Mohamad Taufek Abd Ghani |
Pusat Pengajian Islam khusus untuk golongan OKU Posted: 23 Jun 2013 08:29 PM PDT PERSATUAN KEBAJIKAN SAHABAT INSANI MALAYSIA (No. Pendaftaran 5526-11-NSE) - Pusat Pengajian Islam Golongan Berkeperluan Khas - Masalah Pendengaran, Penglihatan Dan Pembelajaran Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia ditubuhkan dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama. Antara matlamat penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut : i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat) ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah penglihatan. iv. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama v. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja vi. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta asas agama dalam kalangan OKU vii. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan minoriti yang terdiri daripada golongan OKU Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani (KPSI) ini, Sahabat Insani Malaysia merayu dan memohon mana-mana pihak yang sudi tampil membantu Sahabat Insani Malaysia dengan apa jua bentuk bantuan sekalipun. Tapak Pusat Pendidikan Sahabat Insani terletak di Lot No. 11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Persatuan ini bergerak tanpa mendapat dana daripada mana-mana agensi amat berharap kepada sumbangan daripada dermawan bagi membiayai dan merealisasikan hasrat murni ini. Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank: No. Akaun: 12300000574100 Bank: CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi Atas nama: Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat Insani Untuk maklumat lanjut sila layari : Facebook : Sahabat Insani Malaysia Alamat : No. 76, Jalan DK 3/7, Desa Kasia, 71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan No. Telefon: 019-6562151 |
Syaaban Diraikan, Ramadhan Dinantikan Posted: 23 Jun 2013 06:37 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan