, "Ya Rasulullah, kaum laki-laki lebih banyak mengambil waktumu daripada kami, sisihkanlah satu hari dari dirimu untuk kami." Maka Nabi saw menjanjikan satu hari pertemuan, beliau memerintahkan dan menasihati mereka, di antara yang beliau sabdakan kepada mereka, "Tidak ada seorang wanita dari kalian yang ditinggal wafat oleh tiga orang anaknya kecuali hal itu merupakan perlindungan baginya dari api neraka." Seorang wanita berkata, "Dan dua anak?" Beliau menjawab, "Dan dua anak." Dalam riwayat Abu Hurairah, "Tiga anak yang belum mencapai usia baligh." 

"Tidak ada seorang wanita dari kalian." Ini adalah sabda Rasulullah saw yang beliau tujukan kepada kaum wanita yang hadir di majlis yang diadakan oleh mereka dengan Rasulullah saw sebagai pembicara setelah sebelum telah terjadi kesepakatan. Sudah barang tentau sabda ini bukan khusus untuk yang hadir semata, namun ia untuk mereka dan para wanita yang hadir sesudah mereka. 

"Yang ditinggal wafat oleh tiga orang anaknya." Yakni anaknya meninggal semasa ibu masih hidup, anak mendahului ibu berpulang ke hadirat Allah. Dan kata, "Anak." mencakup anak laki-laki dan anak perempuan. Namun anak di sini adalah anak yang wafat dalam usia belum mencapai dewasa, anak yang meninggal dalam usia dia sebagai anak. Di samping itu jumlah anak yang meninggal adalah tiga dan setelah ditawar oleh seorang wanita yang hadir, jumlahnya berkurang menjadi dua. 

"Kecuali hal itu merupakan perlindungan baginya dari api neraka." Yang di maksud dengan hal itu adalah apa yang disebutkan sebelumnya, yaitu empat perkara. Pertama, terjadinya wafat anak bagi seorang ibu. Kedua, wafat terjadi dalam hidup ibu. Ketiga, anak ibu yang wafat adalah dua. Keempat, dua anak yang wafat ini masih berusia anak-anak. Jika empat perkara ini terpenuhi maka terwujudlah janji yang terucap oleh Rasulullah saw yaitu terlindunginya ibu dari api neraka. 

Seorang wanita berkata, "Dan dua anak?" Beliau menjawab, "Dan dua anak." Para wanita patut berterima kasih kepada wanita ini, karena keberaniannya menawar dan tawarannya diterima. Sepertinya yang membuat wanita ini berkata demikian adalah kenyataan bahwa angka tiga adalah banyak, bilangan itu tidak mudah terwujud, yang lebih dekat dan mungkin adalah angka dua. 

Penulis berkata, anak bagi ibu adalah belahan jiwa dan buah hati, tidak ada yang lebih berarti, tidak ada yang lebih bernilai dalam kehidupan ibu melebihi anak, seorang ibu rela kehilangan apa yang dia miliki, mengorbankan apa yang mungkin dikorbankan demi anak. Seandainya ibu diminta memilih menjadi wanita termiskin di dunia dengan anak di sisinya atau menjadi wanita terkaya dengan anak yang diambil oleh yang Mahakuasa, niscaya dia akan memilih yang pertama. Anak adalah kebahagiaan bagi ibu. Perginya anak adalah duka mendalam bagi ibu, lebih-lebih anak yang masih kecil. 

Tidak mengherankan karena untuk bisa menghadirkan anak ke dunia ibu harus menjalani empat penderitaan besar yang tidak bisa dia bagi kepada orang lain sekalipun dia adalah orang yang paling dekat kepadanya, suaminya. Mengandung selama sembilan bulan dalam keadaan wahnan ala wahnin, kelemahan di atas kelemahan, kelemahan seorang wanita di tambah dengan kelemahan kehamilan. Selama sembilan bulan dia membawa ke mana pun dan di mana pun. Selama itu keberadaan anak ini benar-benar membatasi segala aktifitasnya. Namun ibu menjalaninya dengan hati yang lapang dan jiwa yang tersenyum, justru di sanalah kebahagian terpancar. 

Setelah melewati masa sembilan bulan, tiba masa untuk melahirkan. Sebuah proses berat lagi menyakitkan bagi seorang ibu dengan nyawa sebagai taruhannya. Maka sebagai wujud penghargaan kepada ibu yang melahirkan, Rasulullah saw memberi gelar syahadah (wafat dengan pahala sebagai syahid) kepada wanita yang wafat dalam masa melahirkan ini. Selesai melahirkan tugas dan beban baru yang tidak bisa dikatakan ringan langsung tersemat di pundak ibu, dia harus memberi makan kepada anaknya melalui ASI selama dua tahun yang di sambung dengan makanan lainnya plus mengasuh dan merawatnya. 

Maka lumrah jika Allah mengambil buah hati darinya, dia akan bersedih dengan kesedihan yang sangat mendalam, lebih-lebih jika yang diambil oleh Allah tidak seorang melainkan dua orang dan dua orang ini masih berusia anak-anak, dalam masa ini keterkaitan hati ibu kepadanya masih sangat kuat, jalinan emosi antara anak dengan ibu masih sangat melekat erat, lalu tiba-tiba anaknya pergi dengan kehendak Ilahi Rabbi, bisa dibayangkan bagaimana sedihnya hati ibu. Di sini Rasulullah saw menghibur ibu yang mengalami ujian berat ini dengan menjanjikan perlindungan dan keterjagaan dari api neraka. Terjaga dan terlindungi dari apai neraka berarti sebaliknya, meraih surga, sebab hanya dengan ini perlindungan dari api neraka terwujud. 

Ada tambahan satu syarat lagi, syarat ini bersifat mendasar, ia merupakan syarat umum yaitu sabar. Mengapa? Sebab wafatnya anak adalah sebuah musibah bagi kedua orang tuanya khusunya ibu dan sebuah musibah akan berakibat baik, di dunia dan di akhirat, jika ia disikapi dan dihadapi dengan sabar. Berbeda perkaranya jika seorang ibu ditinggal wafat anaknya, sekalipun dua atau lebih, lalu dia meratap, berteriak histeris, meraung-raung, memukul pipi, merobek baju dan menyerukan seruan-seruan jahiliyah, ibu sepertinya ini menurut ijtihad penulis tidak meraih janji yang diucapkan oleh Rasulullah saw di dalam hadits.Wallahu a'lam. 

Berdosa

Posted: 18 Jun 2013 04:12 PM PDT


10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Oleh: Jarjani Usman

"Allah telah berfirman,'Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka ber-istighfar-lah kalian kepada-Ku, niscaya kalian Aku ampuni" (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi).

Dalam kata-kata yang diucapkan, bisa dikenali bagaimana seseorang meletakkan dirinya terhadap persoalan siapa yang berdosa.  Sebahagian orang, ketika menyebut dosa, menggunakan kata-kata "dia", "mereka", dan "kalian" atau "kamu".  Orang lain diletakkan (selalu) melakukan dosa.  Sedangkan dirinya semacam  tidak berdosa.

Padahal telah dikatakan bahwa setiap hamba tidak terlepas dari dosa, kecuali yang dijaga Allah seperti Nabi Muhammad SAW.  Dengan demikian, seseorang yang alim atau senantiasa mengajak orang lain kepada kebenaran pun berpeluang mempunyai dosa, Apalagi manusia adalah makhluk pelupa dan mudah terpedaya oleh keindahan dunia.

Karena itu, sangat elok bila sesama insan (yang berdosa), kita menggunakan kata yang menunjukkan kesalingan. Artinya, kita tidak hanya menunjuk orang lain, kita juga demikian.  Sehingga perlu mengajak orang lain sekaligus mengajak diri sendiri untuk tidak melakukan perbuatan dosa. Kata-kata yang bernada kesalingan yang seharusnya dilakukan manusia bisa ditemukan dalam Kitab Suci Alquran.  Dalam surah al 'Ashr, misalnya, disebutkan: "...nasehat-menasehati supaya menaati kebenaran" dan " nasehat-menasehati untuk menetapi kesabaran". http://aceh.tribunnews.com

Dua Maut, Empat Parah Dalam Nahas Jalan Raya

Posted: 18 Jun 2013 04:05 PM PDT


10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


POH: Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal di Kilometer 13.9 Jalan Kuala Sepetang-Taiping awal pagi Selasa.
Penunggang motosikal Harvinder Singh Jamir Singh, 28, dari Kampung Larut Tin dan seorang pembonceng Radizah Yusoff, 55, dari Taman Kaya, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Mangsa yang cedera parah pula ialah suami Radizah, Mohd Zaini Abdullah, 58, Johari Zakaria, 51, dan Mohd Ismail Md. Ramli, 22, serta seorang pemandu kereta, Harvinder Singh Santokh Singh, 45.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata kejadian itu berlaku pada pukul 12.30 pagi apabila kereta Mercedes Benz yang dipandu Harvinder Singh Santokh Singh hilang kawalan lalu melanggar tiga motosikal yang datang dari arah yang sama.
"Pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang itu gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar tiga motosikal. Dua mangsa yang menaiki motosikal maut dan pemandu kereta cedera di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi.
Kesemua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Taiping. - BERNAMA

Buka Tudung Untuk Jadi Jururawat: Kerajaan Pahang Akan Siasat

Posted: 18 Jun 2013 03:48 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.


"Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.
"Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas "surat pembaca" dalam sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu. - BERNAMA

KLIA2 Siap 30 April Tahun Depan, Beroperasi 2 Mei

Posted: 18 Jun 2013 03:39 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan pembukaan klia2 untuk beroperasi pada 2 Mei tahun depan berikutan tarikh siap yang dipinda kepada 30 April oleh kontraktor.
Terminal kos rendah itu sepatutnya dibuka pada 28 Jun tahun ini selepas beberapa penundaan tarikh akhir sebelum ini.
MAHB juga sebelum ini mengumumkan bahawa kontraktor lapangan terbang itu memohon tempoh untuk memberikan tarikh pindaan baharu untuk penyiapannya.
Dalam satu kenyataan, pengendali lapangan terbang itu berkata UEMC-Bina Puri JV, kontraktor bagi bangunan terminal itu, telah hari ini mengesahkan 30 April, 2014 sebagai tarikh baharu penyiapan klia2.
Ini termasuk mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) menurut obligasi berkontrak.
MAHB berkata ia akan terus memantau kerja yang dijalankan oleh semua kontraktor dan Ganti Rugi Tertentu (LAD) dikenakan menurut obligasi berkontrak masing-masing.
Dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kualiti, kontraktor perlu memastikan penyiapan bangunan terminal klia2 mematuhi semua piawaian keselamatan seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia dan MAHB.
MAHB pada Isnin mengumumkan UEMC-Bina Puri JV akan dikenakan LAD harian sebanyak RM199,445.40 sehari, sebagai kontraktor bangunan terminal utama klia2, bermula Ahad.
MAHB juga berkata ia telah mengeluarkan perakuan tidak siap kepada UEMC-Bina Puri JV atas kegagalannya menyiapkan kerja menjelang tarikh akhir kelulusan pada 15 Jun, 2013.- BERNAMA

Kelantan bina jaringan pelaburan Islamik

Posted: 18 Jun 2013 03:34 PM PDT

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan meningkatkan usaha misi pelaburan dengan matlamat membina jaringan pelaburan Islamik khususnya di Timur Tengah sebagai keutamaan.


Ianya selaras dengan harapan Sultan Muhammad V yang berharap Kelantan mempergiatkan usaha menarik pelabur.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata di samping mengukuhkan hubungan Jaringan Perdagangan Islam di sebelah timur, termasuk Persatuan Pedagang Muslim di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun Kelantan petang ini.

Tegasnya, kerajaan negeri juga berhasrat membina rangkaian makanan halal dengan meningkatkan kemasukan pelabur di halal hub dan akan bekerjasama dengan pembekal makanan halal daripada negara Arab.

"Saya sendiri akan menerokai peluang bertemu pelabur Arabian Countries ini selari dengan hasrat perancangan kerajaan negeri untuk menubuhkan Sekretariat Hubungan Kelantan-Arabian Countries.

"Menerusi kerjasama ini juga akan menarik kepakaran dalam industri pendidikan, minyak, gas serta pelancongan Islam," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, hubungan dagang itu diharap dapat dipermudahkan memandangkan beberapa orang Adun dan bekas Adun mempunyai pakar dalam hubungan dengan negara Arab.

Pada masa yang sama, Ahmad turut mendedahkan sektor pelancongan dilihat berpotensi sehingga pengusaha di negeri itu berjaya meraih RM1.8 billion bagi pengusaha berkaitan pelancongan.

Jelasnya, ia hasil kejayaan urus tadbir Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berteraskan Membangun Bersama Islam.

Selain kejayaan lain, katanya Kelantan juga turut wujud persekitaran sejahtera yang menarik minat pusat pendidikan di negeri itu.

"Selain beberapa IPTA, kita ada IPTS dan ada yang bertaraf antarabangsa seperti Universiti Lim Kok Wing," ujarnya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang Dun Kelantan setelah berlangsung selama tiga hari bermula Ahad lalu.

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan ke-13 tahun ini disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang