Dr Siti Mariah Mahmud |
Menyelusuri Lorong Mati menjelang Ramadhan Posted: 18 Jun 2013 10:42 PM PDT Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan ‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerja pekerja seks murahan mencari nafkah untuk menyara hidup. (Dr Siti Mariah...pelopor bantuan untuk golongan glandangan bersama rakannya Allahyarham Dr Lo' Lo') Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam. Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di tepi jalan mencari pelanggan. Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan gelandangan. Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan bangunan mencakar langit. Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi. Setiap tahun menjelang Ramadhan, Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi dengan bantuan pembaca semua. Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program ini dengan menyalurkannya ke akaun “Dana Kami Prihatin” 1211 3010 0261 50 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood di nombor 019 236 1889. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan